Jom Klik

FEED EFG

Kanser usus, kanser kolon, tanda, punca dan rawatan


Assalammualaikum :)

Mrs.yanie nak share bersama-sama mengenai Kanser Usus. 2 mgu yang lepas ajak sibuk sket ulang alik dari KPJ Shah Alam  coz my dada dimasukkan ke hospital KPJ S.A. Dikesan bahawa my dad kne kanser usus. masih baru but doc say kne cepat lakukan pbedahan untuk membuang ketumbuhan supaya tidak merebak dan masih dikawal. sp last week my dad melakukan pembedahan membuat ketumbuhan hampir 1 meter usus untuk mencegah supaya tidak ada pembiakan ketumbuhan tersebut. Alhamdulillah my dad selamat dan syukur pada Allah coz dapat kesan awal. So disini mrs.yani nak share ngan korang semua mengenai kanser usus. sekarang kanser usus mempunyai statistik yang agak tinggi di Malaysia. Jom dapatkan info : (sumber dari UPM Care )



KANSER USUS:
KESAN DENGAN AWAL

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.

Apa itu usus?

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
  • Usus kecil- tempat makanan diserap
  • Usus besar- tempat air dan garam diserap
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

Saluran Pencernaan
Apa itu kanser usus?

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal.

Siapakah yang berisiko menghidapi kanser???

Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika
anda berusia lima puluh tahun ke atas.
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  •  pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih

daripada lapan tahun.
Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang
risiko mendapat kanser usus.

Tanda-tanda kanser usus:-

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  •  Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  •  Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser
usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila
berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian
tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah
lebih baik.

Mengurangkan risiko kanser usus

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
  • makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  • mengekalkan berat badan yang sihat.
  • selalu bersenam.
  • tidak merokok.
  • kurangkan minum alkohol.

Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain.

selamat membaca :) doakan ayah saya sihat ye insyALLAH amin.


Perbezaan Sedekah & Zakat

Assalammualaikum....

Jom mrs.yani nak share tentang perbezaan antara sedkah dan zakat..dua2 adalah amalan yang baik dan dtuntut.jadi jom kita usha bezanye.. :) selamat membaca dear..




FANPAGE

back off