Jom Klik

FEED EFG

pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia (WDO) kaw. Tanjung Malim

Assalammualaikum w.b.t

Jangan lupa esok jam 2 petang ye datang ramai2 ke Sek.Keb Tanjung Malim (SKTM) ada event perlancaran pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia (WDO) kaw. Tanjung Malim. semua dijemput hadir. ada pertandingan mewarna, gubahan dan sebagainya. Datang ke booth UneQuein Tanjung Malim dan Dream's Fairy Shop Online ~ Tudung , Shawl, Dress, Cardigan, Blouse~




Program Vaksinasi HPV untuk wanita

Assalammualaikum w.b.t

Salam isnin semua.. selamat kembali kerja.. isnin lah hari yang paling malas rasanya nak buat kerja..tapi kena tanamkan sifat semangat kerja..chaiyuk semua.. oklah mrsyanie sebenarnya nak share kan tentang vaksinasi HPV khas buat wanita..Rasanya ramai dah tahu akan program yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama LPPKN. Program ini sangat bagus bagi pendedahan kepada semua wanita mengenai akan wujudnya vaksin HPV di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kepentingan vaksin ini. Jangan risau vaksin ini PERCUMA tau bai wanita yang layak..

Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada semua wanita yang layak. Anda boleh berhubung dengan mana-mana Klinik LPPKN atau Pusat Kesihatan IPTA anda.



Apa itu HPV??

HPV adalah singkatan bagi Human Papillomavirus. Ia adalah penyebab utama kenser servik yang disebarkan melalui hubungan seks. Dimana zaman sekarang seks dikalangan remaja sangat berleluasa tanpa ikatan pernikahan. Ianya sangat mengecewakan. Pada remaja wanita jagalah maruah anda dan mahkota permata anda. Sesunguhnya ingat lah dosa dan akbat dunia dan akhirat kelak. hihi pesanan penaja kejap ye..

Sambung balik, setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV. Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser servik atau pangkal rahim.

Ha Kanser Serviks? Apa tu?

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah penyakit yang ke-3 bahaya bagi wanita di Malaysia selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum. Mengikut Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007, kanser serviks merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pas Smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.



Vaksinasi HPV

Vaksinasi HPV ini merupakan vaksin pencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV. Sebaiknya vaksin ini diberikan sebelum hubungan seks. Jangan risau vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Ianya dibri jaminan oleh Kementerian. Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual.

DOS (jadual)
                   1- Tarikh vaksinasi pertama diberikan
                   2- 1 bulan selepas suntikan pertama
                   3- 6 bulan selepas suntikan pertama


''Penting!!! pastikan anda melengkap 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan. 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks.''


Kriteria Wanita yang Layak di bawah Program ini:
- Wanita warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
- Tidak hamil
- Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
- Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

Kesan Sampingan

Vaksinasi ini adalah selamat.
          ''Jawatankuasa Penasihat Sedunia untuk Keselamatan Vaksin, Pertubuhan Kesihatan Sednuia telah menbuat kesimpulan bahawa vaksin HPV mempunyai profil keselamatan yang baik''

Seperti vaksinasi yang lain, anda mungkin akan mengalami sedikit kesakitan, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan. Kesan lain deman, pening kepala, loya atau muntah. Ia bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan, segera ke hospital untuk dapatkan rawatan susulan.

Mana nak dapatkan?? Tempat??

Anda boleh ke,

1- Klinik-klinik yang tersenarai dalam sesawang LPPKN.
2- Jika anda pelajar IPTA, dapatkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pusat Kesihatan IPTA anda.



daaa.... Jumpa di entry akan datang ye!!! follow kami tau!!


Musim Durian Di Perak

Assalammualaikum w.b.t

Siapa yang tak suka durian?? wah memang korang rugi tau.. Durian merupakan raja buah-buahan. Baunya perg memang sangat kuat dan boleh membuatkan kita pengsan. Tapi siapa yang giler durian pantang ler jumpa durian..dapat bau nye pun dah rasa cam kenyang je kan..hihi oklah mrsyanie nak share kan betapa nikmatnya durian raja seluruh buah-buahan ini.. Ahad yang lepas mrsyanie ke Kuala Kangsar, rumah kawan mrsyanie. Dia baru dapat baby pertama diorang. sangat comel dan gebu..Niat dihati sebenarnya ke Kuala Kangsar sempena melawat baby.. Langkah kanan kami ini..rupanya tengah musim durian kat sana.. ate yop..moh ler kite makan durian perak..hihih memang sedap sangat..tak rugi lah sapa yang beli durian perak ini.. tambahan durian kampung..lagi lah nikmat nye...

oppss wish lah dulu kan.. tahniah buat my fren en.Faisal and wife dapat baby yang comel dan cute sangat..baby gurl lagi.. nama nya Zaty..Lahir pada 10 nov 2013 pada jam 11 pagi.. dengan berat 3.6 kg.. Tahniah!!!


Comel kan..ini lah Zaty binti Faisal..hihih.. ''saya baru je lahir..doakan saya menjadi anak yang solehah ye''.. saya dilahirkan di Kuala Kangsar.. 



Jom layan gambar kami makan durian hihi.. tapi sebelum tu nak wish terima kasih tak terhingga buat Faisal my fren dan keluarga..serta family mertua Faisal.. makan durian rambutan, makan tengahari makan petang..yuhuuu memang hari makan sedunia ni hihih.. syukur alhamdulillah..


dengan riangnya kami menunjukkan isi durian yang sedap sangat... :)

terima kasih pakcik dan makcik..memang nikmat makan durian kampung...

ini saya punya hahahah...sedap wei...jangan jeles ye..sapa yang teringin sangat boleh ke Kuala Kangsar ye..ada banyak durian ini..
mrlaling dengan buah pelam nye..hihi comel nye pelam tu..sedap dan manis..

kami buat cam umah sendiri ler..hihih siap pi kait lagi buah pelam..kutip bawak balik tu hihih

Kami memang suka dengan durian hihih...happy sungguh dapat durian yang sedap lagi lemak..durian kampung memang terbaik!!





Pada yang mengidamkan durian..korang boleh datang ke perak ini...banyak jual tepi jalan atau kat rnr bukit gantang kalu tak silap. kalu nak dekat sket kat Slim River tepi jalan lama ada jual. cuma harganya area perak selatan ini masih tinggi..sabo ye..tunggu murah sket hihi...

oklah jumpa lagi dalam entry yang lain ye..nnti mrsyanie akan updatd kan lagi tau..

ok bye..daaa...

p/s: jom follow instagram mrsyanie @yanieyusuf.  (*_*)





FANPAGE

back off