Program Vaksinasi HPV untuk wanita

Assalammualaikum w.b.t

Salam isnin semua.. selamat kembali kerja.. isnin lah hari yang paling malas rasanya nak buat kerja..tapi kena tanamkan sifat semangat kerja..chaiyuk semua.. oklah mrsyanie sebenarnya nak share kan tentang vaksinasi HPV khas buat wanita..Rasanya ramai dah tahu akan program yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama LPPKN. Program ini sangat bagus bagi pendedahan kepada semua wanita mengenai akan wujudnya vaksin HPV di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kepentingan vaksin ini. Jangan risau vaksin ini PERCUMA tau bai wanita yang layak..

Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada semua wanita yang layak. Anda boleh berhubung dengan mana-mana Klinik LPPKN atau Pusat Kesihatan IPTA anda.



Apa itu HPV??

HPV adalah singkatan bagi Human Papillomavirus. Ia adalah penyebab utama kenser servik yang disebarkan melalui hubungan seks. Dimana zaman sekarang seks dikalangan remaja sangat berleluasa tanpa ikatan pernikahan. Ianya sangat mengecewakan. Pada remaja wanita jagalah maruah anda dan mahkota permata anda. Sesunguhnya ingat lah dosa dan akbat dunia dan akhirat kelak. hihi pesanan penaja kejap ye..

Sambung balik, setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV. Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser servik atau pangkal rahim.

Ha Kanser Serviks? Apa tu?

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah penyakit yang ke-3 bahaya bagi wanita di Malaysia selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum. Mengikut Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007, kanser serviks merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pas Smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.



Vaksinasi HPV

Vaksinasi HPV ini merupakan vaksin pencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV. Sebaiknya vaksin ini diberikan sebelum hubungan seks. Jangan risau vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Ianya dibri jaminan oleh Kementerian. Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual.

DOS (jadual)
                   1- Tarikh vaksinasi pertama diberikan
                   2- 1 bulan selepas suntikan pertama
                   3- 6 bulan selepas suntikan pertama


''Penting!!! pastikan anda melengkap 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan. 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks.''


Kriteria Wanita yang Layak di bawah Program ini:
- Wanita warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
- Tidak hamil
- Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
- Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

Kesan Sampingan

Vaksinasi ini adalah selamat.
          ''Jawatankuasa Penasihat Sedunia untuk Keselamatan Vaksin, Pertubuhan Kesihatan Sednuia telah menbuat kesimpulan bahawa vaksin HPV mempunyai profil keselamatan yang baik''

Seperti vaksinasi yang lain, anda mungkin akan mengalami sedikit kesakitan, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan. Kesan lain deman, pening kepala, loya atau muntah. Ia bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan, segera ke hospital untuk dapatkan rawatan susulan.

Mana nak dapatkan?? Tempat??

Anda boleh ke,

1- Klinik-klinik yang tersenarai dalam sesawang LPPKN.
2- Jika anda pelajar IPTA, dapatkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pusat Kesihatan IPTA anda.



daaa.... Jumpa di entry akan datang ye!!! follow kami tau!!


Labels: