Jom Klik

FEED EFG

Luxury White Advanced Formula

Assalammualaikum w.b.t

Pernah dengar tak tentang produk baru yang super havoc ini Luxury White Advanced Formula...??? Apa tak pernah dengar..ha sah rugi korang tau.. rugi sesangat lah.. mai ceq nak habaq mai...Kali ni mrsynie nak share kan dengan korang tentang Luxury White Advanced Formula.. 

Luxury White Advanced Formula merupakan produk berteknologi Paris yang menjadikan anda cantik bak Puteri Salju seawal 3 hari pemgambilannya. Insya-Allah.. Anda akan nampak kesan dalam masa seawal 3 hari tapi bukan lah terus putih gebu. Kang kata menipu plak kan..Jangan risau pasti akan ada perubahan seawal 3hari dari segi dalaman dan luaran.Siapa tak mau kan kulit muka dan badan akan terasa Halus, Gebu, Glowing dan tersangat Flawless... wow... pasti Tertarik!!!!

Doa buat mangsa banjir 2014

Assalammualaikum w.b.t

Sangat sayu melihatnya apatah lagi yang merasainya... simpati dengan mangsa banjir dan seluruh keluarga magsa banjir. Moga kita sama-sama berdoa agar surut cepat kawasan banjir dan dijauhi dari malapetaka.Sesungguhnya Allah S.W.T maha mendengar rintihan hamba-hamba-NYA. 

Ya Allah yang Maha Kuasa,
Kami mohon agar kami dijauhi dar malapetaka 
dari segala musibah
dari segala dugaan 
yang tidak mampu kami harunginya..

Ya Allah yang Maha Pengampun,
Ampunkan lah segal dosa-dosa kami
dosa ahli keluarga kami
dosa anak-anak kami
dosa saudara mara kami
dosa rakan rakan kami
dosa semua umat Islam..

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Engkau perintahkanlah bumi-MU menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langit-MU berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah dan tidak berdaya menangung ujian yang diberikan.
Ampunkanlah dosa-dosa kami.

Aamiin


Mari lah kita sama-sama memberi sokongan dan sumbangan kepada yang memerlukan:-



Ya Allah, besarnya dugaan mangsa-mangsa banjir. Tak mrsyanie dapat bayangkan keadaan di sana. Melihat gambar dan video yang dihantar sudah menyentuh hati mrsyanie. Apatah lagi yang melaluinya. Semoga tabah harungi dugaan.. Mrsyanie doakan sahabat-sahabat dan saudara mara terutamanya di pantai timur, Utara dan kawasan yang terlibat banjir semoga semuanya selamat dan pulih seperti sediakala.. Aminnn.. Jaga diri anda dan anak-anak anda dari bermain dengan air banjir tanpa pantauan dari anda... Allah sentiasa ada untuk dengar doa kita..

(T_T)

TIP TIPS PENAMPILAN DIRI (grooming)

Assalammualaikum w.b..t

Mrsyanie nak share kan dengan korang tips tips penampilan diri secara asas. Baru-baru ni mrsyanie baru lepas join kursus penampilan diri (grooming) dibawah Bahagian Unit Latihan UPSI. dan penceramahnya adalah Consultn Cutecarry, En.Hafiz. Kalu tanya kehadiran kebanyakkan kaum wanita tentang kursus penampilan diri, majoriti akan join dan yes yes saya akan join. Kalu lah free lagi lah ramai yang akan berkata yes yes yes.. hahaha gtu betapa pentingnya penampilan diri bagi seseorang wanita itu.. (antara yang suka sangat join kursus ni ofkos ler mrsyanie kan hahaha)

Hijab dari Dreams Fairy Boutique

Ini antara tips yang mrsyanie pelajari dan dapat dari kursus penampilan diri :

1. Penjagaan Rambut
     - Bagi kaum wanita rambut merupakan mahkota kerana rambut merupakan salah satu aset yang menambahkan lagi kejelitaan dan keindahan wanita itu. Bagi yang tidak berhijab, rambut merupakan pandangan pertama yang menyerikan diri anda ok.. jadi make sure anda sentiasa basuh dan jaga dengan baik. Bagi kaum wanita yang berhijab, penjagaan rambut juga sangat penting tau. Ha bukan alasan ye buat wanita yang berhijab tak mau jaga penampilan rambut.. Lagi kena jaga tau sbb jika tidak jaga rambut dengan baik macam-macam masalah tau akan berlaku antaranya, rambut berbuah, rambut berbau hapak (yang berbau ni sangat lah penting menjaga penampilan rambut tau), rambut bercabang dan rambut gugur.

    - Cara Penjagaan: 
  1. Basuh rambut sekurang-kurangnya selang sehari. (mungkin ada yang kata kerap basuh rambut leh gugur rambut kan.. itu disebabkan anda salah membuat pilihan syampoo tau).
  2. Membuat pilihan syampoo yang betul mengikut masalah rambut anda. (jika berkelemumur pakailah syampoo anti kelemumur tau, kalu pakai syampoo yang biasa tu yang akan membuatkan rambut anda lagi bermasalah)
  3. Pakailah conditioner untuk mencantikkan lagi rambut anda. (petua, selepas bersyampoo dan bilah, pakai conditioner pada rambut. biarkan selama beberapa minit atau balut dengan tuala selamat 5 minit kemudian baru bilas ok. pasti lembut lagi menawan rambut anda)
  4. Sekiranya rambut anda berminyak sangat..plz ye jangan pakai minyak rambut tau..terutamanya bila anda nak pakai tudung.. Bebaskan rambut anda dari sebarang minyak.. sebab bila tertutup dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembab lagi menyebabkan kerosakkan rambut anda ok.. 
   - Bagi kaum lelaki rambut plz lah jaga jugak ye.. Bukan pe rambut juga merupakan daya tarikkan korang tau..piweeett...hihih makesure bershampoo tau..kemaskan rambut korang maknanya sikat lah kasi kemas, jangan serabai tau.. penampilan harus dijaga..


Gambar hiasan sahaja. Mrsyanie menggunakannya. ok ini bukan iklan berbayar atau ditaja.. :)


2. Penjagaan Muka
      -    Antara penjagaan yang terpenting jugak adalah muka. ni nak kasi tips pemilihan pencuci muka ok.. mrsyanie yakin mesti kaum hawa tak tinggal lah cuci muka setiap hari..so tak ada masalah tentang penjagaan muka cuma nak kasi tips sket cara pemilihan produk yang sesuai untuk pencuci muka.

      -   2 perkara yang korang kena perhatikan dalam pemilihan pencuci muka:

  1. Tiada buih. Makna tiada buih ni, pencuci muka korang less less less buih kerana yang ada biuh ni kebanyakkan nya mempunyai bahan kimia yang agak tinggi. So pastikan pencuci muka anda kurang buih ye.. ye pasti ada yang kata alah tak best nya tak ada biuh susah cuci muka kan.. Tapi kulit wajah kita sangat lembut dan nipis tau..so pastikan kurangkan penggunaan bahan kimia keatas kulit muka. Ha lagi banyak bahan kimia boleh menyebabkan bintik hitam dimuka kerana bahan kimia akan menyerap ke kulit dalam. bahaya ok..                                                      
  2. Tidak terasa tegang selepas cuci. Ok yang ni pasti akan rasa pelik kan. sapa tak nak tegang kulit muka kan..ni bukan tegang berpanjangan.. ni terasa tegang selepas cuci muka sahaja. rasa cam tegang je kulit lepas cuci kan.. yang itu kurang bagus untuk kulit anda. so lebih baik tukar pencuci muka. rangsangan bahan kimia yang tinggi menyebabkan kulit anda tegang betul-betul lepas anda cuci muka.. Bukan yang jenis tegang berpanjangan tau.ni rasa tegang tetiba lepas cuci muka.. Sepatutnya selepas cuci muka kulit anda berasa lembut jew..ok then itu antara pencuci muka yang bagus dan kurang bahan kimia.


3. Penjagaan Bau Badan
    -     Bau badan merupakan satu perkara yang agak tidak bagus untuk penampilan tau. Bau badan membuatkan orang sekeliling anda akan berada tidak selesa dan membawa imej yang agak buruk kepada diri anda. Pastikan anda sentiasa menjaga penampilan dari segi bau badan.. please ye korang alert tentang bau badan ni..

    -    Cara penjagaan bau badan:

  • Pastikan anda menggunakan sabun yang ada antiseptik ye.. Contohnya sabun-sabun yang boleh membunuh kuman. seperti Dettol, Lifebuoy dan sebagainya.(ok ni tiada iklan berbayar atau ditaja ye). Tak kisah sabun apa jenama pun ye..Janji sabun yang boleh membunuh kuman peluh badan.  Kerana seharian kita akan terdedah dengan pelbagai punca bakteria dan kuman dari sekeliling. Terutamanya apabila anda berpeluh dengan banyak. Pastikan anda menjaga kesihatan diri ye. Jauhi dari penyakit kulit disebabkan bakteria atau kuman dari menyerang kesihatan kulit anda. Sabun antiseptik yang paling bagus adalah sabun dari buah lemon ok..                                                
  • Pakai lah deodorant ye selepas mandi.. ha ni nak share sket, ada sesetengah ibu-ibu atau remaja yang lepas mandi terus buat kerja sementara nak bersiap keluar atau bersiap ke tempat kerja atau kuliah.. ada yang ibu-ibu lepas mandi siapkan anak-anak dlu, iron baju ke, masak sarapan dlu ke pastu baru lah nak bersiap wangi wangi kan. time akan buat kerja tu dah mengeluarkan peluh walaupun minimum. Bila dah berpeluh pakai pulak deodorant, bergabunglah bau yang agak kurang enak. Jadinya deodorant sebagai agen bau badan tidak dapat menangkis bau yang sedia ada time buat kerja tu. So tiada fungsi lah deodorant tu.. Pastikan ye lepas mandi je terus pakai deodorant baru lah korang buat kerja. Penjagaan bau badan dlu, barulah agen bau badan (deodorant) itu berfungsi dengan baik.. Ingat ye..lepas mandi terus pakai deodorant tapi pastikan anda mengeringkan dahulu bahagian yang hendak dirollkan ('ketiak')  pastu baru guna deodorant. Maaf ye kena gtau terus terang sebab moga kita sama-sama dapat tips penjagaan diri yang sebenar. :)                                                                              
  • Pemilihan deodorant:
                 * Jenis roll
                 * Ada antiperspirant
                * Jika hedak memutihkan bahagian tersebut, gunakan lah deodorant yang mempunyai                               'whitening' agent ye.


4. Penjagaan hidung/misai/janggut
      -     Bagi wanita ada sesetengah mempunyai kelebihan sedikit dari segi fizikal yang mempunyai misai. Jika boleh anda hendaklah membuangnya kerana agak kurang manis apabila wanita mempunyai misai.. (terpulang pada individu). Bagi tips penjagaan diri, hendaklah anda memastikan tiada misai bagi wanita kerana penampilan wanita dikatakan lembut dan manis. Agak tidak manis apabila wanita mempunyai misai seumpama lelaki. (ok yang ni terpulang pada individu).

    -   Bagi kaum lelaki, plz lah trim sket misai anda ok.. boleh nak misai ala-ala Dato K atau Wak Doyok. Tapi diorang menjaga dengan kemas dan terjaga.. Ini ada yang serabai je konon nak jadi ala-ala diorang kan..hihih tapi plz ye penampilan diri boleh melambangkan keperibadiaan seseorang itu ye..
    -   Hidung setiap manusia mempunyai bulu, samada lebat ataupun tidak sahaja. Bulu hidung ada fungsi nya yang diciptakan oleh Allah S.W.T tetapi pastikan anda menjaga daripada terkeluar bulu-bulu hidung dari kelihatan nyata..hihih yelah pakai baju smart, hensem ala-ala pelakon tetapi terkeluar bulu hidung. Tidak manis kelihatannya. biarlah bulu hidung berada dalam hidung sahaja ye.. ia berfungi dalam hidung, bila bulu itu dah keluar tak nampak lak fungsinya. so plz sambil gosong gigi tu tengok hidung anda dicermin ye. peace :)

Gambar hiasan sahaja



5. Penjagaan Mulut
    -       Pasti setiap orang akan gosok gigi setiap pagi kan tapi ada jugak yang jarang-jarang nak gosonk gigi.ermm bahaya tu. Penjagaan mulut lebih kepada penjagaan gigi, lidah dan bau. Ia sangat penting kerana bau mulut disebabkan anda tidak gosok gigi dan lidah.. Pastikan anda gosok gigi 2 kali sehari waktu pagi dan sebelum tidur dan lepas gosok gigi pastikan anda gosok lidah ye..bagi kotoran dilidah dibuang sama..bukan sahaja taik gigi kne buang ye.. Cuba anda lihat dicermin bahawa lidah anda akan berwarna putih dipermukaan atas lidah. Itu adalah kotoran yang terkumpul sehari. Maka pastikan anda membersihkannya untuk mengelak dari bau mulut.

    -          Bila gigi anda bersih dan tidak bau, pasti keyakinan diri anda akan bertambah. Ingat bahawa keyakinan diri terletak pada diri  dan penampilan anda. 

____________________________selamat mencuba___________________________




Selamat menjaga penampilan diri.. Ingat jika anda tidak menjaga perkara asas, pasti penampilan anda tidak menarik walaupun anda mengayakan pakaian yang liplap liplap ok... love uolss... kasi up sket photo selepas kursus bersama Cutecarry. 


Untuk maklumat lanjut tentang Kursus Penampilan Diri  :

Talian: 0193290397 atau 0194432763  (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Email: training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com
Web site: www.cutecaryy.com

(free advertise)

KEMPEN ANTI-KANSER

Assalammualaikum w.b.t



Berdasarkan kajian yang telah dijalankan pada tahun 2011 terdapat lebih 40,000 kes kanser telah dikesan di Malaysia. Ini merupakan satu jumlah yang membimbangkan. Kanser yang merupakan pembunuh utama bukan sahaja menyerang di negara ini tetapi di seluruh dunia. Usaha untuk menghasilkan penawar penyakit merbahaya ini sentiasa dilakukan melalui kaji selidik yang dijalankan secara berterusan dari masa ke semasa sehingga berjaya menghasilkan pengeluaran produk anti-kanser berasaskan bahan semulajadi bebas kimia yang dibawakan bersama oleh PGSBP dengan kerjasama dan sokongan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).


Hargai diri anda!!!




