Forum Perdana Ehwal Islam


Assalamualaikum w.b.t 

Mrsyanie nak share kan info sket. insyAllah malam ini UPSI akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlansung di UPSI. untuk detail leh tengok kat bawah ye.. jemput semua hadirkan dan lapangkan diri anda..weee...

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato'/Profesor/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan secara lansung dengan kerjasama UPSI, RTM dan JAKIM seperti butiran berikut:


Tarikh : 12 September 2013 (Khamis)
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Pentas Utama Tapak Pesta
Hadapan Blok 10 FPE
Kampus Sultan Azlan Shah Proton City
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Panel :
 i. Ustaz Kazim Elias -Pengetua Pusat Pendidik Al-Barakah;
ii. Dr Farah Syazwani - Dr pergigian Pejabat Kesihatan Krian Perak;
iii. Dr Ibrahim Hashim - Pengarah Pusat Islam UPSI;
iv. Ustaz Zarafi JAKIM

Tajuk :
 i. "Khalifah Muda"-Rakaman
ii. "Rasulullah SAW dan Pendidikan"-Siaran Langsung TV1

Kehadiran Y.Bhg Dato'/Profesor/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan warga UPSI amatlah dialu-alukan dan didoakan moga tercatat sebagai "Fisalilillah/ Menuntut ilmu yang dirahmati ALLAH SWT.

Labels: