Jom Klik

FEED EFG

Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalammualaikum w.b.t

Kaun adam jangan lupa ke masjid tuk menunaikan solat jumaat ye..pada kaum hawa jangan lupa tanggungjawab anda..hihi berita hari ini, TPM Malaysia datang UPSI..yehaaa... Hihi
Sempena majlis perjumpaan khas warga UPSI bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan.

Alhamdulillah majlis bjalan dengan lancar.. Tq so much TPM Malaysia YAB Tan Sri Dato'Seri Diraja Mahyuddin Yassin. Sudi datang ke teratak UPSI. Pelbagai info pendidikan dan soal jawap dapat dijawap dengan jawapan yg bernas oleh TPM. Pelbagai persoalan yg menarik dapat warga UPSI info dengan lebih detail..

Yang bestnya mrsyanie dapat jumpa TPM Malaysia dengan lebih dekat.. Yeeeehaa... Best.. So dapatlah beberapa keping gambo..hihi mrsyanie sharekan sket ye..





Blog with samsung tab

Assalammualaikum w.b.t
Salam Jumaat sume.. Syukur alhamdulillah kita masih lagi bernafas dibumi Allah S.W.T. amin.. Yeahh sekarang mrsyanie ngah gunakan kan applikasi blog dgn my samsung tab.. Sangat easy dan senang.. Boleh lah mrsyanie ber celoteh pot pet banyak2 dan cepat..hihi bukan pe if ada dlm tab ni senang.. Bila-bila masa boleh mrsyanie story.. Tak ada lah korang nk kne tunggu lambat je..kalu guna aplikasi ni senang.. Cepat je story i akan upload.. Wow leh jadi wartawan tak rasmi ni..hahaha..
Mudah je kalu sapa2 yang masih belum ada aplikasi ni..
1-Klik je kat playstore korgpastu search je blog..
 2-klik pada simbol blog.
 3-install kan aplikasi tersebut
4-yea akan keluar icon di tab or android korg.
Tgk kat bawah gambar nye ye...

Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa 2013 (Edu-InERI 2013)


Jom ke booth jualan dari Persatuan Penolong Pegawai Sains.
Terdapat juga jualan air #uneqkarbonat dari uneQuein by

 Mawi Ekin (caw. Tanjung Malim).so pada yang teringin nak
rasa dan cuba air berkabonat dari uneQuein by Mawi Ekin

 Jom serbu booth PPPS. 




Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan

 Peringkat Antarabangsa 2013 (Edu-InERI 2013) pada

21-22 September 2013

bertempat di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah,

 Proton City, UPSI.

Sekian, 
Terima Kasih




Forum Perdana Ehwal Islam


Assalamualaikum w.b.t 

Mrsyanie nak share kan info sket. insyAllah malam ini UPSI akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlansung di UPSI. untuk detail leh tengok kat bawah ye.. jemput semua hadirkan dan lapangkan diri anda..weee...

Adalah dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato'/Profesor/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan secara lansung dengan kerjasama UPSI, RTM dan JAKIM seperti butiran berikut:


Tarikh : 12 September 2013 (Khamis)
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Pentas Utama Tapak Pesta
Hadapan Blok 10 FPE
Kampus Sultan Azlan Shah Proton City
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Panel :
 i. Ustaz Kazim Elias -Pengetua Pusat Pendidik Al-Barakah;
ii. Dr Farah Syazwani - Dr pergigian Pejabat Kesihatan Krian Perak;
iii. Dr Ibrahim Hashim - Pengarah Pusat Islam UPSI;
iv. Ustaz Zarafi JAKIM

Tajuk :
 i. "Khalifah Muda"-Rakaman
ii. "Rasulullah SAW dan Pendidikan"-Siaran Langsung TV1

Kehadiran Y.Bhg Dato'/Profesor/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan warga UPSI amatlah dialu-alukan dan didoakan moga tercatat sebagai "Fisalilillah/ Menuntut ilmu yang dirahmati ALLAH SWT.

uneQuein Multijuice


                                                           Assalammualaikum w.b.t







Liquid Health Supplements
Rumusan jus dari gabungan buah-buahan botani dan sunnah seperti delima, minyak zaitun, minyak habbatus sauda’, cecair kurma, buah tin, kismism goji, air zam-zam dan madu yang mengandungi pelbagai khasiat mineral dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh. Minuman berkhasiat ini membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatan luar dan dalam tubuh bila diamalkan secara berterusan.
  • Delima – digelarkan ‘ superfruit’ yang mengandungi anti oksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payudara, organ paru-paru dan jantung.
  • Kurma – terdiri daripada fenol, sterol, pigmendasquelen yang memainkan peranan penting, dalam kesihatan manusia. Dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan seharian, membantu menyeimbangkan metabolism badan banyak lagi.
  • Buah Tin – Menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Membantu membersihkan hati dan jantung serta membersihkan lendir dalam usus.
  • Kismis – Menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati dan mencerahkan mata.
  • Madu – Mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.
  • Minyak Zaitun – Mengandungi perlindungan kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai proses penuaan.

uoll juga boleh layari page facebook UNEQUEIN  atau
 layari instagram : unequeintanjungmalimperak.

