Jom Klik

FEED EFG

Hujan adalah Rahmat Allah S.W.T


Hujan adalah rahmat Allah, Jangan dicela datangnya, terimalah dengan penuh syukur dan sabar, persiapkan diri menerima rahmat Allah …. h u j a n …..


Alhamdulillah hari ni hujan, syukur pokok-pokok dan hidup mendapat air tanpa kepanasan..kat sni tanjung malim hujan lebat. moga ia memberi rahmat buat semua makhluk dunia amin. Mak mrsyanie selalu pesan if hujab turun ia merupakan rahmat buat kita. Mohon lah kepada Allah S.W.T segala yang dihajatinya. InsyALLAH, Allah maha mendengar dan maha mengetahui segalanya. Setiap kali hujan turun mrsyanie mesti berdoa agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat buat mrsyanie dan mrlaling. Amin. Tapi kena juga berdoa waktu lepas solat.hihihi..dan jangan lah mengingkari perintah-Nya. ok sayang korang....


PERKONGSIAN ILMU: HIKMAH SAKIT BUAT PENDOSA


Assalammualaikum w.b.t semua

Hari mrsyanie nak sama2 kongsikan sedikit ilmu Allah ini dalam memperbaiki hidup kita yang hanya sementara di dunia. Artikel ni mrsyanie dapat dari seorang kawn opis yang share kan bersama-sama untuk kita menimba ilmu. selamat membaca..

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Maklumlah kita makhluk pendosa; tidak terlepas dari kelalaian. Kesakitan adalah salah satu dari dugaan hidup. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah S.W.T. murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah S.W.T. sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah S.W.T.?

Sedangkan, Allah S.W.T. berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah S.W.T.. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

MENGHAPUS DOSA

Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah S.W.T. menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah S.W.T.. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah S.W.T. menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah S.W.T. akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 "Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah S.W.T. bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah S.W.T.. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah S.W.T. membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

SAKIT YANG MENINGGIKAN DARJAT

Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah S.W.T. meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah S.W.T. yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub A.S. ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub A.S. mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah S.W.T., namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub A.S. tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah S.W.T. mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub A.S. dalam melalui ujian Allah S.W.T. berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan kepada Allah S.W.T. jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

SAKIT ROHANI PUNCA KEJAHATAN

Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.

Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.

Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.

"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.

"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.

TAUBAT MENYUCIKAN DOSA DAN NODA

Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.

Katanya, Allah S.W.T. sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

==========================================================================================

"Ya Allah! Berilah rahmat ke atas penghulu kami (Nabi Muhammad S.A.W.), yang dengan berselawat ke atas Baginda akan menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan badan juga kesembuhan penyakit, serta mengurniakan cahaya penglihatan, dan kurniakanlah juga rahmat, keberkatan dan kesejahteraan ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda." (Selawat Syifa')

Homemade Baked Macaroni & Cheese

Assalammualaikum w.b.t semua

Hari ni mrsyanie nak share kan resepi masak Homemade Baked Macaroni & Cheese.. nama resipi perggg gempak je..saja je letak nama dalam bahasa inglish ler..kasi mood west sket hihih..kali ni sesi memasak lak..ni tgh mood minat nak masak..so last week nye cuti masak je..ok lah jom layan resepi ni..

so kali ni mryani tak lah guna resepi sebenar masak macaroni yang ala2 creams sos tu..sbb mrlaling tak minat sangat yang agak cremy ni..so buat macaroni goreng cam biasa..gunakan sos spageti .. kalu nak korang leh wat ala2 bihun goreng.tp mengunakan macaroni je.

Bahan-bahan

2 biji bawang besar
7-8 ulas bawang putih
3 biji telur
500g macaroni 
Daging ayam kisar
lada hitam
Sos spageti Cendawan
Mentega

* korang rebus dulu macaroni tu ye. masuk lah sedikit minyak + garam.

1) korang tumiskan bawang besar, bawang putih. 
2) masukkan telur dan daging ayam kisar tu..
tumis lah hingga garing sket daging tu..
3)masukkan sos spageti..if korang nak pedas just campurkan ciliapi yang dah dikisar..bg pedas2 sket..
4) last skali masukkan macaroni yang dah rebus tu..jangan lupa tapis dlu ayaq nye ye..
goreng hingga masak..

masukkan dalam bekas pembakar..taburkan chese kat atas as topingnya..then bako..
suhu 180% dalam 10 minit atau less ikut keenakkan yang korang nak..hihih selamat mencuba!!!

