Jom Klik

FEED EFG

yanieyusuf: Happy New Year 2014


Assalammualaikum uoolls... selamat menyambut tahun baru..moga tahun depan menjadi yang lebih baik dan terus menjadi lebih baik ye!! amin.. apa azam tahun baru anda? jom share kan dan kita doa sama-sama moga menjadi kenyataan..



** uoollls maaf ye lambt lah nak post kan percutian ke Melaka.. insyAllah secepat mungkin ye.. 

Pahang Banjir Terbesar tahun ini 2013

Assalammualaikum w.b.t

Tahun ini Kuantan, Pahang mencatatkan banjir terbesar. Banjir kali ini melibatkan beberapa buah negeri antaranya Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor. Moga semua mangsa banjir selamat dan berada dalam keaadan yang baik. Sangat menyedihkan apabila berlaku kejadian ini melibatkan kematian. al-fatihah buat mereka yang lebih Allah S.W.T sayang. Moga ada hikmahnya dan sama-sama kita ambil iktibar. sedih melihatnya, apatah lagi yang mengalami nya. Kita mampu untuk berdoa dan membantu mana yang termampu. Marilah kita bersama-sama memberi bantuan yang termampu. Bagi warga Tanjung Malim dan sekitar boleh hulurkan bantuan dengan sumbagan makanan, minuman dan keperluan asas di Bilik Gerakan UPSI.

pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia (WDO) kaw. Tanjung Malim

Assalammualaikum w.b.t

Jangan lupa esok jam 2 petang ye datang ramai2 ke Sek.Keb Tanjung Malim (SKTM) ada event perlancaran pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia (WDO) kaw. Tanjung Malim. semua dijemput hadir. ada pertandingan mewarna, gubahan dan sebagainya. Datang ke booth UneQuein Tanjung Malim dan Dream's Fairy Shop Online ~ Tudung , Shawl, Dress, Cardigan, Blouse~




Program Vaksinasi HPV untuk wanita

Assalammualaikum w.b.t

Salam isnin semua.. selamat kembali kerja.. isnin lah hari yang paling malas rasanya nak buat kerja..tapi kena tanamkan sifat semangat kerja..chaiyuk semua.. oklah mrsyanie sebenarnya nak share kan tentang vaksinasi HPV khas buat wanita..Rasanya ramai dah tahu akan program yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama LPPKN. Program ini sangat bagus bagi pendedahan kepada semua wanita mengenai akan wujudnya vaksin HPV di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kepentingan vaksin ini. Jangan risau vaksin ini PERCUMA tau bai wanita yang layak..

Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada semua wanita yang layak. Anda boleh berhubung dengan mana-mana Klinik LPPKN atau Pusat Kesihatan IPTA anda.



Apa itu HPV??

HPV adalah singkatan bagi Human Papillomavirus. Ia adalah penyebab utama kenser servik yang disebarkan melalui hubungan seks. Dimana zaman sekarang seks dikalangan remaja sangat berleluasa tanpa ikatan pernikahan. Ianya sangat mengecewakan. Pada remaja wanita jagalah maruah anda dan mahkota permata anda. Sesunguhnya ingat lah dosa dan akbat dunia dan akhirat kelak. hihi pesanan penaja kejap ye..

Sambung balik, setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV. Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser servik atau pangkal rahim.

Ha Kanser Serviks? Apa tu?

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah penyakit yang ke-3 bahaya bagi wanita di Malaysia selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum. Mengikut Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007, kanser serviks merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pas Smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.



Vaksinasi HPV

Vaksinasi HPV ini merupakan vaksin pencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV. Sebaiknya vaksin ini diberikan sebelum hubungan seks. Jangan risau vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Ianya dibri jaminan oleh Kementerian. Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual.

DOS (jadual)
                   1- Tarikh vaksinasi pertama diberikan
                   2- 1 bulan selepas suntikan pertama
                   3- 6 bulan selepas suntikan pertama


''Penting!!! pastikan anda melengkap 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan. 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks.''


Kriteria Wanita yang Layak di bawah Program ini:
- Wanita warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
- Tidak hamil
- Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
- Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

Kesan Sampingan

Vaksinasi ini adalah selamat.
          ''Jawatankuasa Penasihat Sedunia untuk Keselamatan Vaksin, Pertubuhan Kesihatan Sednuia telah menbuat kesimpulan bahawa vaksin HPV mempunyai profil keselamatan yang baik''

Seperti vaksinasi yang lain, anda mungkin akan mengalami sedikit kesakitan, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan. Kesan lain deman, pening kepala, loya atau muntah. Ia bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan, segera ke hospital untuk dapatkan rawatan susulan.

Mana nak dapatkan?? Tempat??

Anda boleh ke,

1- Klinik-klinik yang tersenarai dalam sesawang LPPKN.
2- Jika anda pelajar IPTA, dapatkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pusat Kesihatan IPTA anda.



daaa.... Jumpa di entry akan datang ye!!! follow kami tau!!


Musim Durian Di Perak

Assalammualaikum w.b.t

Siapa yang tak suka durian?? wah memang korang rugi tau.. Durian merupakan raja buah-buahan. Baunya perg memang sangat kuat dan boleh membuatkan kita pengsan. Tapi siapa yang giler durian pantang ler jumpa durian..dapat bau nye pun dah rasa cam kenyang je kan..hihi oklah mrsyanie nak share kan betapa nikmatnya durian raja seluruh buah-buahan ini.. Ahad yang lepas mrsyanie ke Kuala Kangsar, rumah kawan mrsyanie. Dia baru dapat baby pertama diorang. sangat comel dan gebu..Niat dihati sebenarnya ke Kuala Kangsar sempena melawat baby.. Langkah kanan kami ini..rupanya tengah musim durian kat sana.. ate yop..moh ler kite makan durian perak..hihih memang sedap sangat..tak rugi lah sapa yang beli durian perak ini.. tambahan durian kampung..lagi lah nikmat nye...

oppss wish lah dulu kan.. tahniah buat my fren en.Faisal and wife dapat baby yang comel dan cute sangat..baby gurl lagi.. nama nya Zaty..Lahir pada 10 nov 2013 pada jam 11 pagi.. dengan berat 3.6 kg.. Tahniah!!!


Comel kan..ini lah Zaty binti Faisal..hihih.. ''saya baru je lahir..doakan saya menjadi anak yang solehah ye''.. saya dilahirkan di Kuala Kangsar.. 



Jom layan gambar kami makan durian hihi.. tapi sebelum tu nak wish terima kasih tak terhingga buat Faisal my fren dan keluarga..serta family mertua Faisal.. makan durian rambutan, makan tengahari makan petang..yuhuuu memang hari makan sedunia ni hihih.. syukur alhamdulillah..


dengan riangnya kami menunjukkan isi durian yang sedap sangat... :)

terima kasih pakcik dan makcik..memang nikmat makan durian kampung...

ini saya punya hahahah...sedap wei...jangan jeles ye..sapa yang teringin sangat boleh ke Kuala Kangsar ye..ada banyak durian ini..
mrlaling dengan buah pelam nye..hihi comel nye pelam tu..sedap dan manis..

kami buat cam umah sendiri ler..hihih siap pi kait lagi buah pelam..kutip bawak balik tu hihih

Kami memang suka dengan durian hihih...happy sungguh dapat durian yang sedap lagi lemak..durian kampung memang terbaik!!





Pada yang mengidamkan durian..korang boleh datang ke perak ini...banyak jual tepi jalan atau kat rnr bukit gantang kalu tak silap. kalu nak dekat sket kat Slim River tepi jalan lama ada jual. cuma harganya area perak selatan ini masih tinggi..sabo ye..tunggu murah sket hihi...

oklah jumpa lagi dalam entry yang lain ye..nnti mrsyanie akan updatd kan lagi tau..

ok bye..daaa...

p/s: jom follow instagram mrsyanie @yanieyusuf.  (*_*)





Car boot sale UKLK UPSI

Assalammualaikum w.b.t
Esok ada program tak?. If tak ada, mrsyanie nk ajak semua warga Tanjung Malim dan sekitarnya. Datang ke CARBOOT SALE anjuran Biro Ekonomi UKLK UPSI? mrsyanie ada buat carboot sale tau.. Preloved yang murah2.. Hihi ada teddy bear and baju-baju yang masih elok lagi tuk di let go kan.. Bukan tu je.. Barangan uneQuein dan Dreams Fairy Hijab boutique pun ada wat sale..ok jom serbu esok ye.. Pagi tau kul 8am-12pm.. Tapi if abis awal, mrsyanie tutup awal gak tau hihi.. So korang datang lah awal.. Pagi2 masih serga dan tak panas.. Datang tau!!

