Jom Klik

FEED EFG

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Assalammualaikum semua......

syukur kita dah nak raya Haji.. yeah cuti..ehhehe xdalah xcted cuti tp dsebabkan kita bjumpa lagi raya Haji tahun ni..alhamdulillah syukur.. InsyaAllah jumaat depan bersamaan 26 oct/10Z.Hijjah. tadi dapat email dari seseorang yang bekerja di tempat yang sama dengan mrs.yani. mengenai hukum Qurban, potong kuku dan rambut..terlintas nk baca dan berbesar hati untuk di share kan bersama-sama dengan semua blogger.. 

hanya sekadar hiasan yang comel kan.. :)

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

dalam artikel ini juga terdapat pelbagai lagi beberapa isi dan hukum. jika untuk keterangan lanjut bole lah klik pada link tu. alhamdulillah dan selamat beramal :)


Home Made Burger Mrs.Yanie

Assalammualaikum semua.....

krang mesti penah dengar home made burger kan..heheh bunyi menarik sbb tu lah mrs.yani tpikat dengan nya..heheh akhirnya telah bjaya jugak buat home made burger versi mrs.yani hehehhe..



Ramuan/bahan nye:

1 pek Daging cincang
1/2 bawang besar yang dicincang
2/3 ulas bawang putih sket pun dicincang(tapi mrs.yani tak ubuh, lupa lak time buat tu)
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
sedikit garam/perasa
1 sudu mentega/marjerin
1 biji telur


cara-caranya:

masukkan daging cincang, bawang besar, bawang putih, lada hitam gaul dan garam hingga sebati. kemudian masukkan telur dan digaulkan. biarkan sebentar untuk keringkan dan dibiarkan telur diserap dalam daging.

ketika daging diperapkan dengan telur panas kan ketuhar dalam 10 mint dengan suhu 180c. 

selepas daging sebati diadun menjadi bulat seperti daging burger mengikut bentuk yang anda suka. margerin digunakan untuk disapukan dkt bekas pembakar supaya tidak melekat dan menjadikan daging garing/ragup. daging yang telah dibuat bentuk diletakkan sedikit lada sulah alasnye..jangan banyak takut masin nanti. jika anda rasa takut tlebih masin anda boleh campurkan lada sulah dalam daging ketika digaulkan dengan bahan awal. kemudian boleh lah dibakar dalam 15-20minit atau hingga masak :)

selamat mencuba ...yeahh bjaya :) versi mrs.yani



Doa Murah Rezeki

Assalammualaikum semua....

selamat hari jumaat...pagi-pagi jumaat ni terasa tenang dengan alunan ayat-ayat al-Quran yang dipasang dalam bilik opis ni..ehhehe dok sorang-sorang jadi pasang je lah kuat mana pun kan..ehhehe hari ni mrs.yanie mengayakan jubah berwarna hitan dengan tudung express hitan berlayer kelabu + putih dari butik online mrs.yani sendiri hehehe. pagi jumaat ni mrsyani nak sharekan bersama-sama ayat doa murah rezeki. moga hari ni akan menjadi phujung minggu yang terindah dan menjadi awalan minggu yang akan lebih baik dari yang lepas.. amin..



mrs.yani sebenar td dok mencari surah-surah al-Quran untuk didownloadkan.. dalam dok mencari terbuka satu blog ni ..http://adieyza.blogspot.com.. manis orangnya.. dalam blog dia ada sharekan doa ni. jadi mrs.yani berbesar hati untuk share plak dalam entry hari ni..moga kita sama-sama mendapat sedekit ilmu dan  moga kita sama-sama dimurahkan rezeki amin..


siap ada doa untuk sesiapa yang belum dikurniakan rezeki..sesuai sangat untuk mrsyani.. syukur..moga sama-sama kita murah rezeki...ok lah selamat ber'share' dan selamat membaca bersama.. ermm banyaknya ayat ''bersama-sama'' hari ni..xpelah ..hehehe daaaa...

ICT SHAH ALAM

Assalamualaikum semua...

tengok lah si kecil tu semangat nya..ICT SHAH ALAM...


hye.malam ni mrs.yani dok sorg je..coz mr.laling kuar ngan kawan2. ada hal katanya..hehehe xpelah nasib cter kat tv ni best2..hehehe tenet pun ada..xda ar bosan sgt kalu dok sorg skrg...korang dah pi ICT Shah Alam x? hehehe awal2 dh tanyakan..sbb mrs.yanie dah pi..last week ngan family..sbb pakcik ada wat majlis ksyukuran sket alang2 tu my sister book lah hotel kat ngan umah dia..time jalan2 ngan family.. best sgt coz lama xjalan2... ni buat kali ke2 ke ICT Shah Alam.. yang mula2 pi ICT time tu baru je buka..masuk free lg time tu.. skrg masuk je dah kne bayar RM10.00. belum yang lain lagi kan...mrs.yani nak share sket mengenai ICT. mungkin ramai yang dah tahu kan..dan mesti ramai jugak yang dah pi sna. menarik bukan..dengan tempat ais nye..dlu kecil je.skrg dah besar tempatnye.bayaran agak mahal sket. tapi ok lah. rm30.00 seorang jika gunakan kad ahli ..sapa masuk sana kena guna kasut bertutup kalu tak, kompom beku dan xrasa lah deria kaki tu..sapa yang tak bawak jangan risau kat sana diorang ada sediakan just bayar jew..ehhehe RM10.00 sewa tapi kene deposit rm10.00. total dalam rm20.00. :) 

Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada Hari Krimas tahun lepas (25 Disember 2010). Ianya merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.tarikan utama bagi pengunjung adalah  Snowalk ialah perbagai reke bentuk yang dperbuat daripada ais dan salji dengan cahaya lampu berwarna-warni. di Snowalk juga terdapat beberapa games iaitu gelanggang luncur ais, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak. sebelum masuk terdapat model2 dinosaur yang menarik dan menakutkan anak buah mrs.yani.. sapa lg si kecil riana ler..heheh mmg best nyakat dia..peluk kuat gler..akhirnya brani jugak..luar snow tu tdapat pelbagai jenis game kanak2...ermm pe lg si kecil tu..xbagi dah tbaring kat lantai..hehhe sweet sgt..Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.

tgk gambar ler..senang mau cter..ehehhe



**sekeping dua gambar dulu ye. esok upload lagi :)**


FANPAGE

back off