Segala info dan bantuan boleh dapatkan maklumat di web site MAKNA 



Taiping Bandar warisan, part 2

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah rehat kejap mrlaling ajak pi makan.. lapo katanya..untuk alas perut dulu sementara nak siap-siap, mrsyanie kasi lah roti yang dbeli bungkus masa kat RTC, Ipoh tu..kan kan.. ha dah kata, beli bungkus bukan sebab tamak tapi bekalan dimasa hadapan hihih... 

Mula-mula ingat nak makan kuey teow goreng Doli, femes kot ni..hihih nasib bek member-member pun suka mencari kedai makan yang sedap..tanya diorang kedai makan mana best..diorang kata patut try kuey teow goreng Doli. pe lagi jom try..wave lah tempatnya..ok wave bawa kat mana tah..tapi rupanya dekat dengan klinik kesihatan Taiping. lor dekat je ngan Taman Tasik kot..ok kalu korang nak guna wave cari kuey teow goreng Doli. korang taip klinik Kesihatan Taiping. depat klinik je kedai kuey teow goreng Doli tau. deret dengan rumah kedai. 

Tapi time kami datang tu, perggg ramai gler orang dan tak ada tempat duduk pun wei.. siap ada yang menunggu kat luar kedai untuk dapatkan tempat duduknya..oklah mrlaling kata cari kedai makan lain..ermmm kami pun pusing balik ke area Taman Tasik.. alhamdulillah jumpa jugak medan makan tepi tasik. dekat dengan mcD..ok xmo xmo makan mcD. sayangi lah saudara anda di Gaza ok..!!! 

maaf lupa sangat amik gambo kawasan medan makan ni..kalu korang pusing pusing Taman Tasik memang akan nampak medan makan ni.. jalan memang one way jadinya belah kiri kedai makannya. Disini ada jual pelbagai menu tau..goreng-goreng, nasi berlauk, yong tau fu, dan sebagainya. Ni kira makan petang dan malam terus.

Menu kami for dinner at Taiping:

Nasi putih +  telur dadar + telur bistik + sup ekor + teh o  panas
yong tau fu

RM 30.++

Perut dah kenyang apa lagi jom jalan-jalan.. Rondo area Tasik kejap..nampk ada shopping mall.. ok plan sementara tunggu nak sambut Merdeka..Tergoda lak dengan iklan movie di pagung wayang.. Kami tengok cter EX.3.2D yang menarik nya kami amik tiket yang masanya abis lepas kul 12.. xdapatkam sambut merdeka tengok bung api.. ini 1st time kami sambut dalam wayang. Agak menarik tau siap ada sajak kemerdekaan sebelum movie berlansung yang agak terkejut 1st lagu Negara ku dimainkan dalam panggung sebelum movie.. sangat menghargainya dan terasa suasana kemerdekaan walaupun kami layan movie malam tu.  saya bangga menjadi anak Malaysia..


satel tengok movie kami pun balik rehat..wah masih lagi ramai anak-anak muda yang berjaga malam selepas menyambut kemerdekaan. 

Keesokkan nya.. kami sarapan dengan Mama Yana and family.. punya lah pusing satu bandar Taiping mencari sarapan pagi.. banyak kedai tutup... nasib lah ada kedai depan rail keretapi Taiping.. layan roti canai sekeping....Sebelum kami cek out..nak jugak singgah kedai Char Keteow Doli tu..akhirnya dapat jugak.. masih lagi kosong yelah awal gak lah kami pi.. lepas depa buka kedai lah kot hahah... Sapa yang pi Taiping jangan lupa menikmati setiap keindahan di Taiping ok.. :)


Taiping Bandar warisan, part 1

Assalammualaikum w.b.t

Salam kemerdekaan buat semua warganegara Malaysia tercinta. Alhamdulillah kita telah mencapai 57 tahun kemerdekaan. Moga kita terus merdeka dan merdeka dari anasir-anasir barat dari segi pertuturan, gaya dan budi perketi kita. Saya Sayang Malaysia!!!

Sempena hari kemerdekaan, mrsyanie tenangkan diri dan rilex bercuti ke Taiping, Perak. Bandar yang penuh dengan sejarah erti kata lain warisan kita. Pelbagai tempat yang bersejarah boleh dilawati tau disini. Tapi masa agak kurang mengizinkan mrsyanie dan mrlaling berjalan kesemua lokasi bersejarah. Insya-Allah murah rezeki dan panjang umur kami ke sna lagi..weeee...

Lokasi villa di area jalan ke bukit Larut dan dekat je dengan Taman Tasik Taiping. Sangat selesa kerana dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi dengan bunyi air sungai..memamg sangat tenangkan diri selepas penat bkerja. Sangat sesuai untuk honeymoon jugak hihi..

Masa perjalanan: suku day

Kami gerak dari Tanjung Malim ke Tapah pada hari jumaat tu. Kejutan mrlaling buat tau..dia tau wife dia dah windu gler dengan anak buah nye..jadi amik keputusan untuk bermalam di Tapah. seyes tak tau pun..aiyooo terkejut i tau..hihih..but TQ syg.. Perjalanan dari Tanjung malim ke Tapah dalam 30-45 minit mengikut kelajuan pemanduan anda ok. hihi..kami bawa rilex-rilex jew.. So kami bermalamdi Tapah....

Day 1:

Dari Tapah kami gerak dalam jam 11 pagi jugak lah..lepas sarapan my sis masak nasi lemak baik punya..ok jimat bajet sarapan pagi. Dalam perjalanan ke Taiping tu, kami singgah sebentar di RTC Ipoh. ala-ala rnr jugak tapi bukan rnr ipoh sebelah dia..hihih selalu lalu je kan..kali ni mrlaling ajak singgah. nak tau gak pe ada dalam tu kan.. kat situ ada Mall Mydin, tempat makan macam-macam ada. Dalam mall tu ada kedai-kedai jual phone ni sangat banyak kot.. korang leh tawar-menawar lagi tau.. Kami? tengok aje..ate kalu beli phone kang tak leh nak shopping len kan..jimat guna phone yang ada je pun..(sebenarnya phone ni pun baru 3-4 bulan pakai kot, takkan nak tukaq kan hahahah)... Dalam 1230 pm kami sampai situ, jadinya terus lah makan tengahari. Tak yah cari tempat lain dah. mrlaling makan Nasi Kandaq.. Nasi kandaq Penang mari tau. Mrsyanie makan rojak singapore jew..hihi dengan aisblanded coklat and mint...sedap sedap...

Gambar bawah ni lah rojak Singapore di RTC, Ipoh...



Total makan:
Nasi kandaq+ air mineral = RM11.++
Rojak Singapore = RM 7.++
Ayo blanded tu = RM3. ++

Dekat RTC Ipoh tu ada satu kedai roti tau, rotinya sangat sedap.maaf sangat lupa lak nama kedainya..tapi jangan risau satu tu je kedai roti yang ada kat sna...suka sangat sebab lembut dan sedap..nyum nyum..sempatlah beli bawa pi Taiping. Bekalan dalam kete atau hotel nanti.. :)

Kami teruskan perjalanan, kami rehat tadi lebih kurang 30minit-45minit. Seperti biasa kereta di higway plus musim - musim cuti ni memang sangat banyak kot..tapi alhamdulillah tak ada lah jem sangat. ada lah skali jalan slow..punca tak dapat dikenalpasti. ha tu lah selalu terjadi kat higway. tak tahu punca jem. mungkin ada kereta yang slow tengah potong lori..so kereta belakang kne slow jugak..

Dalam perjalanan ke Taiping tu ada jumpa rnr Bukit Gantang if tak silap. Ha kami pun singgah lah kejap disana..ok benti lagi ye..kata nak jalan-jalan..ala-ala 7 perhentian ler..tapi ni 2 perhentian sudah.. Yang sangat seronok kat rnr Bukit Gantang ni memang femes dengan jualan buah-buahan yang segar dan sedap wei..mangga dia manis-manis..suka suka...




Menarik kot dari paper lama diorang buatkan jadi bendera Malaysia..sangat kreatif dan inovatif. 

Selepas buat 2 perhentian yeahh sampai ke Taiping, Perak.. welcome...!!!! Kami sampai lebih kurang jam 330 pm gak lah. terus cari Villa..serius memey tak tau jalan tapi tq tq wave sangat membantu kami dalam perjalanan kali ni. korang mana yang nak travel siap-siap install app. wave tau..sangat mudah walaupun dia bawa jalan kampung atau taman.. hihih

Sampai dengan mudah kami ke Sentosa Villa..just taip then wave akan berikan arahan perjalanan pada kami..mula masuk dalam simpang nak ke Villa tu, serius weeii cam betul ke betul ke..teruskan jugak..lokasi Villa ni agak kedalam sket..yelah area alam semulajadi kan. Lalu jugak depan umah orang. ingat dah salah tadi..alhamdulillah betul..masuk ke kawasan Sentosa Villa..teruja we..cantik dan sangat indah.. damai je suasana kat situ..korang yang selalu dok dalam jem ke tempat keje, yang penuh sesak tu..amik lah cuti ke Sentosa Villa, Taiping. sangat tenang dan best..leh mandi sungai..jangan rsau terjaga wei...hihih

Tempat penginapan: Sentosa Villa, Taiping Perak
Jenis Bilik: Standard room (katil king)
Rate : RM188 (peak) hari biasa hanya RM168


deposit RM50 dikenakan untuk cagaran semasa kita cek in 

sampai je terus cekin dan masuk bilik..rehat sat setelah penat dalam perjalanan..layan gambar sekitar kawasan Villa ok..


















Sentosa Villa, Taiping, Perak:

Villa ini terletak dekat jalan ke Bukit Larut. dekat juga dengan Taman Tasik Taiping. Memang lalu kat Taman Tasik. Kawasan Villa adalah kepunyaan peribadi dan kawasan nya terletak di kawasan perumahan tetapi jangan risau memang terjaga dan jauh dari gangguan kereta yang sesak. Keindahan alam nye sangat indah, boleh rujuk gambar. Villa juga mempunyai fasi untuk bbq, aktiviti perkelahan sungai dan sebagainya. Terdapat juga spa untuk anda memanjakan diri. Bayaran lebih kurang RM90 untuk 1 jam urutan seluruh badan. Selain itu, Villa mempunyai fasi untuk buat majlis perkahwinan dalam taman dan sebagainya. Anda boleh terus layari web site mereka atau call terus untuk mendapatkan segala maklumat. Jangan risau pekerja nya sangat ramah dan sangat membantu.


Website: http://www.sentosa-villa.com/
Tel: 05-805 1000
013-5931000
Alamat: Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak.


sambung part 2...

SAFI SHAYLA (Scalp Refresher)

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni mrsyanie nak review satu produk yang mrsyanie guna sendiri dan rasainya sendiri.. Kaputusan nya sangat menakjubkan tau.. iaitu penyegar kulit kepala SAHI SYAYLA. Mrsyanie sebelum ini memang ada masalah kelemumur dan selalu sakit kepala disebabkan kepala tidak dapat pengudaraan yang betul. agak pelik je bunyikan nya.. tapi tu benar..bila kita ada kelemumur ia akan menutup liang liang udara kepada menyebabkan sakit kepala kerap dan rasa sangat tidak selesa rambut kita. 

Tambahan pula mrsyanie memakai hijab. Jadi mudah terdedah kepada keadaan rambut kita terperap jew.. Ingat itu bukan alasan untuk kita tidak berhijab atau bertudung sebagai satu hukum syariat yang wajib kita ikuti ye kaum Hawa..Ada penyelesaian nya tau. Bila keluar je SAFI SHAYLA dipasaran khas untuk wanita bertudung. Mrsyanie cuba dulu shampoo antidandruff. Alhamdulillah makin berkurangan dan mrsyanie gunakan penyegar kulit kepala dari SAFI SHAYLA. sangat best dan sejuk je kepala tau.. segar dan sangat ringan rasanya dikepala ni. 

Penyegar kulit kepala SAFI SHAYLA ini ala2 mint sket bila kita sapu dikulit kepada. sejuk je rasa kepala ni dan rasa segar je setiap masa. Yang penting kita berasa konfident dalam berhijab insya-Allah. Safi Shayla Scalp Refresher memperkayakan dengan Sauda 5X Habbatus membantu untukmenghalang ketidakselesaan kulit kepala serta menyegarkan dan melegakan kulit kepala segera

Cara nya mudah je: selepas korang bershampoo dan bilas, sapukan Scalp Refresher SAFI SHAYLA ke kulit kepala korang. Urut dalam 1 minit dan biarkan seketika. pasi korang akan rasa kesegaran Scalp Refresher bertindak keatas kulit kepala korang.. (hati-hati jangan masuk mata ye). Jika korang kata alahhh nak cepat lah.. mula korang mandi tu terus shampoo dulu then letak Scalp Refresher. tak yah urut pun tak pe..sapukan je di kulit kepala then korang jangan cuci lagi. korang sabun dulu dan cuci muka. pastu baru basuhkan ramput (bilas) dengan air secukupnya..jimat masa korang kan..hihih.. Antara produk pilihan terbaik mrsyanie ni tau.. 

sekarang mrsyanie dah gunakan SAFI Shayla Smooth and Manageable Shampoo,Shampoo,SAFI Shayla Anti Hairfall Shampoo, SAFI Shayla Anti Dandruff Shampoo, SAFI SHAYLA Hair Conditioner dan SAFI Shayla Scalp Refresher dan lagi satu je prodk mrsyanie belum try.. sangat bagus !!!! tahniah SAFI SHAYLA...




Family hari raya gathering 2014

Assalammualaikum w.b.t

Tak habis lagi dok cter pasal raya ni..hihih pada yang dah berumahtangga, tahun ini korang beraya di mana? wahh tahun ni mrsyanie beraya 2st di rumah mertua..alah dekat je kot umah mertua mrsyanie ngan rumah family..hihih alhamdulillah tak tempuh jem gtu tapi yelah kurang lah rasa raya jem nye..hihih ada bestnya..tak yah gaduh-gaduh..u, i nak balik rumah mak i..no i nak tahun ni balik umh mak i..ha xda lah diolog tu..hihih..celasss tu nyah..hahaha.. Mrsyanie bukan nak cter pasal raya di rumah mertua atau rumah family mrsyanie..kali ni mrsyanie nak story pasal Family hari raya gathering 2014 belah mak mrsyanie. Alhamdulillah setiap tahun memang kami akan buat family day khas untuk berkumpul sanak saudara..syukur masih kuat uhkhuwah kami saudara mara. Adalah yang pelik..aik raya pun buat family day?? hihih sebenarnya family day dibuat untuk kami berkumpul bersalam salaman dan bermaaf maafan..kampung dah lama tinggal..nenek dan atuk telah kembali ke sisi Allah.. jadinya ini lah tujuan sebenar family day dijalankan..moga akan berkekalan aktiviti ini hingga akhir hayat..aamiin..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalammualaikum w.b.t


Selamat aidil fitri

Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini



Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira



SELAMAT HARI RAYA KORANG..MAAF YE LAMBAT SANGAT WISH KAT BLOG KAN.. KOSONG KOSONG YE UOLSS..