Power Bank Orange Tech

Assalammualaikum w.b.t

Salam Jumaat semua..best sangat dapat hadiah from my asben ler..mrlaling.. power bank yeahhh!!! 

Happy sgt.. Blk dr kelas petang td.. Mr.asben dtg amik.. Tgk ada bungkusan plastik..ingt pe td..mr.asben pun kata tuk ayg lah.. Hihi ok lah target dlm minda, mgkin coklat kot..hihi buka2..yeahhh power bank.. Lama dh nak tp cm tak tbeli2 gak..akhirnya hadiah milikku hihi... Im so happy... #happywife tq so much and love u @ajaimy2004




 Sangat bagus power bank ni.. Orange Tech pink colour lagi hihi.. Senang nk cas..xperlu risau bateri habis lg.. Tq syg @ajaimy2004 #orangetech

Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalammualaikum w.b.t

Kaun adam jangan lupa ke masjid tuk menunaikan solat jumaat ye..pada kaum hawa jangan lupa tanggungjawab anda..hihi berita hari ini, TPM Malaysia datang UPSI..yehaaa... Hihi
Sempena majlis perjumpaan khas warga UPSI bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan.

Alhamdulillah majlis bjalan dengan lancar.. Tq so much TPM Malaysia YAB Tan Sri Dato'Seri Diraja Mahyuddin Yassin. Sudi datang ke teratak UPSI. Pelbagai info pendidikan dan soal jawap dapat dijawap dengan jawapan yg bernas oleh TPM. Pelbagai persoalan yg menarik dapat warga UPSI info dengan lebih detail..

Yang bestnya mrsyanie dapat jumpa TPM Malaysia dengan lebih dekat.. Yeeeehaa... Best.. So dapatlah beberapa keping gambo..hihi mrsyanie sharekan sket ye..





Blog with samsung tab

Assalammualaikum w.b.t
Salam Jumaat sume.. Syukur alhamdulillah kita masih lagi bernafas dibumi Allah S.W.T. amin.. Yeahh sekarang mrsyanie ngah gunakan kan applikasi blog dgn my samsung tab.. Sangat easy dan senang.. Boleh lah mrsyanie ber celoteh pot pet banyak2 dan cepat..hihi bukan pe if ada dlm tab ni senang.. Bila-bila masa boleh mrsyanie story.. Tak ada lah korang nk kne tunggu lambat je..kalu guna aplikasi ni senang.. Cepat je story i akan upload.. Wow leh jadi wartawan tak rasmi ni..hahaha..
Mudah je kalu sapa2 yang masih belum ada aplikasi ni..
1-Klik je kat playstore korgpastu search je blog..
 2-klik pada simbol blog.
 3-install kan aplikasi tersebut
4-yea akan keluar icon di tab or android korg.
Tgk kat bawah gambar nye ye...

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa 2013 (Edu-InERI 2013)


Jom ke booth jualan dari Persatuan Penolong Pegawai Sains.
Terdapat juga jualan air #uneqkarbonat dari uneQuein by

 Mawi Ekin (caw. Tanjung Malim).so pada yang teringin nak
rasa dan cuba air berkabonat dari uneQuein by Mawi Ekin

 Jom serbu booth PPPS. 




Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan

 Peringkat Antarabangsa 2013 (Edu-InERI 2013) pada

21-22 September 2013

bertempat di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah,

 Proton City, UPSI.

Sekian, 
Terima Kasih




Forum Perdana Ehwal Islam


Assalamualaikum w.b.t 

Mrsyanie nak share kan info sket. insyAllah malam ini UPSI akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlansung di UPSI. untuk detail leh tengok kat bawah ye.. jemput semua hadirkan dan lapangkan diri anda..weee...

