Hormon wanita

Assalammualaikum w.b.t semua

Syukur alhamdulillah setelah sekian lama mrsyanie tak didatangi oleh bulan merah akhirnya telah 2 kali dah ada bendera or bulan merah.. amin syukur... mgkin bagi setiap wanita bulan merah adalah normal bagi mereka tapi tidak buat mrsyanie.. setelah 2 tahun mrsyanie tidak datang dengan sendirinya bulan merah, akhirnya baru2 ni dah masuk 2 kali bulan merah datang dengan sendiri. harap sangat lepas ni petanda 2 jalur lak buat mrsyani and mrlaling. 

ok lah nak story sikit pasal kesabaran dan usaha.. bayangkan lah seorang wanita tak ada period dan ramai yang mgatakan sukar untuk mendapat cahaya mata.. tapi itu semua rezeki Tuhan. kena ingat tau..sama2 kita ingat mengintai insyAllah. penah juga dengar kisah seorang wanita yang tidak ada period langsung tetapi nak mendapatkan zuriat. tapi dengan izin Tuhan, semua itu tak ada masalah. Tapi kita mestilah usaha dan memperbaiki setiap apa yang menjadi kekurangan. Jom kita baca sama-sama pandangan orang pakar iaitu:


DR Fairuz Ashikin Abd Kadir, pakar perbidanan.

Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.

Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.

Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:

Ubat kesuburan tidak harus diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan kerana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada kilang ovari terangsang. Pengambilan ubatan jenis 'clomiphene' boleh menyebabkan rangsangan yang terlebih (hyperstimulation) sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa yang lama juga akan meninggikan risiko barah ovari terhadap pengambilan clomiphene. Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.

Labels: