Jom Klik

FEED EFG

Panduan Bahagia Untuk Suami Isteri

Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan.
Anda boleh menggunakan panduan ini bagi mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan.


1)Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.


2)Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.


3)Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.


4)Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.


5)Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.


6)Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.


7)Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.


8)Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.


9)Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.


10)Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.


happy family...comel pic nie...mizsyanie suka.... (^_^)

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (PART2)

Assalammualaikum w.b.t

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (PART2) | Pagi itu kami sarapan beli di kedai serbaneka sahaja. Adik Mrsyanie sampai je, kami terus beli apa yang patut di kedai serbaneka. Makanan tidak dibenarkan bawa masuk dalam USS. Nak beli makanan didalam USS harganya mahal. Setakat sarapan makan roti dan susu pun dah cukup.

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (PART1)

Assalammualaikum w.b.t

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE  | Yeah Akhir nye dapat jua menjelajah Negara Singapore jiran kita...ehhehe best sgt dapat jalan2 kat sna..but bajet kne tinggi kalu nk shopping sna...jom jelajah singapore....

Mrsyanie gi ngan laling dr Tanjung Malim...Selepas kerja kami terus bertolak ke Johor Bharu. Agak kecian jugak dekat Mrlaling kerana masih kepenatan bekerja. Sayang sangat kat Mrlaling. Terima kasih sayang. Dalam perjalanan kami ke Johor Bharu, berlaku satu kemalangan dimana lori yang membawa pasir terbalik. Kerja-kerja membersihkan pasir dijalankan dan menyebabkan kesesakan yang sangat teruk. Dari penuh tangki minyak kereta kami hingga tinggal satu takat minyak sahaja.

tp alhamdulillah...samp jugak kat rnr..samp je kat Johor kmi tumpang rumah makcik laling..trima kasih cik Sahar sekeluarga..happy sgt...diorg mmg best dan ramah sgt...sgup jugak mlayan kmi samp lewat pg...huhuh....samp Johor dlm kul 1 pg..penat sgt...kne bgn kul 5 pagi lak tu..yelah takut jem lak kt Johor...


awal pg kne bgn..huhuh tdo yg xckup wahh penat tp demi jalan2 heheh...cian laling mmg penat ..tdo xckup...pastu dh kne ikut wife dia yg suka jalan nie heheh...kmi naik bus kul 7 pg...alhamdulillah xjem sgt...samp b4 kul 7 pg pun...bus pun dah ada...pjalan bmula..ayuhhh.... (^_^)


NIKON D90 SHOT SINGAPORE

SNAP @SINGAPORE
<USS>

RESTROOM THE LIGHT

my little sis..tgk gamb je tau ..aiseyy..hihi

ha cuba teka apa ini? jeng jeng jeng

nyum nyum nyum coklat..gula2..candi...

MELAKA BANDAR BERSEJARAH


Assalammualaikum w.b.t

Selepas sekian lama tak bercuti bersama family, akhirnya kami dapat bercuti bersama keluarga ke Melaka. Antara lokasi menarik yang kami kunjungi adalah Muzium Kapal bersejarah Melaka. Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar  iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. 



SHOPPING DI SOGO

best sgt dpt shopping kat sogo ngan family mizsyanie...alhamdulillah..hajat nk blikan dan hadiahkan kasut tuk mak ngan abah dah tcapai..hehehhe best shopping ari tu coz sogo wat sale...hehehe...tp my laling xdpt join...so im singleler time tu..hheheheh trasa cm blum kawin lak heheheh dapat manja2 ngan mak abh...ehheheh jom tgk gamb kmi... (^_^)



abah ngah tgk mak pilih kasut

heheheh akhirnya dapat gak kasut...

yeahh nk bayarkan tuk mak...

bayo... jgn xbayo...

time mkn lak..nyum...

sedap nye...

menu lunch kami

ahli2 shopping @ sogo...hehehe

FANPAGE

back off