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato'/Profesor/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan secara lansung dengan kerjasama UPSI, RTM dan JAKIM seperti butiran berikut:


Tarikh : 12 September 2013 (Khamis)
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Pentas Utama Tapak Pesta
Hadapan Blok 10 FPE
Kampus Sultan Azlan Shah Proton City
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Panel :
 i. Ustaz Kazim Elias -Pengetua Pusat Pendidik Al-Barakah;
ii. Dr Farah Syazwani - Dr pergigian Pejabat Kesihatan Krian Perak;
iii. Dr Ibrahim Hashim - Pengarah Pusat Islam UPSI;
iv. Ustaz Zarafi JAKIM

Tajuk :
 i. "Khalifah Muda"-Rakaman
ii. "Rasulullah SAW dan Pendidikan"-Siaran Langsung TV1

Kehadiran Y.Bhg Dato'/Profesor/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan warga UPSI amatlah dialu-alukan dan didoakan moga tercatat sebagai "Fisalilillah/ Menuntut ilmu yang dirahmati ALLAH SWT.

uneQuein Multijuice


                                                           Assalammualaikum w.b.t







Liquid Health Supplements
Rumusan jus dari gabungan buah-buahan botani dan sunnah seperti delima, minyak zaitun, minyak habbatus sauda’, cecair kurma, buah tin, kismism goji, air zam-zam dan madu yang mengandungi pelbagai khasiat mineral dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh. Minuman berkhasiat ini membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatan luar dan dalam tubuh bila diamalkan secara berterusan.
  • Delima – digelarkan ‘ superfruit’ yang mengandungi anti oksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payudara, organ paru-paru dan jantung.
  • Kurma – terdiri daripada fenol, sterol, pigmendasquelen yang memainkan peranan penting, dalam kesihatan manusia. Dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan seharian, membantu menyeimbangkan metabolism badan banyak lagi.
  • Buah Tin – Menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Membantu membersihkan hati dan jantung serta membersihkan lendir dalam usus.
  • Kismis – Menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati dan mencerahkan mata.
  • Madu – Mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.
  • Minyak Zaitun – Mengandungi perlindungan kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai proses penuaan.

uoll juga boleh layari page facebook UNEQUEIN  atau
 layari instagram : unequeintanjungmalimperak.

HUBUNGI

019-2961554 (SMS/CALL/WA/WECHAT)

 atau 


UNEQUEINTANJUNGMALIM@YAHOO.COM

Vitamin B, C, L-Glutathione, & Acai Berry + Beauty Technology

Assalammualaikum w.b.t


Mrsyanie dah story pada n3 yang lepas mengenai produk uneQuein yang diasaskan oleh penyanyi terkenal negara iaitu Mawi dan siterinya Ekin. Dalam n3 ni mrsyanie nak story lebih terperinci mengenai collagen uneQuein atau lebih kepada Vitamin B, C, L-Glutathione, & Acai Berry + Beauty Technology. wow!!! penuh dengan khasiat. Bukan hanya luaran malah dalaman akan dipenuhi dengan khasiatnya. ok story kencang banyak pun xbestkan, jom tengok khasiatnya dan kelebihan produk Collagen UneQuein.

Tuanku Zara seru graduan jayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

"TAHNIAH WARGA GRADUAN UVIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS"



TANJUNG MALIM 10 Sept. - Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim menyeru para graduan merealisasikan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi memacu kemajuan pendidikan tanah air.
Baginda yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah, transformasi pendidikan yang ditegaskan kepemimpinan negara amat relevan sekali gus memerlukan tindakan serta keupayaan pelaksanaan bagi menjayakannya.

"Para graduan berperanan penting merealisasikan kejayaan pelan-pelan tersebut. Terapkan idealisme yang diimpikan dalam gerak kerja ketika melaksanakan tugas setelah berada di luar kampus.

"Jadilah insan kamil yang mengagungkan kebesaran penciptanya. Jadilah warga yang menyanjung semangat kesetiaan kepada raja dan negaranya.

"Jadilah insan budiman, mensejahterakan masyarakat melalui lidah bicara dan hemah tindakan seorang pendidik," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sidang pembukaan Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-15 yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalananthan dan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa.

Sebanyak 6,541 graduan dianugerahkan ijazah dan diploma dalam sesi konvokesyen kali ini melibatkan 23 pemegang doktor falsafah (PhD), sarjana (790), ijazah sarjana muda (2,882) dan diploma (2,756).
Sesi konvokesyen UPSI kali ini mencatatkan peningkatan sebanyak 94 peratus bilangan graduan berbanding 3,322 pada tahun lalu.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Zara turut berkenan melantik Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Dr. Zakri Abdul Hamid sebagai Pro-Canselor UPSI yang baharu.
Selain itu, baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Sejarah, masing-masing kepada Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim dan Tan Sri Omar Mohd. Hashim.

Dalam pada itu, Tuanku Zara turut menyeru para graduan supaya menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara yang mentafsir pendidikan sebagai usaha berterusan memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

Selain itu, baginda turut menyarankan para graduan menyemai hasrat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan kerana usaha menimba ilmu tidak seharusnya terhenti setelah berjaya menggenggam segulung ijazah.

"Budaya intelek hendaklah sentiasa disemarakkan dalam diri graduan. Seorang pendidik tidak boleh memisahkan diri daripada rasa cinta terhadap ilmu.
"Jadilah seorang pendidik dihormati yang mengamalkan sifat budaya intelek; mencermin diri sebagai insan berilmu, bertenaga dan berupaya mengharungi cabaran serta evolusi dunia pendidikan," titah baginda.




© Utusan Melayu (M) Bhd 

uneQuein by Mawi Ekin

Assalammualaikum w.b.t

Salam Rabu semua..hihi mungkin ramai yang dah tahu mengenai produk uneQuein by Mawi Ekin yang kini hangat dipasar. Mrsyanie nak kabo ler sket, mrsyanie juga merupakan ahli keluarga uneQuein yahoooo... mrsyanie adalah ejen yang berdaftar sah dengan syarikat uneQuein. Alhamdulillah.. pada semua yang nak dapatkan produk boleh hubungi mrsyanie 019-2961554 okai.. pada yang masih belum tahu apa itu uneQuein? produk pe? jom share story sket tentang produk uneQuein..

Puding Roti Karamel

AssALAMMualaikum w.b.t


syukur pasal Hatyai udah abis tapi jangan risau insyAllah mrsyanie akan buat entry khas untuk bajet ye..hihih tapi ikut perjalanan mrsyanie lah ye. entry kali ni mrsyanie nak share sikit pasal resepi puding roti karamel.. nyum nyum .. sejak menjak ni minat lak nak masak. Adik ipar, akak dan mber nak datang umah untuk beraya jadi nak masak pe ye untuk sampingan.. google punya google dapatlah resepi yang simple dan mudah nak buat. dapatlah dari blog Secubit Garam.  








Bahan-bahan


3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1 sudu kecil)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)Mrsyanie kukus agak lama jugak lebbih kurang 1jam hingga 1jam 30 minit. ikut keadaan masakan :)


Sumber ilham dari : Secubit Garam Blog

Hatyai, Thailand - Songkhla Aquarium dan Samila Beach

Assalamualikum w.b.t

Maaf ye ada lagi entry pasal Hatyai ini kan lupa sangat mrsyanie pasal travel ke Songkla.. Songkla tak adalah jauh sangat dengan Hatyai. Korang kena datang sini jugak tau untuk jalan-jalan. Naik tut tut je..hihi

'' Samila Beach dalam City Municipality, lebih kurang 2.5 kilometer dari pasaran segar Pemabuk Thalat Thetsaban. Ia terkenal dengan pantai berpasir putihnya dan patung satu ikan duyung yang simbol Songkhla. ''


Kami jalan kat pantai tu just untuk ambil gambar sahaja dengan patung duyung tu. Cuaca sangat panas so tak larat nak stay lama2. Pantainya sangat cantik dan pemandangan yang menarik. Sangat sesuai untuk bersantai dengan family. Ada jugak perkhidmatan naik kuda. tapi mrsyanie tak naik sebab kekangan masa. (*_*)


Hatyai, Thailand Last Time


Ini tak adalah last sangat pun. just nak share kan gambar selepas kami jalan-jalan kepenatan.. Layan jom..

Hatyai, Thailand - Floating Market

Assalammualaikum w.b.t

Floating Market, antara tempaat yang pelaing femes lah kat Hatyai ini.


Yang menarik kat Floating Market ini adalah cara mereka menjual makanan, minuman dalam sampan. Floating Market kat Hatyai ini agak baru jugak berbanding dengan kat Bangkok. Ada yang kata kat Bangkok lagi besar dan meriah. Tapi xpe mana tau next time mrsyanie akan ke Bangkok plak mrsyanie akan story lah bebanyak. So ini pun dengar cerita dari orang je kata Bangkok lagi beso. Amik aura dulu lah kat Hatyai sebelum pi Bangkok kan.. oklah kat sini banyak jual makanan dan minuman. sebelum sampai kat area sampan tu kami lalu jalan cam pasar sikit tempatnye. ada jual baju, minuman makanan dan lain2. 


Hatyai, Thailand - Chang Puak Camp

Assalammualaikum w.b.t

 Chang Puak Camp tempat yang paling menarik lah kalu sapa2 nak pi. Gajah merupakan simbolik bagi negara Thailand. Gajah adalah sumber pendapatan dan pengangkutan mereka dahulu. Gajah juga lambat kesucian mereka. Rugi siapa yang datang Hatyai tapi tak naik Gajah.


Hatyai, Thailand- ICE DOME

Assalammualaikum w.b.t

Ice dome, Hatyai.. kalu tak pi tak sahkan..hihi yelah antara tempat yg femes kalu datang Hatyai ni. try lag google ice dome Hatyai ni..femes uolss... hihi.. so xmau ketinggalan lor..pi gak..hihih 


Ok pada yang belum baca entry yang lepas jom layan entry yang lepas  SINI




Hatai, Thailand Part 6 -Day 2

Assalammualaikum w.b.t
Kami meginap di Hotel Tune Hatyai. Memang best and selesa. Harga pun ada murah cuma tak lah sedekat sangat dengan town. tap jalan kaki pun boleh. dlm 10 minit sampai. kalu naik tut tut 3 minit sampai dah.. Hari ke 2 ni kami plan untuk naik tut tut untuk ke lokasi ygtelah di'spot'kan. Antaranya, Ice dom, Ikan duyung ye bukan dugong hihi..dan tempat lain yang menarik. Kami dapatkan tut tut depan hotel je. dah menunggu tu. So korang tanya lah mana yg murah ye. and berapa tempat yang boleh dapat pergi. Kami dapat dalam sorang RM20 untuk 4 lokasi. Ice dom, Ikan duyung, Tempat Gajah dan akuaria.. 


Ok pada yang belum baca entry yang lepas jom layan entry yang lepas  SINI

Hatyai, Thailand Part 5 - Restoran Salma

AKhirnya penat berjalan kami sampai gak kat Restoran Salma. Makanan ny mmg super.. Sedap tapi mrsyanie silap order .. agak kurang dengan citrasa tapi masakan lain memang sedap. Curik sket makan mrlaling hihih.. lapo kan..hihi Makanan nye tak ada lah mahal dan tak ada lah murah.. tapi murah lagi makanan kat Malaysia tau... nasi goreng pun lebih kurang RM7. Kalu kat Malaysia baru RM4.5/ RM 5. deko restoran mmg cantik. menraik siap ada aircond. berbaloi makan kat cni. sebab mrsyanie ada pi kedai lain xda aircond ala macam kedai biasa tapi harga mahai gak.. mungkin pelancong kot dia pekena kaw kaw.. ehh pelancong ler sangat hihihi...ok layan gambar jelah ye.. 

Ok pada yang belum baca entry yang lepas jom layan entry yang lepas  SINI

pastikan yang halal ye..

Hatyai, Thailand Part 4- Jalan-Jalan sekitar Bandar Hatyai

ok sambung sini plakye.. dalam entry ni tak ada pe sangat just nak share kan gambar2 sekitar town Hatyai. Mana yang sempat kami tangkap je ye.. Ini sewaktu kami berjalan nak cari kedai makan sebelum berjalan ke Hotel Tune. Agak jauh jugak dari Kim Yong Market nak ke town nye.. Jauh sebab kami jalan kaki ye.. hihih kalu naik tut tut tak sampai pun 5 minit. Kami cari kedai makan dulu sebab kang dah sampai hotel maleh plak nak kuar, nak rehat.. Penat jalan kaki..hihi Kami cari restoran Salma. Restoran Hamid agak femes jugak tapi mahai sket ler..hihhih 

Ok pada yang belum baca entry yang lepas jom layan entry yang lepas  SINI


Hatyai, Thailand Part 3- KIM YONG MARKET

Assalammualaikum w.b.t 
Hatyai, Thailand sawadikap...hihih hari pertama, kami kena cop pasport dlu kat Padang Besar. still Malaysia ye.. kat Stesyn Padang Besar hampir 1 jam lbh kami menunggu untuk tukar tren Thailand plak. sempatlah kami bsarapan dulu sementara tunggu kan.. Kami teruskan pjalanan ke Thailand. agak ngeri mula2 tgk pemandangan sepanjang pjalanan menaikki tren ke Hatyai. agak mundur jugak penduduk nya. terasa bersyukur sangat menjadi rakyat Malaysia yang penuh dengan kemewahan dan kaya dengan bantuan. Sampai je tgk kemudahan dan sekitar stesen kereapi kat sana. serius rasa Malaysia terbaik. mungkin Hatyai bukan lah bandar besar. Tunggu ler nak ke Bangkok nanti hihi.. 

