Jom Klik

FEED EFG

Macaroni Ikan Sardin

Assalammualaikum w.b.t semua.. wah maaf ye dalam insta dah masuk gambar nye tapi xda lak resepi nye kan..maaf ye lambat.mrsyanie sibuk sekt skrg huhu xpe korang jangan mara2 tau..sayang korang..!! oklah straight the point ok..

Bahan-bahan: (ini lah bahan yang paling simple sbb kbanyakkan korang mesti ada sardin kan kat umh)

1) Macaroni 
(korg boleh ubah lain kalu nak cth: spagetti )
2) 1 tin kecil sardin (apa2 jenama pun boleh janji yg korg suka)
3) Sos  spagetti
4) bawang besar dihiris
5) bawang putih dihiris
6) Cili Kapsikum Merah / kuning




Cara-cara:-

**Mulakan dengan bismillah dan selawat, senyum dan masak penuh gembira**

1) Rebuskan macaroni ye.bagi masak dulu, dah masak toskan ye.


 2) Tumiskan bawang besar dan bawang putih dalam kuantiti minyak yg sedikit.just untuk tumis.

3) Masukkan kapsikum merah dan kuning untuk digoreng seketika dalam bahan tumisan. jangan lama sangat ye.

4) Masukkan isi sardin dan sedikit kuah sardin. Bagi ada aura dan rasa sardin tu lebih sket.



5) Masukkan sos spagetti mengikut citarasa anda. If nak berkuah lebihkan sedikit dan tambah sedikit air. If nak kering just ala kadar bagi semua macaroni sebati. 
Masakkan sehingga masak ye..hihi

6) Masukkan macaroni dan gaul hingga sebati. Biarkan seketika atas api yang kecil ye.

dan

siap dihidang....








Amoi Heaxa Now dh ada butik!! Butik Zorascarf& Heaxabell by amoiheaxa

Assalammualikum w.b.t

Tahniah pada amoi!!! alhamdulillah amoi and partner dah buka butik..wah best tu.. mrsyanie dan team Dreams Fairy Hijab Boutique mengucapkan tahniah dan moga berjaya. Jom sama2 kita beri sokongan kepada usahawan Muslimah.



ok ni addr tuk u'olss ke Butiik  Zorascarf& Heaxabell by amoiheaxa
address: No 11-1 Jalan Putra 2 Taman Putra Kajang 43000 Kajang Selangor.

Tahniah sekali lagi dari mrsyanie ye!!


Peristiwa Isra' dan Mikraj



Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. 


Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.


Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. 

Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. 

Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya. Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. 

Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. 

Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Salam Isra' dan Mikraj pada semua umat Islam dan Moga bersama-sama kita memperjuangkan agama terunggul dan agama suci Islam. amin.

FANPAGE

back off