Puding Roti Karamel

AssALAMMualaikum w.b.t


syukur pasal Hatyai udah abis tapi jangan risau insyAllah mrsyanie akan buat entry khas untuk bajet ye..hihih tapi ikut perjalanan mrsyanie lah ye. entry kali ni mrsyanie nak share sikit pasal resepi puding roti karamel.. nyum nyum .. sejak menjak ni minat lak nak masak. Adik ipar, akak dan mber nak datang umah untuk beraya jadi nak masak pe ye untuk sampingan.. google punya google dapatlah resepi yang simple dan mudah nak buat. dapatlah dari blog Secubit Garam.  








Bahan-bahan


3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1 sudu kecil)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)Mrsyanie kukus agak lama jugak lebbih kurang 1jam hingga 1jam 30 minit. ikut keadaan masakan :)


Sumber ilham dari : Secubit Garam Blog

Labels: ,