Kuching, Sarawak | Holiday | Part 1 | Muzium Kuching | Majlis Daerah Kuching Selatan

                                                                Assalammualaikum w.b.t

Isnin lepas ramai yang bercutikan sebab semalam hari cuti umum. Yelah terus sambung cuti dapat 4 hari.. mai hari ni rabu kena keje..jenuh rasanya nak mula kan mood kerja..huhuh malas lah plak kan..sebab dah cuti lama..tapi tak pe puas cuti rasanya.. ahad yang lepas mrsyanie pi bercuti lagi wee... nanti mrsyanie story ye..sebab yang bab Sarawak belum habis lagi ni..hihi..

Kami dibawa ke Muzium Sarawak, antara tempat yang wajib korang pi. Sebab bagi mrsyanie muzium ni lah yang menceritakan sejarah awal setiap tempat itu diberi nama dan khazanah indah Malaysia.Muzium ni masuk free je..pereee je wei.. tapi kat dalam seperti muzium lain tak leh nak snap pict.just kalu luar je ye..Kami bernasib baik sebab pi ke Muzium 1st day. sebab 2nd day kami adalah 1 Mei. Muzium tutup tau sebab cuti umum. Hari pekerja hihi..selamat hari pkerja ye..!!! Nasib bek...(^_^)

Sambungan:}

Hari pertama di Kuching Sarawak, lepas pusing town kami dibawa ke Muzium Kuching..tak sah tak pi kan..antara tempat wajib kena pi ni.. Muzium nya agak kecil berbanding Muzium yang yani pernah pergi.dan agak klasik sket konsep dalamannya. Bagi mrsyanie ia adalah unik dan masih kekalkan ala-ala muzium lama. tak banyak yang boleh diabadikan dalam gambar kerana dalam muzium seperti biasa tak boleh tangkap gambar.Sebenarnya Muzium Sarawak ada 3 bangunan..yang mana setiap isi kandungan nya berbeza..tapi kami hanya masuk 1 muzium sahaja.. lagi dua ada yang dah tutup awal sebab keesokkan harinya adalah cuti umum. Tapi xpe sebab orang muzium kata satu muzium ni pun dah banyak ceritakan tentang sejarah Sarawak.. :) 


Sangat klasik kan bangunan muzium ni. ala2 barat bangunannya..mungkin disebabkan pengaruh penjajah dulu. Bangunanya juga dijaga rapi. cantik gak kalu sapa2 kawin wat photoshoot kat sini.. weee.... 



Bangunan ini dibina pada tahun 1891..ok tak wujud lagi mrsyanie..hihih tengok depan pun dah tau kan. bangunan peninggalan Barat. Kalu korang datang muzium ni jangan lupa abadikankan nama korang kat buku pengunjung tau..nak gak ciwi weee... 





Dalam muzium ni terdapata pelbagai barangan lama dan sejarah mengenai kaum, haiwan dan gambar-gambar ketika penjajahan. Antaranya gambar-gambar keretapi yang dibina sebagai satu pengangkutan penting dalam aktiviti perlombongan/perniagaan pada ketika itu. sekarang landasan keretapi hanya tinggal kenangan dan ada lah sket peninggalan landasan keretapi tu. Kiranya kat Sarawak sekarang tiada keretapi mahupun landasan. Tour guide kami ada bawa ke tempat dimana terbinanya landasan keretapi lama tu..hanya tinggal landasan yang telah mati dan kepala gerabak je yang terdapat disana. Sebenarnya kat Sarawak ni sangat menarik sejarahnya. Juga terkenal dengan raja air iaitu sang buaya. Dimana bujang senang nya banyak dan pelbagai spesis. dalam muzium juga ada menceritakan tentang bujang senang ni.. ada yang membawa keganasan buat penduduk. sangat nyilu tengok gambar nya..

Selain korang boleh masuk muzium, kat sebelah muzium tu je ada akuarium bandaraya.. ala mini akuaria.ada pelbagai sepesis ikan yang sangat pelik dan yang terdapat di Sarawak sahaja.. serius korang kena datang sendiri tengok ikan yanga da disitu..walaupun tak banyak sangat ala akuaria kat KLCC tu tapi kat sini ada ikan hanya terdapat di Sarawak..ikan hantu pun ada..ha pi google ikan pe tu hihih.. Tiada tiket bayaran dikenakan bagi masuk Muzium dan Akuarium ni. :)



ok abaikan gambar yang bergegear tu ye..nak tunjuk nama akuarium tu je hihi..

selepas berjimba jimba di Muzium Sarawak, kami dibawa ke Pejabat Majlis Bandaran Kuching Selatan. di Kuching terdpata 2 majlis daerah. yang dipanggil majlis daerah Kuching Utara dan Kuching Selatan. Ini kerana kawasan Kuching adalah sangat luar dan besar. Jadi ia dbahagikan kepada 2 daerah dalam pengurusan dan pentadbiran. 1st day tu kami dibawa ke Majlis Daerah Selatan dulu untuk melihat sendiri bangunan yang dibina berbentuk sekuntum bunga. maaf ye mrsyanie tak ingat sangat nama bunga nya..tapi mrsyanie tunjukkan gambar ye.. 




Bunga yang mrsyanie kata ni lah..sapa tau nama bunga ni...?? komen plz..nak tau gak..lupa lah..bunga ni if diterbalikkan kebawah, hampir serupa dengan seni bina banguna majlis daerah Kuching Selatan. menarik sangat seni bina bangunannya. tambahan plak kawasannya dihiasi dengan bunga yang warna warni ni..



Majlis Bandaraya Kuching Selatan adalah sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996. Seperti semua pihak berkuasa tempatan lain, ia pada dasarnya pihak berkuasa menyediakan perkhidmatan awam dalam kawasan Majlis terdiri daripada kawasan seluas 61.53 km persegi. Sangat luaskan kawasannya.. Mula terkejut gak bler tour guide kata kata kat Kuching ada 2 majlis Daerah..bler diceritakan baru tau dan agak bagus jugak sebab ia akan memudahkan urusan pembangunan, pentadbiran dan pelbagai urusan lain.

Korang kalu ke Kuching Sarawak jangan lupa singgah kat sini ye..pastikan bateri kamera korang penuh tau..leh tangkap gambar banyak banyak..sebab cantik bunga nya..rasa nak je petik bunga yang mekar tu..tapi masih sayangkan alam sekitar hihihih... (ayat tak leh bla) hahaha

Lepas dah pusing merata kami dibawa untuk cek in ke hotel. Pemilihan kami adalah hotel Tune. Ia dekat dengan  Waterfront Kuching. Senang kami nak jalan jalan kalu kat Waterfront ni..tempat makan pun senang nak cari.. Tapi bukan mrsyanie pi book sendiritau.. kami mintak tolong En.Aszlan, dari Amoga tarvel yang urusakan.. murah pun murah, dapat aircond 24h, tv, set mandi dengan internet. tau jelah kan kalu Tune Hotel kena wat pembelian setiap keperluan yang disediakan. So korang leh wat pilihan if ravel sendiri..Nak jimat tak yah amik aircond pun tak pe sebab dalam bilik Tune dan disediakan kipas. Sejuk pun sejuk..hihihi


Address :
Tune Hotel - Waterfront Kuching
Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman,
93100 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel:08-2238 221



Kmai diberi untuk rehat dan bersiap untuk aktiviti petang plak..wah hari pertama pun dah penuh dengan aktiviti kan..belum masuk main aktiviti lagi ni..hihih aktiviti petang kami adalah River Cruise Sarawak!!! yeahh ni lah yang best ni..memang dah target dan tak sabar sabar nak naik cruise petang..weee...

jom  ke entry River Cruise (caming soon)


Labels: , , ,