Jom Klik

FEED EFG

Puding Roti Mamamia

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi...bukan pagi je selamat hihi.. okla mrsyanie ari tu dah janji dlm instagram nak share kan skali resepi buat puding dengan senang nye..hihih .. ehh promote sket.. jangan lupa follow instagram yanieyusuf :)
oklah resepi ni dapat dari tenet gak..cari punya cari yang mana paling senang nak buat dan bahan yang simple mudah didapati..so terjumpa lah resepi dari blog Farah Lee.. tq so much dear for the easy resepi hihi..mrsyanie leh share kan resepi ni coz mrsyanie mmg dah buat and easy nak buat dan ringkas..masa pun tak lah lama sangat nak adun kan nye..cakap banyak tak yah ler ye..jom tengok bahan2 nye..

Bahan-bahan nye:-
(yang Farah Lee buat tuk 15 keping roti but mrsyanie buat just dalam 8-10 keping roti..jadi cut kan sedikit setiap bahan yang digunakan)

Gula : 1/2 cawan 
Majerin : 3 sudu besar
Fresh milk : 600ml
Roti : 10 keping
Telur : 1 biji
Esen vanila : 1 sudu kecil (untuk hilangkan hanyir telur. takde pun takpe)
Choco chip : untuk hiasan dan penambah rasa ala-ala coklat sket



ok dah tahu bahan so caranya plak.. sbelum yang betul-betul easy kita ikut cara yang sopan sket ye:_

CARA-CARA

Bak kata orang kalu nak masak untuk suami atau nak masakkan sedap lebih elok kita mulakan dengan Bismillah, selawat dan sentisa happy masak memasak tau..insyAllah sedap lah..hihi kalu masak untuk suami, niatkan masak untuk suami makan dengan sedap dan penuh kasih sayang..

1) Masukkan majerin dan gula dalam mangkuk, digaul dengan penuh kasih sayang


saya suka magkuk pink :)

2) Masukkan susu rendah lemak kedalam adunan tadi
3) Lepas adunan digaul, masukkan roti dan dicarik2 ikut suka. Gaulkan sehingga roti tu sebati dengan adunan tadi. Pastu masukkan coklat cip sedikit dalam adunan dan digaul. 


4) Masukkan adunan dalam loyang untuk dibakar dan sedikit hiasan coklat chip atas nye..

mrsyanie letak banyak..sebab suka hihih


5) Dibakar selama 10-20 minit dengan suhu 150-180. if lembik lagi  tambahkan masa.
siap masak leh hidangkan dan nyum nyum makan...


Lagi sedap dimakan petang dengan air mango..
yang dibuat oleh mrlaling yeahh selamat menjamu selera ye..


Malaysia !!!

Assalammualikum w.b.t

Jom mrsyanie nak share kan bersama sempena PRU13 ni.. ada betulnye.. moga Islam menjadi kuat insyAllah amin.. klik link untuk baca lebih lanjut dan bersama2 membuka mata untuk kesedaran.. http://ridhuantee.blogspot.com/2013/05/nasib-islam-selepas-pru13.html ..

Sedih sebenarnya tengok negara yang hura hara seperti negara-negara lain..hope sangat Malaysia akan kekal dengan negara yang damai dan harmoni .. dan moga setiap pemimpin Islam dapat memperjuangkan Islam dengan cara yang betul dan mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda juga pemimpin bagi negara dan baginda juga pemimpin bagi umat Islam.. contohi lah baginda. ye kita tidak sempurna seperti baginda tapi baginda telah memberi panduan buat kita.. ikuti lah panduan dan sunnah yang telah diberikan. insyAllah kita diberkati dan dredhai oleh Allah S.W.T. Amin.... mrsyanie hanya insan yang sentiasa berdoa agar yang terbaik buat Malaysia. :)

PRU 13 ATAU BIRTHDAY

Assalammualikum w.b.t

Selamat pagi blogger semua.. semalam pasti merupakan sejarah bagi kita sebagai rakyat Malaysia kan.. seronok gak tengok orang mgundi..sepatutnya mrsyanie tahun ni adalah my 1st time untuk mgundi but tempat mgundi di Kedah..huhu sob sob.. maaf Malaysia.. Tak leh nk ke Kedah coz my husbn mgundi di Slim Village.. a.k.a Perak.. mana nak pi kan.. so tahun ni menjadi peneman setia mrlaling.. dan tahun ni juga merupakan sejarah buat mrsyanie.. my birthday and PRU 13 sama date?? ohh no.. tapi tu lah hakikat..baiknye..pakat2 sambut that day..yang tak best nye kne lah sambut birthday awal coz siang nye 5hb tu orang pkaat sibuk mengundi malam plak tgu keputusan kan.. apa2 pun tq so much to mrlaling, my family, my mertua family, and frens.. yang tak jemu untuk sambut birthday, present, and wish yang terbaik buat mrsyanie. alhamdulillah.. penuh makna buat mrsyanie yang dah umur.. 27 tahun..oh no..3 tahun lg nak masuk 30-an.. cepat masa blalukan.. alhamdulillah tahun ni dapat hadiah and celebrt party jugak amin..syukur.. 
Thanks you semua!!! Terima kasih Mak kerana melahirkan anak mu yang banyak buat dosa dan sentiasa mlayan kerenah anak Mak yang nakal ni.. dan Terima kasih Abah mbesarkan anak yang degil nie..dan syukur berjaya dalam kehidupan dibawah didikan Abah.. Terima kasih buat mrlaling Faizal Hassan, suami yang tercinta kerana terima ayang seadanya dan sentiasa melayan kerenah isteri yang  degil dan nakal ni.. Terima kasih pada Mertua yang terima menantu yang memang degil ni..dan buat akak2, abag ipar, adik2 ku terima kasih layan kakak mu yang garang ni.. anak2 buah yang sweet2.. dan tq too buat my ipar family, tq so much tuk celebrt my birthday.. and my frens.. alhamdulillah.. tq sangat.. doakan yang tbaik buat mrsyanie dan mrlaling ye..moga dimurahkan rezeki jugak tuk dkurniakan zuriat buat kami.. Amin.. Syukur pada-Mu.
Gambar dibawah ni mengikut turutan sambutan k.. ikut date.. hihi :)

Hadiah From mrlaling :) 
sambutan birthday w my family. Tq Abah, Mak n Family :) ni makan beso gak.. ikan siakap 3 rasa nyum nyum..
Sambutan birthday ngan frens.. Tq Fatin blanja kami, Tq Faisal and Ina too.. :)

hadiah From Ieja, Abah Mak and Family mrsyanie

I love u Abah

my love suapkan kek..nyum nyum..sempat lagi mrsyanie calitkan creams kek kat pipi dia..hihih
Sambutan Birthday w family mertua
my Kek.. :)

hadiah from Sabah ba.. and ole2..hihi from my sister in law.. Kaklong :)

PRU 13 ?? Pilihanraya Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

PRU 13 ...banyak blogger yang dah tulis pasal PRU kan..mula tu xnak lah sibukkan diri dalam cter2 PRU ni..just sapa mgundi, undi adalah rahsia.. tapi hari ni tbuka plak hati ni nk share kan pe yg mrsyanie baca dari page Wardina mengenai pemilihan ''pasukan''.. mrsyanie gunakan ayat pasukan tuk parti..  yang mana Wardina pun share dari seorang frens ... jom layan.. pikir2kan mana yg tbaik untuk membuat pilihan masa hadapan.. undi adalah rahsia ye.. jangan tlalu taksub sgt dengan pasukan masing2..yang penting jagalah keamanan dan setiap pasukan yang menang, peganglah amanah yang diberikan dengan betul dan baik. insyAllah..

Selamat Ulang tahun UPSI ke-16 (1997 - 2013)


Assalammualaikum w.b.t




Alhamdulillah bsyukur kerana menjadi salah seorang ahli keluarga warga UPSI. Universiti yang penuh history dan cukup membanggakan.. mrsyanie mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-16 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada seluruh warga UPSI. Semoga UPSI terus berkembang pesat dan bergerak maju ke hadapan bagi merealisasikan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Tahniah dan syabas kepada semua warga UPSI yang telah menyumbang bakti menaikkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris! semua memainkan peranan yang besar dalam membangunan dan menjaya kan mutu yg baik...jom layan sket sejarah tentang penubuhan UPSI.



"Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997."


sekali lagi selamat hari ulangtahun...ye!! Mei the best!!! i like bualn Mei... 

FANPAGE

back off