Jom Klik

FEED EFG

PERKONGSIAN ILMU: BELAJAR MEMBERI TEGURAN SECARA BIJAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Malam ini teringat plak mrs.yani dapat email dari staf tempat kerja.. mengenai memberi teguran secara bijak kepada sesiapa pun. Amat bermakna dan pada bos, ketua keluarga, mama, papa dan sesiapa leh untuk menegur seseorang dengan cara yang sopan dan bijak supaya tidak ada yang terasa ataupun bawak lari muka hihih...(a.k.a tarik muka, bermasam muka dan lain2).. so pada sapa2 leh sharekan untuk menambahkan ilmu dan memperbaiki cara kita menegur orang yeahh.. insyAllah..yang baik kita share kan ye..:)



PERKONGSIAN ILMU: BELAJAR MEMBERI TEGURAN SECARA BIJAK

Asasnya, memberi teguran dan sentiasa memperbaiki diri dan orang lain tidak dapat dielakkan. Tidak dapat tidak, kita semua pasti akan terlibat di dalam proses ini. Bermula sejak kecil sehingga meniti ke hari tua.

Memberi teguran adakalanya membawa kesan positif. Tetapi sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai, maka ia bakal membawa ke arah negatif dan secara tidak langsung ia membentuk sikap defensif bagi pihak yang ditegur. Oleh itu, mari kita lihat teknik teguran yang sesuai.

BETULKAN NIAT

Apabila terdetik sahaja dalam hati bagi menegur kesilapan orang lain, maka ‘pause’ diri kita terlebih dahulu dan tarik nafas. Betulkan niat supaya kita tidak terdorong untuk melampiaskan kemarahan ataupun rasa tidak puas hati di atas sikapnya.

Lazimnya, hati yang ikhlas memberi teguran akan lebih mudah diterima. Niat kita yang murni itu akan disampaikan oleh Allah dalam keadaan yang murni juga. Ini berlawanan sekiranya niat kita memberi nasihat dengan tujuan – tujuan lain, bukannya tujuan untuk membetulkan kesilapan untuk dibaiki.

TEKNIK XYZ

Ahli psikologi bernama Haim Ginot mencadangkan satu teknik teguran yang diberi nama “Teknik teguran XYZ”. Teknik ini menganjurkan kita menggunakan frasa itu semasa menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”

Contoh:
Amin apabila kamu buang sampah merata-rata di dalam bilik, saya berasa kurang selesa. Oleh itu, saya lebih suka sekiranya awak buang sampah di tong sampah yang disediakan. pasti awak dan saya berasa selesa dan gembira.

Kesimpulannya, apabila mahu menegur seseorang itu, maka kaedah “bawa berbincang” adalah kaedah terbaik. Elakkan daripada menyentuh peribadi pihak itu. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran itu.

TEGAS DALAM SANTUN

Gunakan konsep dua dalam satu iaitu tegas dalam santun. Gunakan budi bahasa yang baik dan menyenangkan. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan ‘terasa hati’ pada diri seseorang.

Namun, dalam kesantunan melakukan teguran, perlu ada ketegasan. Ini dapat memaparkan secara terus tentang hasrat kita yang bersungguh – sungguh dalam menegurnya. Kawal emosi secara bijak supaya orang yang ditegur tidak berasa dimarahi.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. kepada Nabi Musa A.S. dalam misinya berdakwah kepada Firaun,

"Pergi kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, berbicara dengannya menggunakan perkataan yang lembut, mudah – mudahan dia akan ingat dan merasa takut." (Surah Taha, ayat 33 – 34)

Contoh :
Khairil, saya mintak maaf. Tetapi saya perlu sampaikan teguran ini kepada awak. Saya harap awak tidak lagi mengeluarkan kata – kata kesat pada rakan – rakan lain dan saya. Senang hati saya sekiranya awak dapat berubah.

MULA DENGAN SESUATU YANG POSITIF

Manusia mana yang suka ditegur? Pernah saya dimarahi secara umum apabila lewat tiba ke bilik mesyuarat. Perasaan saya pada waktu itu begitu tidak puas hati walaupun saya sedar kesalahan saya.

Kewajaran “7 kritik 1 puji” dapat digunakan dalam konsep ini. Kita mengambil hati orang yang mahu ditegur, kemudian baru kita menjalankan niat kita tadi. Sebagai contoh:

“Kamu ini saya tengok memang bagus, sembahyang tidak tinggal, hormat ibu bapa, guru – guru sayang kamu, kacak pula. Tapi, satu sahaja yang aku tidak berkenan. Perangai kamu yang suka membuka aurat tu..”

TEGUR SECARA HIKMAH

Cara menegur setiap orang adalah berbeza – beza. Cara menegur kanak – kanak dan orang dewasa juga adalah berbeza. Menegur berlainan jantina juga adalah berbeza. Perhatikan Rules of Thumb ini:

  • Apabila menegur cuba duduk di sebelah orang yang ditegur, bukan di hadapan. Kedudukan di tepi menyebabkan orang yang ditegur kurang berasa defensif berbanding kedudukan di hadapan.

  • Orang yang TINGGI EGONYA, perlu diberi teguran SECARA CABARAN yang dapat mencabar egonya sehingga dia mahu menunjukkan kebolehannya.

  • Kadangkala, ada orang yang membuat perangai kerana rasa tidak diperlukan. Orang sebegini perlu diberi lebih peluang memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Sesetengah teguran dan nasihat dihadapan khalayak ramai adalah merupakan dakwah dan dapat pahala dakwah sepertimana Nabi S.A.W memberi teguran dan nasihat kepada para sahabat dihadapan khalayak ramai supaya semua orang menjadikan ianya sebagai satu teladan dan ada sesetengahnya menjadi hadith rujukan sampai sekarang. Walaubagaimanapun sekiranya teguran dan nasihat tu berniat untuk MENYAKITI DAN MEMALUKAN orang tersebut maka HUKUMNYA BERDOSA BESAR. Contohnya, sekiranya seorang ustaz tersilap mengemukakan hadith dihadapan orang ramai, tiba-tiba ada orang bangkit dan menegur beliau secara kasar dihadapan khalayak ramai, maka berdosa besarlah orang yang menegur itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mewahyukan, agar kamu merendah diri sehingga seseorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainnya."

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Berlindunglah dari orang yang jahat pekertinya; bila melihat kebaikan ditutupnya, dan bila melihat keburukan dilantangkannya dihadapan orang ramai."

Al-Habib Sayyid Muhammad bin Abdullah Alaydrus dari kitab Fahimu Nafsi :
"Wahai saudaraku, beradablah ketika mendengarkan pembicaraan. Janganlah sekali-kali kamu hentikan atau dan sangkal ucapan seseorang di hadapan khalayak ramai. Perbuatan itu sangat buruk. Jika temanmu salah, dan kesalahannya tidak membahayakan, maka maafkanlah. JANGAN KAMU TUNJUKKAN KESALAHANNYA DI HADAPAN ORANG BANYAK. Jika ingin menegur kesalahannya, tunggulah hingga tinggal kalian berdua. Jika kesalahannya adalah kesalahan yang wajib dikoreksi di hadapan orang banyak agar tidak mempengaruhi pikiran mereka, maka lakukanlah dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang, jangan dengan kasar. Jika teguran itu membuatnya malu, maka itu adalah salahnya sendiri. Dia yang berbuat, (dia harus berani menanggung akibatnya)."

Durian Crepe

Assalammualaikum

Lama dah mrs.yani xupdated kan..huhu maaf ye semua.. kebelakangan ini agak sibuk sedikit.. korang dah baca N3 mrs.yani yg lepas tak? alhamdulillah abah mrs.yani makin sihat .. tapi masih lagi dalam pemerhatian..jika luka makin baik insyAllah akan djalankan pembedahan untuk masukkan semula usus. doakan ye abah mrs.yani cepat sembuh,..amin..

korang mesti penah dengar ''Durian Crepe'' kan?? hhehe a.k.a lemping durian...tengah hangat sekarang lemping durian tu...hari tu siap masuk dalam MHI tv3 lagi.. Ally siap rasa tu..hihih.. yang kelakarnya ada mat penjaga durian tu siap pakai kot nk masuk tv ...heheh pembantu sukarela... oklah mrs.yani tak nak cerita pasal tu..ni nak cerita pasal cara-cara nak buat durian crepe..alah mesti ramai dah share kan caranya kan..tapi xpe nak gak share kan bersama-sama resepi dan cara-cara nak buat lemping durian a.k.a durian crepe..cewahh sedap sket dengar durian crepe...moden gitu...


bahan-bahan untuk kulit nya :)

untuk buat kulit durian crepe ada pelbagai jenis tuk penyediaan kulitnya.. so mrs.yani share kan 2 cara ye..hehehe...

Bahan Kulit 1:
- tepung gandum
- tepung jagung
- tepung ubi
- tepung kastard
- telur
- susu cair
- butter sedikit (cairkan tau)
- pewarna kuning

Bahan Kulit 2
- tepung gandum
- telur
- susu cair
- butter atau minyak biasa je..
- pewarna kuning


cara-cara nak sediakan kulit. 
1- korang campurkan semua bahan samaada pilihan pertama atau yang kedua. 
2- pastu blender dan tapiskan untuk dapatkan bacuhan yang halus
3- Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. (nak guna kuali yang lain pun boleh tapi kene letak sedikit  
     minyak supaya tak melekat.
4- Tuang 1 senduk kecil atau separuh senduk besar dan ratakan hingga menjadi lemping a.k.a crepe. jangan
     terlalu tebal ye  dan tak yah nak terbalikkan coz jika nipis crepe tu akan masak sekali yang atas. angkat 
    dan sejukkan sebelum kita balut hihi

Filiing atau inti: bahanya 
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.


Cara nak balut:

- Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.Lipat petak je.. pastu siap untuk dimakan..:)


** inilah hasilnya mrs.yani buat hihih **

FANPAGE

back off