Hari Wanita

                                                          Assalamualaikum w.b.t semua,

                                                          SELAMAT HARI WANITA!!! 
Tahniah wanita-wanita didunia kerana anda telah diraikan dan diiktirafkan oleh dunia. Walaupun ramai dah wanita yang berjaya tetapi masih lagi terdapat wanita yang telah dianiya. Masih ada lagi yang tidak sedar bahawa wanita perlu dilayan dengan baik kerana wanita juga ada perasaan dan   maruah. tetapi ada sesetangah yang masih berkuasa dalam manipulasi wanita. Sedih kerana pada zaman yang moden dan terkini masih lagi dengar penderaan, menjual wanita dan sebagainya. Mana perginya nilai kemanusiaan terhadap wanita. Hanya mampu berdoa agar wanita diberi petunjuk dan dilindungi. Ada juga dengar bukan wanita dipaksa tetapi sedih bila wanita itu sendiri yang sukarela diperlakukan seperti itu. Bangunlah wahai saudara-saudara ku. Semoga wanita diletakkan di tempat sepatutnya, iaitu dilindungi dan disayangi kerana pesanan terakhir oleh Nabi Rasulullah saw adalah untuk melindungi wanita.  Mrsyani bangga dan bersyukur kerana menjadi wanita..:)


Jom layan lirik Lagu Rossa:

Hey Ladies 

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

SELAMAT HARI WANITA. MOGA KITA DIBERI PETUNJUK, HIDAYAH, MURAH REZEKI DAN MENJADI LEBIH BAIK DARI YANG LEPAS. AMIN.


Sabah

Sabah, apa yang mampu mrsyani lakukan adalah sentiasa mendoakan agar semua selamat dan diberi perlindungan oleh-Nya. Moga pjuang yg mpertahankn negara di Lahad dan semporna dirahmati dan selamat. Al-Fatihah buat pjuang negara. Amin.


*Copy dari seorang kawan*


TANAH TUMPAH DARAHKU...
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita semua masih termangu
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita bermenung menongkat dagu
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita sibuk dengan ideologi partiku
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita cepat tuduh melulu
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita kata arrghh..itu bukan urusanku
 Ketika sulu datang menyerbu
 Itu masalah mu bukan masalah ku
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita bertelagah tak kira waktu
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita kata salah parti yang itu
 Ketika sulu datang menyerbu
 Kita tuduh konspirasi pemerintah itu 
 Kini sulu sudah bertamu
 Kita masih mencerca bercelaru
 Bendera negara menjadi abu
 Diinjak, dihina negara pengganggu
 Bangkit semua taulan MALAYSIAku
 Berganding bahu kita bersatu
 Terjah gagah musuh penganggu
 Kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU....

 Al fatihah buat semua pejuang negara yang telah syahid..... 

winner!!!

Assalamualaikum w.b.t semua,

Mrs.yani dah penah storykan pasal karnival sukan staf tempat mrsyani keje..ni lah hasilnya..


Akhirnya dapat juga hadiah hihih.. tapi banyak mber mrsyani cover..last game tak menjadi sangat huhu..tapi alhamdulillah dapat gak myumbang nama untuk rumah sukan yang mrsyani wakilkan..walaupun kami tak menang secara keseluruhan tapi team wanita kami no 2 a.k.a naib johan .. yeah!!.. yang bestnya team lelaki naib johan nye adalah team mrlaling..hihi ni yang suka sangat coz dia tak lebih dari mrsyani..hihih aisey..sama lak kami naib johan...sama lawan ni..mrlaling ni rumah sukan lain..so jadi pesaing thangat ler..hihih 


Karnival Sukan Staff UPSI telah pun berlalu..selama 4 hari yang lepas berlansungnye..berkerah habis tenaga akhirnya menanti rumah sukan yang akan menjadi Juara akan diadakan hari ni..petang ni akan berlansung lah penutup sekali gus perhimpunan bulanan bersama VC. wah tak sabar rasanye menanti petang ni..sapa lah akan jadi juara walaupun tak dapat nak menyumbang pigat keseluruhan..insyAllah tahun depan kena fokus and kne banyakkan training ni..hihi..wish rumah sukan mrsyani akan jadi juara ye.. 
Luv u LL.

FANPAGE

back off