Jom Klik

FEED EFG

Related post / LinkWithin

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi.. ehhh bukan pagi je selamat...(iklan radio) .. Assalammualaikum semua..:)  pagi2 ni teringat plak iklan radio pasal ucapan pagi ni.. ok semalam kan mrsyanie ada gtau yang mrsyanie pi kursus pembangunan blog..so hari ni ada lagi..mayb lebih advance.. mrsyanie nk share kan sket mengenai related post ..yang ada kat blog2 yang lain... tengok gambar jap lagi senang kan.

ha yang ada 4 post sekali tu... ok korang boleh pilih nak brape yang ada post kat setiap post korang tu... maknanye bilangan related post yang korang nak..sebelum ni mrsyanie ada cari dari blog2 lain..kebanyakkan nak kne edit html tu..agak payah jugak bagi yang new blogger.. so cari punya cari dapat dari satu blog ni..so banyak jugak info dan kemahiran yang diorang ada untuk new blogger blajar mengenai pembangunan blog.. ni blog sumber: Sumber Ilmu

sambung balik mengenai related post: korang boleh ke web Related Post Link. klik je kat link tu k..pastu korang akan nampak page view like this..
so korang ikut je arahan dan korang boleh pilih brape post related yang korang nak k..easy sangat nk buat blog anda menarik :) selamat mencuba...

wedding card 1980

Assalammualaikum w.b.t

Title pun dah wedding card 1980 tu..my parents nye wedding card sebenar nya..hikhik.. terkezut i, bler my dad gtau nak tgk kad kawin abah tak? ha..ada lagi ke..??? terpikir gak..wah memori betul.. memang betul lah wedding card 1980 tu..simple je tapi memang memori lah..ingat kan dulu-dulu tak ada wedding card..rupanya memang dah ada dari dulu lagi..yelah anak muda ni ingat zaman 1980 an tu jemputan melalui mulut ke mulut..datang rumah saudara mara and jemput kan..rupanya pakai kad kawin jugak..terbaik lah abah and mak..

cter banyak tak yah lah kan..jom tengok wedding card 1980..

**yang sweetnya peta draw dengan tangan tau..hihi.. pesanan my mom, ani u must simpan kad kawin tau. untuk kenangan anak cucu cicit nanti..hihi **

nanti mrsyanie masukkan gambar kad kawin mrsyanie and mrlaling ye..hihih :)

Create blog

Assalammualaikum w.b.t

Morning semua ...alhamdulillah job wedding mrsyanie and mrlaling semalma bjalan dengan lancar..nantikan koleksi gambar wedding semalam dalam Fairyphoto Blog ye..mrsyanie hari ni nak story sket hihi ada masa ni sebab sedang bekursus tau..kebetulan plak kursus create blog... hihih oklah mrsyani akan share kan bagaimana nak create blog ye..pada yg baru dalam blog k..yg dah mahir tu leh lah turun kan ilmu share bsama2 dalam n3 ni k..fokus untuk ramaikan lagi blogger yang leh kita share kan ilmu dari pelbagai bidang tau..hihih and sesuatu pengalaman tu merupakan panduan dalam hidup... oklah ni antara sejarah tentang blog.. blog adalah asal dari perkataan yang dah lama iaitu web log.. daripada perkataan web log terhasilah BLOG.. dibuang ayat we.. hanya tinggal Blog.. so blog bukan lah perkataan baru ye..yeahh tau dah sket sejarah blog k.kalu orang tanya mana datang nye perkataan blog..korang dah tau kan.. hih wee...



TEKNIK MEMBUAT BLOG:_ (CREATE BLOG)
*maaf guna n3 ni jelah ye..sbb sayang kat korang tau..
xyah cari n3 tuk buat blogf.. a.k.a sayang n3 banyak2..hihih)*



Langkah langkahnya:

(taip gmail di google)
1.Klik pada sign up (jika belum ada akaun gmail)
2.Isikan butiran peribadi anda dalam form yang disediakan dan klik pada next step
3.Anda akan dibawa ke langkah ke 2 iaitu create your profile dan klik ke next step


4.Anda telah Berjaya membuat akaun blogger. klik back to blogger untuk confirm profile anda.
5.Klik back to blogger
6.Anda dibawa ke dashboard blogger..klik pada new blog (seperti paparan dibawah)
 




7. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang nak. Kemudian  klik create blog

8.Anda dibawa kembali ke dashboard…klik pada start posting (simbol pencil)

9.Masukkan tajuk artikel pada title …taipkan artikel pada ruangan yang disediakan dan klik publish untuk memaparkan posting anda.
** bagi yang dah ada blog sebelum ni..dan nak buat blog yang baru tak payah nak buat akaun gmail lain..guna gmail and id yang sama just ikut langkah ke 6. leh buat bny2 blog dalam 1 gmail akaun ye..**
 
 sayang korng daaa....selamat berblog ye pada new blogger :)


happy birthday Sultan Perak


Assalammualaikum w.b.t semua


yeah esok Perak cuti...tak sabar nk rehat tapi esok kne ke hospital sg.buloh plak...leh ajak mrlaling jalan kl terus ni..hihihi.. esok cuti sempena hari keputeraan Sultan Perak..

Selamat hari ulangtahun Sultan kesayangan Perak..


3 hari bercuti.. mmg seronok.. nak plak minggu depan ada car boot sale..kena gi tambah barang stok ni..nak promosikan barangan baru..hihi khas untuk warga Tg.Malim .. 

jangan lupa ye... nnti mryanie updated lg pasal sale tu..hari ni mrsyanie nak wish birthday kat Sultan kami, Sultan Perak...



Hormon wanita

Assalammualaikum w.b.t semua

Syukur alhamdulillah setelah sekian lama mrsyanie tak didatangi oleh bulan merah akhirnya telah 2 kali dah ada bendera or bulan merah.. amin syukur... mgkin bagi setiap wanita bulan merah adalah normal bagi mereka tapi tidak buat mrsyanie.. setelah 2 tahun mrsyanie tidak datang dengan sendirinya bulan merah, akhirnya baru2 ni dah masuk 2 kali bulan merah datang dengan sendiri. harap sangat lepas ni petanda 2 jalur lak buat mrsyani and mrlaling. 

ok lah nak story sikit pasal kesabaran dan usaha.. bayangkan lah seorang wanita tak ada period dan ramai yang mgatakan sukar untuk mendapat cahaya mata.. tapi itu semua rezeki Tuhan. kena ingat tau..sama2 kita ingat mengintai insyAllah. penah juga dengar kisah seorang wanita yang tidak ada period langsung tetapi nak mendapatkan zuriat. tapi dengan izin Tuhan, semua itu tak ada masalah. Tapi kita mestilah usaha dan memperbaiki setiap apa yang menjadi kekurangan. Jom kita baca sama-sama pandangan orang pakar iaitu:


DR Fairuz Ashikin Abd Kadir, pakar perbidanan.

Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.

Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.

Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:

  • HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
  • Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
  • Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
  • Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.
Ubat kesuburan tidak harus diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan kerana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada kilang ovari terangsang. Pengambilan ubatan jenis 'clomiphene' boleh menyebabkan rangsangan yang terlebih (hyperstimulation) sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa yang lama juga akan meninggikan risiko barah ovari terhadap pengambilan clomiphene. Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.

FANPAGE

back off