HUBUNGI

019-2961554 (SMS/CALL/WA/WECHAT)

 atau 


UNEQUEINTANJUNGMALIM@YAHOO.COM

Vitamin B, C, L-Glutathione, & Acai Berry + Beauty Technology

Assalammualaikum w.b.t


Mrsyanie dah story pada n3 yang lepas mengenai produk uneQuein yang diasaskan oleh penyanyi terkenal negara iaitu Mawi dan siterinya Ekin. Dalam n3 ni mrsyanie nak story lebih terperinci mengenai collagen uneQuein atau lebih kepada Vitamin B, C, L-Glutathione, & Acai Berry + Beauty Technology. wow!!! penuh dengan khasiat. Bukan hanya luaran malah dalaman akan dipenuhi dengan khasiatnya. ok story kencang banyak pun xbestkan, jom tengok khasiatnya dan kelebihan produk Collagen UneQuein.

Tuanku Zara seru graduan jayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

"TAHNIAH WARGA GRADUAN UVIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS"



TANJUNG MALIM 10 Sept. - Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim menyeru para graduan merealisasikan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi memacu kemajuan pendidikan tanah air.
Baginda yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah, transformasi pendidikan yang ditegaskan kepemimpinan negara amat relevan sekali gus memerlukan tindakan serta keupayaan pelaksanaan bagi menjayakannya.

"Para graduan berperanan penting merealisasikan kejayaan pelan-pelan tersebut. Terapkan idealisme yang diimpikan dalam gerak kerja ketika melaksanakan tugas setelah berada di luar kampus.

"Jadilah insan kamil yang mengagungkan kebesaran penciptanya. Jadilah warga yang menyanjung semangat kesetiaan kepada raja dan negaranya.

"Jadilah insan budiman, mensejahterakan masyarakat melalui lidah bicara dan hemah tindakan seorang pendidik," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sidang pembukaan Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-15 yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalananthan dan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa.

Sebanyak 6,541 graduan dianugerahkan ijazah dan diploma dalam sesi konvokesyen kali ini melibatkan 23 pemegang doktor falsafah (PhD), sarjana (790), ijazah sarjana muda (2,882) dan diploma (2,756).
Sesi konvokesyen UPSI kali ini mencatatkan peningkatan sebanyak 94 peratus bilangan graduan berbanding 3,322 pada tahun lalu.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Zara turut berkenan melantik Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Dr. Zakri Abdul Hamid sebagai Pro-Canselor UPSI yang baharu.
Selain itu, baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Sejarah, masing-masing kepada Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim dan Tan Sri Omar Mohd. Hashim.

Dalam pada itu, Tuanku Zara turut menyeru para graduan supaya menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara yang mentafsir pendidikan sebagai usaha berterusan memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

Selain itu, baginda turut menyarankan para graduan menyemai hasrat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan kerana usaha menimba ilmu tidak seharusnya terhenti setelah berjaya menggenggam segulung ijazah.

"Budaya intelek hendaklah sentiasa disemarakkan dalam diri graduan. Seorang pendidik tidak boleh memisahkan diri daripada rasa cinta terhadap ilmu.
"Jadilah seorang pendidik dihormati yang mengamalkan sifat budaya intelek; mencermin diri sebagai insan berilmu, bertenaga dan berupaya mengharungi cabaran serta evolusi dunia pendidikan," titah baginda.




© Utusan Melayu (M) Bhd 

uneQuein by Mawi Ekin

Assalammualaikum w.b.t

Salam Rabu semua..hihi mungkin ramai yang dah tahu mengenai produk uneQuein by Mawi Ekin yang kini hangat dipasar. Mrsyanie nak kabo ler sket, mrsyanie juga merupakan ahli keluarga uneQuein yahoooo... mrsyanie adalah ejen yang berdaftar sah dengan syarikat uneQuein. Alhamdulillah.. pada semua yang nak dapatkan produk boleh hubungi mrsyanie 019-2961554 okai.. pada yang masih belum tahu apa itu uneQuein? produk pe? jom share story sket tentang produk uneQuein..

Puding Roti Karamel

AssALAMMualaikum w.b.t


syukur pasal Hatyai udah abis tapi jangan risau insyAllah mrsyanie akan buat entry khas untuk bajet ye..hihih tapi ikut perjalanan mrsyanie lah ye. entry kali ni mrsyanie nak share sikit pasal resepi puding roti karamel.. nyum nyum .. sejak menjak ni minat lak nak masak. Adik ipar, akak dan mber nak datang umah untuk beraya jadi nak masak pe ye untuk sampingan.. google punya google dapatlah resepi yang simple dan mudah nak buat. dapatlah dari blog Secubit Garam.  








Bahan-bahan


3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1 sudu kecil)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)Mrsyanie kukus agak lama jugak lebbih kurang 1jam hingga 1jam 30 minit. ikut keadaan masakan :)


Sumber ilham dari : Secubit Garam Blog

FANPAGE

back off