Hatyai, Thailand part 2 Mula episod bercuti

Assalammualaikum w.b.t, salam semua.. dah nak dekat puasa kita ye.. lagi 2 hari..syukur alhamdulillah... tak sabar rayanya mrsyanie nak menempuhi bulan yang mulia dan sama-sama kita memperbanyakkan amalan baik kita dan mengurangkan amalan yang tidak baik.. insyAllah... amin... amin..

NI LAH ADIK IPAR YG TOLON KAMI ANTA KAT KETEAPI HIHIH

Hatyai, Thailand part 1 Pembelian tiket Keretapi KTMB

Assalammualaikum w.b.t

hye hye hye.. sawadikapp... kapkunkap..hihh tu ayat tambah sendiri k..alhamdulillah.. mrsyani and husbd selamat pergi dan kembali ke tanah air ku..wahh cam jauh je kan..oklah kali ni holiday ke luar negara tak jauh pun..target sbenarnya nak pi Vietnam tapi tak kesampaian jadi target berubah ke Thailand.. Hatyai !!! 

Kali ni perjalanan agak menarik dari yang lain kerana mrsyanie, suami and the geng menggunakan perkhidmatan yang agak extrem sket.. Keretapi KTMB menjadi pilihan pengangkutan travel kali ini.. best sangat..Tqvm KTMB memberikan perkhidmatan yang terbaik.. tiket korang boleh beli terus di kaunter KTMB atau boleh beli secara online. kami pilih untuk pergi terus ke kaunter untuk beli tiket.. ingat ye korang kena beli awal untuk mengelakkan kehabisan tiket tambahan plak hujung minggu memamg tiket cepat habis. Kami beli tak ada lah awal dan tak lah lewat sangat.. kami dapat tiket pergi koc tempat tido.memamg selasa lah..tido lena pun bole.. balik tu je kami terlewat beli, tapi dapat gak tiket just tempat duduk..no katil2 huhu.. yeahh tiket dah ada, jadi kena lah buat persediaan cek pasport and tukar duit hihi.. bab cter tukar duit ni..kat Tanjung Malim rate tukar adalah

Macaroni Ikan Sardin

Assalammualaikum w.b.t semua.. wah maaf ye dalam insta dah masuk gambar nye tapi xda lak resepi nye kan..maaf ye lambat.mrsyanie sibuk sekt skrg huhu xpe korang jangan mara2 tau..sayang korang..!! oklah straight the point ok..

Bahan-bahan: (ini lah bahan yang paling simple sbb kbanyakkan korang mesti ada sardin kan kat umh)

1) Macaroni 
(korg boleh ubah lain kalu nak cth: spagetti )
2) 1 tin kecil sardin (apa2 jenama pun boleh janji yg korg suka)
3) Sos  spagetti
4) bawang besar dihiris
5) bawang putih dihiris
6) Cili Kapsikum Merah / kuning




Cara-cara:-

**Mulakan dengan bismillah dan selawat, senyum dan masak penuh gembira**

1) Rebuskan macaroni ye.bagi masak dulu, dah masak toskan ye.


 2) Tumiskan bawang besar dan bawang putih dalam kuantiti minyak yg sedikit.just untuk tumis.

3) Masukkan kapsikum merah dan kuning untuk digoreng seketika dalam bahan tumisan. jangan lama sangat ye.

4) Masukkan isi sardin dan sedikit kuah sardin. Bagi ada aura dan rasa sardin tu lebih sket.



5) Masukkan sos spagetti mengikut citarasa anda. If nak berkuah lebihkan sedikit dan tambah sedikit air. If nak kering just ala kadar bagi semua macaroni sebati. 
Masakkan sehingga masak ye..hihi

6) Masukkan macaroni dan gaul hingga sebati. Biarkan seketika atas api yang kecil ye.

dan

siap dihidang....








FANPAGE

back off