Jom Klik

FEED EFG

PERKONGSIAN ILMU: BELAJAR MEMBERI TEGURAN SECARA BIJAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Malam ini teringat plak mrs.yani dapat email dari staf tempat kerja.. mengenai memberi teguran secara bijak kepada sesiapa pun. Amat bermakna dan pada bos, ketua keluarga, mama, papa dan sesiapa leh untuk menegur seseorang dengan cara yang sopan dan bijak supaya tidak ada yang terasa ataupun bawak lari muka hihih...(a.k.a tarik muka, bermasam muka dan lain2).. so pada sapa2 leh sharekan untuk menambahkan ilmu dan memperbaiki cara kita menegur orang yeahh.. insyAllah..yang baik kita share kan ye..:)



PERKONGSIAN ILMU: BELAJAR MEMBERI TEGURAN SECARA BIJAK

Asasnya, memberi teguran dan sentiasa memperbaiki diri dan orang lain tidak dapat dielakkan. Tidak dapat tidak, kita semua pasti akan terlibat di dalam proses ini. Bermula sejak kecil sehingga meniti ke hari tua.

Memberi teguran adakalanya membawa kesan positif. Tetapi sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia bakal membawa ke arah negatif dan secara tidak langsung ia membentuk sikap defensif bagi pihak yang ditegur. Oleh itu, mari kita lihat teknik teguran yang sesuai.

BETULKAN NIAT

Apabila terdetik sahaja dalam hati bagi menegur kesilapan orang lain, maka ‘pause’ diri kita terlebih dahulu dan tarik nafas. Betulkan niat supaya kita tidak terdorong untuk melampiaskan kemarahan ataupun rasa tidak puas hati di atas sikapnya.

Lazimnya, hati yang ikhlas memberi teguran akan lebih mudah diterima. Niat kita yang murni itu akan disampaikan oleh Allah dalam keadaan yang murni juga. Ini berlawanan sekiranya niat kita memberi nasihat dengan tujuan – tujuan lain, bukannya tujuan untuk membetulkan kesilapan untuk dibaiki.

TEKNIK XYZ

Ahli psikologi bernama Haim Ginot mencadangkan satu teknik teguran yang diberi nama “Teknik teguran XYZ”. Teknik ini menganjurkan kita menggunakan frasa itu semasa menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”

Contoh:
Amin apabila kamu buang sampah merata-rata di dalam bilik, saya berasa kurang selesa. Oleh itu, saya lebih suka sekiranya awak buang sampah di tong sampah yang disediakan. pasti awak dan saya berasa selesa dan gembira.

Kesimpulannya, apabila mahu menegur seseorang itu, maka kaedah “bawa berbincang” adalah kaedah terbaik. Elakkan daripada menyentuh peribadi pihak itu. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran itu.

TEGAS DALAM SANTUN

Gunakan konsep dua dalam satu iaitu tegas dalam santun. Gunakan budi bahasa yang baik dan menyenangkan. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan ‘terasa hati’ pada diri seseorang.

Namun, dalam kesantunan melakukan teguran, perlu ada ketegasan. Ini dapat memaparkan secara terus tentang hasrat kita yang bersungguh – sungguh dalam menegurnya. Kawal emosi secara bijak supaya orang yang ditegur tidak berasa dimarahi.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. kepada Nabi Musa A.S. dalam misinya berdakwah kepada Firaun,

"Pergi kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, berbicara dengannya menggunakan perkataan yang lembut, mudah – mudahan dia akan ingat dan merasa takut." (Surah Taha, ayat 33 – 34)

Contoh :
Khairil, saya mintak maaf. Tetapi saya perlu sampaikan teguran ini kepada awak. Saya harap awak tidak lagi mengeluarkan kata – kata kesat pada rakan – rakan lain dan saya. Senang hati saya sekiranya awak dapat berubah.

MULA DENGAN SESUATU YANG POSITIF

Manusia mana yang suka ditegur? Pernah saya dimarahi secara umum apabila lewat tiba ke bilik mesyuarat. Perasaan saya pada waktu itu begitu tidak puas hati walaupun saya sedar kesalahan saya.

Kewajaran “7 kritik 1 puji” dapat digunakan dalam konsep ini. Kita mengambil hati orang yang mahu ditegur, kemudian baru kita menjalankan niat kita tadi. Sebagai contoh:

“Kamu ini saya tengok memang bagus, sembahyang tidak tinggal, hormat ibu bapa, guru – guru sayang kamu, kacak pula. Tapi, satu sahaja yang aku tidak berkenan. Perangai kamu yang suka membuka aurat tu..”

TEGUR SECARA HIKMAH

Cara menegur setiap orang adalah berbeza – beza. Cara menegur kanak – kanak dan orang dewasa juga adalah berbeza. Menegur berlainan jantina juga adalah berbeza. Perhatikan Rules of Thumb ini:

  • Apabila menegur cuba duduk di sebelah orang yang ditegur, bukan di hadapan. Kedudukan di tepi menyebabkan orang yang ditegur kurang berasa defensif berbanding kedudukan di hadapan.

  • Orang yang TINGGI EGONYA, perlu diberi teguran SECARA CABARAN yang dapat mencabar egonya sehingga dia mahu menunjukkan kebolehannya.

  • Kadangkala, ada orang yang membuat perangai kerana rasa tidak diperlukan. Orang sebegini perlu diberi lebih peluang memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Sesetengah teguran dan nasihat dihadapan khalayak ramai adalah merupakan dakwah dan dapat pahala dakwah sepertimana Nabi S.A.W memberi teguran dan nasihat kepada para sahabat dihadapan khalayak ramai supaya semua orang menjadikan ianya sebagai satu teladan dan ada sesetengahnya menjadi hadith rujukan sampai sekarang. Walaubagaimanapun sekiranya teguran dan nasihat tu berniat untuk MENYAKITI DAN MEMALUKAN orang tersebut maka HUKUMNYA BERDOSA BESAR. Contohnya, sekiranya seorang ustaz tersilap mengemukakan hadith dihadapan orang ramai, tiba-tiba ada orang bangkit dan menegur beliau secara kasar dihadapan khalayak ramai, maka berdosa besarlah orang yang menegur itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mewahyukan, agar kamu merendah diri sehingga seseorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainnya."

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Berlindunglah dari orang yang jahat pekertinya; bila melihat kebaikan ditutupnya, dan bila melihat keburukan dilantangkannya dihadapan orang ramai."

Al-Habib Sayyid Muhammad bin Abdullah Alaydrus dari kitab Fahimu Nafsi :
"Wahai saudaraku, beradablah ketika mendengarkan pembicaraan. Janganlah sekali-kali kamu hentikan atau dan sangkal ucapan seseorang di hadapan khalayak ramai. Perbuatan itu sangat buruk. Jika temanmu salah, dan kesalahannya tidak membahayakan, maka maafkanlah. JANGAN KAMU TUNJUKKAN KESALAHANNYA DI HADAPAN ORANG BANYAK. Jika ingin menegur kesalahannya, tunggulah hingga tinggal kalian berdua. Jika kesalahannya adalah kesalahan yang wajib dikoreksi di hadapan orang banyak agar tidak mempengaruhi pikiran mereka, maka lakukanlah dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang, jangan dengan kasar. Jika teguran itu membuatnya malu, maka itu adalah salahnya sendiri. Dia yang berbuat, (dia harus berani menanggung akibatnya)."

Durian Crepe

Assalammualaikum

Lama dah mrs.yani xupdated kan..huhu maaf ye semua.. kebelakangan ini agak sibuk sedikit.. korang dah baca N3 mrs.yani yg lepas tak? alhamdulillah abah mrs.yani makin sihat .. tapi masih lagi dalam pemerhatian..jika luka makin baik insyAllah akan djalankan pembedahan untuk masukkan semula usus. doakan ye abah mrs.yani cepat sembuh,..amin..

korang mesti penah dengar ''Durian Crepe'' kan?? hhehe a.k.a lemping durian...tengah hangat sekarang lemping durian tu...hari tu siap masuk dalam MHI tv3 lagi.. Ally siap rasa tu..hihih.. yang kelakarnya ada mat penjaga durian tu siap pakai kot nk masuk tv ...heheh pembantu sukarela... oklah mrs.yani tak nak cerita pasal tu..ni nak cerita pasal cara-cara nak buat durian crepe..alah mesti ramai dah share kan caranya kan..tapi xpe nak gak share kan bersama-sama resepi dan cara-cara nak buat lemping durian a.k.a durian crepe..cewahh sedap sket dengar durian crepe...moden gitu...


bahan-bahan untuk kulit nya :)

untuk buat kulit durian crepe ada pelbagai jenis tuk penyediaan kulitnya.. so mrs.yani share kan 2 cara ye..hehehe...

Bahan Kulit 1:
- tepung gandum
- tepung jagung
- tepung ubi
- tepung kastard
- telur
- susu cair
- butter sedikit (cairkan tau)
- pewarna kuning

Bahan Kulit 2
- tepung gandum
- telur
- susu cair
- butter atau minyak biasa je..
- pewarna kuning


cara-cara nak sediakan kulit. 
1- korang campurkan semua bahan samaada pilihan pertama atau yang kedua. 
2- pastu blender dan tapiskan untuk dapatkan bacuhan yang halus
3- Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. (nak guna kuali yang lain pun boleh tapi kene letak sedikit  
     minyak supaya tak melekat.
4- Tuang 1 senduk kecil atau separuh senduk besar dan ratakan hingga menjadi lemping a.k.a crepe. jangan
     terlalu tebal ye  dan tak yah nak terbalikkan coz jika nipis crepe tu akan masak sekali yang atas. angkat 
    dan sejukkan sebelum kita balut hihi

Filiing atau inti: bahanya 
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.


Cara nak balut:

- Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.Lipat petak je.. pastu siap untuk dimakan..:)


** inilah hasilnya mrs.yani buat hihih **

Kanser usus, kanser kolon, tanda, punca dan rawatan


Assalammualaikum :)

Mrs.yanie nak share bersama-sama mengenai Kanser Usus. 2 mgu yang lepas ajak sibuk sket ulang alik dari KPJ Shah Alam  coz my dada dimasukkan ke hospital KPJ S.A. Dikesan bahawa my dad kne kanser usus. masih baru but doc say kne cepat lakukan pbedahan untuk membuang ketumbuhan supaya tidak merebak dan masih dikawal. sp last week my dad melakukan pembedahan membuat ketumbuhan hampir 1 meter usus untuk mencegah supaya tidak ada pembiakan ketumbuhan tersebut. Alhamdulillah my dad selamat dan syukur pada Allah coz dapat kesan awal. So disini mrs.yani nak share ngan korang semua mengenai kanser usus. sekarang kanser usus mempunyai statistik yang agak tinggi di Malaysia. Jom dapatkan info : (sumber dari UPM Care )



KANSER USUS:
KESAN DENGAN AWAL

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.

Apa itu usus?

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
  • Usus kecil- tempat makanan diserap
  • Usus besar- tempat air dan garam diserap
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

Saluran Pencernaan
Apa itu kanser usus?

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal.

Siapakah yang berisiko menghidapi kanser???

Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika
anda berusia lima puluh tahun ke atas.
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  •  pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih

daripada lapan tahun.
Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang
risiko mendapat kanser usus.

Tanda-tanda kanser usus:-

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  •  Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  •  Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser
usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila
berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian
tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah
lebih baik.

Mengurangkan risiko kanser usus

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
  • makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  • mengekalkan berat badan yang sihat.
  • selalu bersenam.
  • tidak merokok.
  • kurangkan minum alkohol.

Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain.

selamat membaca :) doakan ayah saya sihat ye insyALLAH amin.


Perbezaan Sedekah & Zakat

Assalammualaikum....

Jom mrs.yani nak share tentang perbezaan antara sedkah dan zakat..dua2 adalah amalan yang baik dan dtuntut.jadi jom kita usha bezanye.. :) selamat membaca dear..




POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Assalammualaikum semua......

syukur kita dah nak raya Haji.. yeah cuti..ehhehe xdalah xcted cuti tp dsebabkan kita bjumpa lagi raya Haji tahun ni..alhamdulillah syukur.. InsyaAllah jumaat depan bersamaan 26 oct/10Z.Hijjah. tadi dapat email dari seseorang yang bekerja di tempat yang sama dengan mrs.yani. mengenai hukum Qurban, potong kuku dan rambut..terlintas nk baca dan berbesar hati untuk di share kan bersama-sama dengan semua blogger.. 

hanya sekadar hiasan yang comel kan.. :)

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

dalam artikel ini juga terdapat pelbagai lagi beberapa isi dan hukum. jika untuk keterangan lanjut bole lah klik pada link tu. alhamdulillah dan selamat beramal :)


Home Made Burger Mrs.Yanie

Assalammualaikum semua.....

krang mesti penah dengar home made burger kan..heheh bunyi menarik sbb tu lah mrs.yani tpikat dengan nya..heheh akhirnya telah bjaya jugak buat home made burger versi mrs.yani hehehhe..



Ramuan/bahan nye:

1 pek Daging cincang
1/2 bawang besar yang dicincang
2/3 ulas bawang putih sket pun dicincang(tapi mrs.yani tak ubuh, lupa lak time buat tu)
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
sedikit garam/perasa
1 sudu mentega/marjerin
1 biji telur


cara-caranya:

masukkan daging cincang, bawang besar, bawang putih, lada hitam gaul dan garam hingga sebati. kemudian masukkan telur dan digaulkan. biarkan sebentar untuk keringkan dan dibiarkan telur diserap dalam daging.

ketika daging diperapkan dengan telur panas kan ketuhar dalam 10 mint dengan suhu 180c. 

selepas daging sebati diadun menjadi bulat seperti daging burger mengikut bentuk yang anda suka. margerin digunakan untuk disapukan dkt bekas pembakar supaya tidak melekat dan menjadikan daging garing/ragup. daging yang telah dibuat bentuk diletakkan sedikit lada sulah alasnye..jangan banyak takut masin nanti. jika anda rasa takut tlebih masin anda boleh campurkan lada sulah dalam daging ketika digaulkan dengan bahan awal. kemudian boleh lah dibakar dalam 15-20minit atau hingga masak :)

selamat mencuba ...yeahh bjaya :) versi mrs.yani



Doa Murah Rezeki

Assalammualaikum semua....

selamat hari jumaat...pagi-pagi jumaat ni terasa tenang dengan alunan ayat-ayat al-Quran yang dipasang dalam bilik opis ni..ehhehe dok sorang-sorang jadi pasang je lah kuat mana pun kan..ehhehe hari ni mrs.yanie mengayakan jubah berwarna hitan dengan tudung express hitan berlayer kelabu + putih dari butik online mrs.yani sendiri hehehe. pagi jumaat ni mrsyani nak sharekan bersama-sama ayat doa murah rezeki. moga hari ni akan menjadi phujung minggu yang terindah dan menjadi awalan minggu yang akan lebih baik dari yang lepas.. amin..



mrs.yani sebenar td dok mencari surah-surah al-Quran untuk didownloadkan.. dalam dok mencari terbuka satu blog ni ..http://adieyza.blogspot.com.. manis orangnya.. dalam blog dia ada sharekan doa ni. jadi mrs.yani berbesar hati untuk share plak dalam entry hari ni..moga kita sama-sama mendapat sedekit ilmu dan  moga kita sama-sama dimurahkan rezeki amin..


siap ada doa untuk sesiapa yang belum dikurniakan rezeki..sesuai sangat untuk mrsyani.. syukur..moga sama-sama kita murah rezeki...ok lah selamat ber'share' dan selamat membaca bersama.. ermm banyaknya ayat ''bersama-sama'' hari ni..xpelah ..hehehe daaaa...

ICT SHAH ALAM

Assalamualaikum semua...

tengok lah si kecil tu semangat nya..ICT SHAH ALAM...


hye.malam ni mrs.yani dok sorg je..coz mr.laling kuar ngan kawan2. ada hal katanya..hehehe xpelah nasib cter kat tv ni best2..hehehe tenet pun ada..xda ar bosan sgt kalu dok sorg skrg...korang dah pi ICT Shah Alam x? hehehe awal2 dh tanyakan..sbb mrs.yanie dah pi..last week ngan family..sbb pakcik ada wat majlis ksyukuran sket alang2 tu my sister book lah hotel kat ngan umah dia..time jalan2 ngan family.. best sgt coz lama xjalan2... ni buat kali ke2 ke ICT Shah Alam.. yang mula2 pi ICT time tu baru je buka..masuk free lg time tu.. skrg masuk je dah kne bayar RM10.00. belum yang lain lagi kan...mrs.yani nak share sket mengenai ICT. mungkin ramai yang dah tahu kan..dan mesti ramai jugak yang dah pi sna. menarik bukan..dengan tempat ais nye..dlu kecil je.skrg dah besar tempatnye.bayaran agak mahal sket. tapi ok lah. rm30.00 seorang jika gunakan kad ahli ..sapa masuk sana kena guna kasut bertutup kalu tak, kompom beku dan xrasa lah deria kaki tu..sapa yang tak bawak jangan risau kat sana diorang ada sediakan just bayar jew..ehhehe RM10.00 sewa tapi kene deposit rm10.00. total dalam rm20.00. :) 

Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada Hari Krimas tahun lepas (25 Disember 2010). Ianya merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.tarikan utama bagi pengunjung adalah  Snowalk ialah perbagai reke bentuk yang dperbuat daripada ais dan salji dengan cahaya lampu berwarna-warni. di Snowalk juga terdapat beberapa games iaitu gelanggang luncur ais, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak. sebelum masuk terdapat model2 dinosaur yang menarik dan menakutkan anak buah mrs.yani.. sapa lg si kecil riana ler..heheh mmg best nyakat dia..peluk kuat gler..akhirnya brani jugak..luar snow tu tdapat pelbagai jenis game kanak2...ermm pe lg si kecil tu..xbagi dah tbaring kat lantai..hehhe sweet sgt..Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.

tgk gambar ler..senang mau cter..ehehhe



**sekeping dua gambar dulu ye. esok upload lagi :)**


Raya Cameron highland

Assalamualaikum semua...

Tahun kami kami bcuti raya kat cameron highland..ni pun tanpa dirancg sebab kan ni pi pun ada job jurugambar untuk tunang.. Tyra + Faris... sweet diorg...mmg best shoot dengan diorg..sporting dan senang ber'post'.. pe lagi layan gamabr ler..ehhehe




layari www.fairyphoto.blogspot.com

JAKARTA-BANDUNG

Assalamualaikum semua...

walaupun rasanya dah masuk beberapa bulan holiday kat Indonesia..tapi nak share gak gambar2 disana heheh.. kami ikut agensi travel..bawah syifaa holiday travel.. kami pergi brempat-- mr.lalinh, mrs.yanie, mak saya dan ayah saya..ehhehe




time ni kat gunung berapi...''Ratu'' ...gas yang dhasilkan busuk baunye....heheheh


kat sana ada gak stwbri tapi xsehebat Malaysia kot..cox kitanye djaga dengan baik...:)


dunia fesyen tak dapat dipisahkan dengan wanita :)

kami :) honeymoon...

open house '12

Assalamualaikum semua......nak story raya tahun nie sket ehheh syukur tahun ni dapat gak buat open house tuk fren's hehehe amin.. tapi len sket sbb kali ni mrs.yanie gabungkan dengan open house makabah..heheh skali serentak senang..layan gambar dulu ok x? hehe jom...

antara secara keseluruhan suasana..tapi ni siang dan baru sket..ehehe..syukur  bjalan dengan lancar..walaupun mak and akak adik kne btkuslumus kat dapur mnambahkan menu yang ada.ehhe tq gak pada yang hadir..

si kecik ni nak nyanyi ...heheh bler sound tu len macam je sket terus dia lariiii..heheh

saudara yang paling kecil..dan kembar..seorang perempuan seorang lelaki..yang ni saudara yang lelaki...amik berkat sket mane tahu rezeki anak kembar kan..ehhehe amin...korg sume doakan ye..

ma sbuk mlayan pakman a.k.a pakcik saya..yang mak pegang tu lah kembar ..yang tu perempuan.. :)  chomel.. tq pakman datang daro damansara. dan pada pakcik2 dan saudar2 yang jauh2 tu terima kasih sudi dtg..tahun depan insyAllah moga murah rezeki leh buat lagi..yeah..!!!


ni abah saya..sbuk melihat menu2 takut xckup..nak dekat habis je abah yang pantau..cepat2 kne tambh..terima kasih abah..dengan siap lagu2 raya lagi tau...

ni last skali ..mr.laling..cian dia..keje siang tu..pastu balik layan tetamu yang hadir..mlm plak tlg bdk2 opis masak lemang..the best lemang ehhehe..tbaik..!!

Mutiara kata

Assalamualaikum semua...


Dari Ar Rabi' bin Anas meriwayatkan; ''Aku tertawa (hairan) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengejarnya, dan kepada orang yang melalikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhanya reda atau murka terhadapnya''. edisi 121 Julai '12


Bengkel Kecantikkan dan Memasak anjuran Dara.com PART 2

Assalamualaikum semua...

Ari tu mrs.yanie ada gtau yang mrs.yanie akan ke BENGKEL KECANTIKKAN DAN MEMASAK anjuran Dara.com kan..jom tgk gambar lak..ehhehe best sangat .. bengkel kecantikkan dibawa oleh Mary Kay..Tema adalah Pink Biru.






KEK BATIK

Assalammualaikum sume..

hope tak lambat mrs.yanie nak wish selamat berpuasa pada semua.. moga tahun ini ramadhan penuh dengan nikmat dan moga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Amin. kali ni ramadhan ke 2 mrs.yanie berpuasa bersama suami tercinta.. kiranya ramadhan ke 2 buat mrs.yanie sebagai seorang isteri amin.moga bkekalan hingga akhir hayat. keylah jom mrs.yanie hari ni buat kek batik..ehhehe xcted nak buat dah lama xbuat tau..jom share kan bersama dan cepat2 buat utk berbuka hari ni..yeahh...!!!


Ramuan nye:

- Milo 
(korang boleh guna kan serbu koko yang lain atau vico ke sedap gak)

- Susu pekat
 (mrs.yanie gunakan susu pekat sbb nak masukkan air..if korang xnak guna susu pekat gunakan susu cair pun ok ..tapi tak perlu tambh air dah)

- Biskut Marie
( asli lagi sedap dari yg coklat tau..)

- Air

- Planta
 ( atau sewaktu denganya..)


Cara-caranya mudah jew:
1) korang masukkan bahan - milo, susu, air dan planta. panas kan dengan api yang kecil. sampai lah milo dan planta sebati k.
2) patah-patahkan biskut marie dalam loyang atau pe2 bekas yang tahan panas tau..
3) Masukkan bahan yang dipanaskan dan gaul hingga semua sebati dan ditekan untuk dipejalkan.

4) Siap......... masukkan dalam peti air dan tunggu hingga sejuk..


nyum nyum leh lah berbuka dengan biskut yang simple dan mudah..

selamat mencuba...


Bengkel Kecantikkan dan Memasak anjuran Dara.com PART 1

Mrs.yanie nak share ngan korang mane Dara.com akan menganjurkan Bengkel Kecantikkan dan Memasak pada ahad ini..yeahh alhamdulillah dapat jugak join coz ramai yang nak join bengkel nie..thanks sgt kat kakIda a.k.a editor Dara.com coz bagi peluang kat mrs.yanie and sis.. yang penting jaga kecantikkan untuk suami dan blaja memasak untuk suami..heheheh Amin.. moga dberkati setiap ilmu yang akan dterima nanti..tujuan yang betul harus di tanam dalam diri.. hehehe...thanks gak kat mr.laling banyak bg saport dan mgalakkan heheh... :) sayang mr.laling..



**moga ahad ni pergi dengan selamat dan harap bjalan dengan lancar. Amin..**

SABAH PART 3

wah xsempt nak story part 3 Sabah ...huhuh tuk 2nd day nye kan..maaf ye..insyAllah mrsyanie akan cuba story kat korang dan 2 bulan gamaknye...eheheh ada mber yg siap dah pi sabah..maaf ye..sayang korang ehhehe

RUMAH TERBALIK SABAH


Rumah terbalik sangat unik kerana setiap barang yang diletakkan adalah secara terbalik. Nampak real rumah tu terbalik. Sebenarnya kami pun tak sangka akan ke Rumah Terbalik Sabah kerana planning kami nak ke melihat Gunung Kinabalu. Sambil lalu ternampak Rumah Terbalik Sabah ini.

Getting There 
The house is located along Mile 21, Jalan Telibong, Tamparuli. The journey by road takes approximately 40 minutes. Taxis can take you from the city centre but be sure to make return arrangements as taxis on standby may not be readily available at this location.


If from Terminal Wawasan KK : Took Bas to Tuaran (About RM2) ,Alight before reach Pekan Tampauli, the house at left hand side of the road.

Opening hours
Daily (including public holidays): 8:00am to 10:00pm



MyKad holders: RM10.00 Others: RM18.00 
Students/Children below 12 years: RM5.00 
Children below 3 years: Free of charge 
** Kindly note that indoor photography is prohibited.






KAKI GUNUNG KINABALU


Ini plak masa naik Kaki Gunung Kinabalu jew..hehehe ngan ayah angkat mat salleh..heheh  mr.laling ngan  Fatin ler yang cakap..huhuhu nakal diorg ..hehehe Sampai di Kundasang tak sah kalu tak melihat Gunung Kinabalu kan. walaupun hanya di kaki gunung sahaja. Mrsyanie tak suka nak mendaki sangat hihih jadi amik gambo je dengan pendaki boleh ..

Di kaki Gunung Kinabalu pun dah terasa kesejukkan udaranya. Perjalanan kami menaiki kereta sewa terus ke kaki Gunung. Agak curam sepanjang perjalanan kami kesana. Kami hanya jalan-jalan sahaja ambil ambil gambar. Dalam 20 minit-30 minit cam tu kami turun semula. Pemandangan sangat cantik dari Bandar Sabah ke Kundasang lebih kurang 2-3 jam jugak sebab kami banyak berhenti.

Di Taman Kinabalu juga dikenakan bayaran tetapi tak mahal hanya RM3.00 sahaja bagi dewasa Malaysia.

pemandangan dari kaki Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu









KOTA SABAH

ni sbenarnya kat depan hotel akak ipar dok..heheh ada suria  complex..heheh diorg tak buka kedai lagi sbb pagi2 kami dah jalan2 heheh



happy birthday Mr.Laling & Abah & Nyah

walaupun dah lepas birthday nye..tetap mrs.yanie nak story gak...ehheheh 1.4 yang lepas birthday my sis pastu 10.4 yang bru lepas nie abah nye birthday...best...mgu tu makan kek jew...yelah lepas kek my mr.laling...kek nyah...pastu ada 2 kek plak... kek abah plak... last skali kek kecik untuk abah..aiya msti tak paham kan..heheheh kiranya banyak lah kek yang diraikan..hehehhehetengok gamb jew lah heheh HAPPY BIRTHDAY UNTUK YG MYAMBUT BIRTHDAY ... Mr.Laling ... Nyah... Abah...  (^_*)





31.3
( untuk more pic sila layari www.fairyphoto.blogspot.com)

1.4

kek untuk abah ku sayang

10.4


****hahaha story ni dah ditaip lama dah...tapi tak post2 ...gamaknye bulan 6 lah dapat di post setelah dibelik2 blog ..ehhehe maaf ye...****


FANPAGE

back off