CUTI-CUTI CINTA

“Cinta yang dicari.. pasti pergi..Cinta sejati.. kekal abadi”

xsabar rasa nye nk tgk filem nie...katanye best dan kelakar sgt.. ayat nie mmg best~ nasi lemak 50sen~ hahaha ada ke slambe jew..tp mmg best tgk iklan nye...mizsYanie ada gak baca sinopsis cter tu..syok gak..xsabar nye...

cter sket:~

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Anak manja katakan. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.
Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).
Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini. Filem itu lebih bersifat kisah cinta antara dua golongan yang berlainan pandangan mengenai kehidupan. Ia diwakili watak Omar Rudy (Farid) dan Eeva Elyana (Nora) yang bertemu di sebuah pusat percutian, apabila wanita muda daripada keluarga berada itu cuba menenangkan diri setelah dikhianati Remy (Zed Zaidi), lelaki kaya yang cuba disatukan dengannya oleh keluarga.

~mmg menarik kan..walaupun simple story but kelakar tgk iklan nye...so jom gi tgk wayang this week.. ;-p

Labels: