MELAKA BANDAR BERSEJARAH


Assalammualaikum w.b.t

Selepas sekian lama tak bercuti bersama family, akhirnya kami dapat bercuti bersama keluarga ke Melaka. Antara lokasi menarik yang kami kunjungi adalah Muzium Kapal bersejarah Melaka. Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar  iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. 




Muzium Samudera (Flor De La Mar)

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.


Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. 



Didalamnya korang dapat melihat peninggalan sejarah seperti wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka.












Harga Tiket

Warganegara Malaysia
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1 

Waktu Operasi

Isnin – Khamis : 9 pg – 5 ptg
Jumaat – Ahad : 9 pg – 8:30 mlm

Labels: , , ,