Salam Raya dari kami suami isteri:



MAS MH17 kini berusia 17 Tahun

Assalammualaikum w.b.t




Sekali lagi Malaysia dilanda berita sedih berkaitan MAS. Salah siapa? masih lagi dalam penyiasatan pihak yang berkenaan. Tepat jam 2am 18 Julai 2014, satu sidang berita pengesahan berkaitan MAS MH17 ditembah jatuh oleh pihak penganas (yang masih lagi dalam penyiasatan). Ya Allah, sedih rasanya mendengar. Rasanya masih lagi baru kejadian MH370, kini MH17 pula dilanda musibah. Moga kita sebagai rakyat Malaysia kuat dalam menhadapi dugaan yang diberikan.  Mari sama-sama kita berdoa agar segala urusan dpermudahkan dan al-Fatihah buat saudara seagama kita, agama Islam. Tambah sayu lagi bila hampir hari raya yang bakal kita raikan. Pulang untuk berumpa keluarga tetapi Allah lebih sayangkan nya. AL-FATIHAH.

MH17 crash: MAS plane crashes in Ukraine


serba sedikit latar belakang MH17 MAS:-


 Lokasi terhempas nya MH17 selepas ditembak jatuh. (T_T)

senarai penumpang MH17 MAS:-

  • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
  • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
  • Tidak diketahui : 39 orang
  • Jumlah warga Malaysia 35
  • Jumlah Penumpang : 280 orang
  • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
  • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
*Sumber: http://www.beritasemasa.com.my/senarai-penumpang-mh17-malaysia-airlines

Melihat senarai nama jumlah penumpang, rakyat Malaysia juga agak ramai termasuk juruterbang dan crew. Ramai juga ahli keluarga Malaysia yang terpaksa menelan berita pahit ini. Moga ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan.

''Sehingga saat dan ketika ini, berita terkini pesawat MAS terhempas MH17 masih menunjukkan, belum ada sebarang penemuan dan petunjuk, apa sebab dan punca sebenar yang lebih lengkap disebalik targedi kapal terbang MH17 terhempas di Ukraine.''

Damansara Street Fest Edisi Raya

Assalammualaikum w.b.t

Sabtu dan Ahad yang lepas mrsyanie join satu bazaar yang memang femes lah u.. Damansara Street Fest bazaar.. diorang anjurkan bazaar bazaar untuk peniaga online, peniaga kecil kecilan, peniaga yang kukuh atau semua peniaga lah untuk memasarkan produk peniaga terus kepada pelanggan.. Sekarang ni femes dah bazaar bazaar tambahan plak sekarang ni kebanyakkan semua bazaar mesti ada artis yang datang dan ada yang menjadi vendor skali.. tapak tak ada lah mahal sangat dan berpatutan tau.. Lokasi jangan kata lah..memang best dan lokasi terbaik lah.. diorang akan buat bazaar hanya di kawasan Damansara dan sewaktu dengan nya..

Minggu yang lepas diorang buat di Encorp Strand Mall Kota Damansara.. Mall itu agak baru jugak sebab tak banyak shop yang buka tapi pengunjung nya perggg diluar jangkaan.. ramai ramai ramai tau.. artis pun datang beri sokongan dan shopping sekali kat bazaar tau.. Antara artis yang menjadi salah satu vendor adalah abg jebat tau.. ehh tak kenal ke??sapa?? femes ni wei.. abg jebat a.k.a Sharnaazahmad ler.. Adik beradik Siti Nuhaliza pun ada tau  iaitu Saidah dan Siarah.. diorang ni jangan ckp lah memang peramah dan sempoi sangat... semua lah sempoi... Ameer foourteen pun ado.. jual baju melayu yang smart gler tu...best lah..

Antara artis yang datang bagi sokongan dan shopping skali Aliy Iskandar, Wak Doyok, Tini Hotfm, Syuhaida a.k.a pelakon dottie, dan ramai lagi... Antara yang paling gempak time datang adalah Dato Siti Nuhaliza.. memang cantik weii.. dan lembut sangat.. terbaik lah penyanyi no 1 datang ke Damansara Street Fest Kota Damansara tau!!!

Mrsyanie seperti biasalah jual tudung instant, shalw, wide shawl, square scarf dan aksesori.. mrlaling plak dengan seliper a.k.a flipflops nya.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. dan kami juga disediakan makan berbuka oleh pihak organizer Damansara Street Fest.. Tq so much.. perkhidmatan yang terbaik dan sangat best lah diorang ni.. ramah dan enjoy je ngan diorang.. Insya-Allah lepas raya akan join lebih banyak bazaar event bersama Damansara Street Fest.. doakan ye perniagaan mrsyanie dibawah nama Dreams Fairy Boutique akan terus maju dan berjaya dalam setiap bidang yang kami ceburi ye.. Terima kasih semua...  ok jom layan gambar mrsyanie bersama-sama vendor dan artis...wow..retis wei..hihih







more picture :
Instagram: yanieyusuf

bestkan tengok retis datang..sambil shopping sambil beretis ler..hihih... Insya-Allah pada yang nak usha usha dan dan shopping shopping dengan mrsyanie boleh datang ke Vendeur Festival pada 12 dan 13 julai ye di Metrade, jalan Duta. Jumpa anda disana ye!!!!


DiGi – Lalang Sampai Menang Contest!

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian!!!! nak hadiah tak nak hadiah x??hihih yeahh mrsyanie nak share kan sama-sama ni..DiGi Telecommunications ada buat contest khas buat peminat tegar bola sepak WORLD CUP 2014!!!! koarng guna DiGi Telecommunications? korang tak penah miss tengok perlawanan world cup x? ha kalu tak pernah miss ni lah peluang korang untuk dapatkan hadiah dari DiGi Telecommunications.. hadiah sangat menarik tau.. DiGi has 101 LED TVs to give away! pergg TV LED yoooaa.. best tu.. Apa yang anda perlu lakukan ialah menjadi pelanggan DiGi layak dan meramalkanpasukan mana akan menang di sehingga tiga puluh satu perlawanan dan TV LED itu mungkin milik anda.



Bagaimana nak join?? senang je..follow araha dibawah ye..

  • To join, send WC to 20000, follow the instructions and send in the keyword of the team you’re rooting for

OR
  • Head to digi.my/livescore on your smartphone, select Contest and choose the team you think will win.



selamat mencuba uols.. mrsynaie doakan moga korang yang baca blog mrsyanie adalah salah sorg pemenang yang bertuah dlama contest ni amin.. yeahhh!!!

Kuching, Sarawak | Holiday | Part 3 | Damai Beach | Muzium Kucing | KUD

Assalammualaikum w.b.t

Selepas dah jelajah dalam pusat budaya Sarawak tu, kami singgah kejap ke Damai Beach.. Ya Allah cantiknya pemandangan kat sana.. siapa yang buat photoshoot wedding sangat sesuai nok.. sangat cantik tau..tapi agak panas sket lah kalu tenghari..hihi nama pun tenghari u..panas ler..tambahan plak tepi laut ye.. so kat sini kami tak buat pe pe aktiviti pun just shoot gambar je dan layan lah kejap pemandangan kat sana.. tapi diorang ada sediakan ala-ala cam small mall kat sana..ala tempat makan, kedai dan ada lah game yang korang leh layan..








kapal karam wei..hihih :)


Dekat Damai beach ni ada jugak disediakan hotel untuk sesiapa nak menginap..sangat cantik..ala-ala Langkawi dekat private beach tu..hihhi.. yang menariknya.. Gunung Santubung betul2 dekat dengan damai beach ni..antara gunung yang dekat pantai..menarikkan..selalu nya gunung dekat ngan land je kan..maknanya tengah-tengah land.. ni kedudukan nye dekat dengan pantai..pada yang minat dengan alam semulajadi sangat sesuai datang sini..korang boleh layan daki gunung Santubung dan boleh layan main pantai..aisyik nak sebut gunung Kinabalu je aiyoo...tu Sabah..hahah nasib bek perasan... Lepas tu kami teruskan perjalanan kami pulang ke bandar Kuching..tapi sebelum tu kami singgah lah sebentar ke Muzium Kucing... 


Yang unik mengenai Muzium Kucing ni, ianya bukan lah mcm muzium yang lain tau.. yang mempunyai bangunan sendiri tapi muzium kucing ni terletak didalam bangunan Majlis Bandaran Kucing Utara.. Untung para pekerja kat situ..hihi boleh selalu melawat muzium kucing hihih..








Lepas dah pusing pusing muzium kucing ni kami terus balik, tp kami mintk tlg pemandu pelancong kami hantar kan dekat waterfront Kuching sebab time tu dah start KUD- Karnival Usahawan Desa.. alhamdulillah time kami datang Sarawak banyak plak aktiviti kerajaan Sarawak buat..best best... Dekat KUD lah kami kenal dengan usahawan kek lapis Sarawak yang sedap dan harga snagat berpatutan..










Petang tu kami jalan-jalan area waterfront je..nasib baik lah hotel kami dekat je dengan waterfront..leh lah jalan-jalan..sampai malam kat situ.. sangat seronok dan tak pikir pasal koje u..enjoy je..hihihi... so tinggal 1 hari kami dah kena balik..tu yang jalan sakan sambil shopping keperluan yang nak dibawa balik..hihi keperluan sangat... hahaha.. kami shopping baju, beg, kek lapis wajib..dan ikan masin terubukk.....






FANPAGE

back off