TIP TIPS PENAMPILAN DIRI (grooming)

Assalammualaikum w.b..t

Mrsyanie nak share kan dengan korang tips tips penampilan diri secara asas. Baru-baru ni mrsyanie baru lepas join kursus penampilan diri (grooming) dibawah Bahagian Unit Latihan UPSI. dan penceramahnya adalah Consultn Cutecarry, En.Hafiz. Kalu tanya kehadiran kebanyakkan kaum wanita tentang kursus penampilan diri, majoriti akan join dan yes yes saya akan join. Kalu lah free lagi lah ramai yang akan berkata yes yes yes.. hahaha gtu betapa pentingnya penampilan diri bagi seseorang wanita itu.. (antara yang suka sangat join kursus ni ofkos ler mrsyanie kan hahaha)

Hijab dari Dreams Fairy Boutique

Ini antara tips yang mrsyanie pelajari dan dapat dari kursus penampilan diri :

1. Penjagaan Rambut
     - Bagi kaum wanita rambut merupakan mahkota kerana rambut merupakan salah satu aset yang menambahkan lagi kejelitaan dan keindahan wanita itu. Bagi yang tidak berhijab, rambut merupakan pandangan pertama yang menyerikan diri anda ok.. jadi make sure anda sentiasa basuh dan jaga dengan baik. Bagi kaum wanita yang berhijab, penjagaan rambut juga sangat penting tau. Ha bukan alasan ye buat wanita yang berhijab tak mau jaga penampilan rambut.. Lagi kena jaga tau sbb jika tidak jaga rambut dengan baik macam-macam masalah tau akan berlaku antaranya, rambut berbuah, rambut berbau hapak (yang berbau ni sangat lah penting menjaga penampilan rambut tau), rambut bercabang dan rambut gugur.

    - Cara Penjagaan: 
  1. Basuh rambut sekurang-kurangnya selang sehari. (mungkin ada yang kata kerap basuh rambut leh gugur rambut kan.. itu disebabkan anda salah membuat pilihan syampoo tau).
  2. Membuat pilihan syampoo yang betul mengikut masalah rambut anda. (jika berkelemumur pakailah syampoo anti kelemumur tau, kalu pakai syampoo yang biasa tu yang akan membuatkan rambut anda lagi bermasalah)
  3. Pakailah conditioner untuk mencantikkan lagi rambut anda. (petua, selepas bersyampoo dan bilah, pakai conditioner pada rambut. biarkan selama beberapa minit atau balut dengan tuala selamat 5 minit kemudian baru bilas ok. pasti lembut lagi menawan rambut anda)
  4. Sekiranya rambut anda berminyak sangat..plz ye jangan pakai minyak rambut tau..terutamanya bila anda nak pakai tudung.. Bebaskan rambut anda dari sebarang minyak.. sebab bila tertutup dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembab lagi menyebabkan kerosakkan rambut anda ok.. 
   - Bagi kaum lelaki rambut plz lah jaga jugak ye.. Bukan pe rambut juga merupakan daya tarikkan korang tau..piweeett...hihih makesure bershampoo tau..kemaskan rambut korang maknanya sikat lah kasi kemas, jangan serabai tau.. penampilan harus dijaga..


Gambar hiasan sahaja. Mrsyanie menggunakannya. ok ini bukan iklan berbayar atau ditaja.. :)


2. Penjagaan Muka
      -    Antara penjagaan yang terpenting jugak adalah muka. ni nak kasi tips pemilihan pencuci muka ok.. mrsyanie yakin mesti kaum hawa tak tinggal lah cuci muka setiap hari..so tak ada masalah tentang penjagaan muka cuma nak kasi tips sket cara pemilihan produk yang sesuai untuk pencuci muka.

      -   2 perkara yang korang kena perhatikan dalam pemilihan pencuci muka:

  1. Tiada buih. Makna tiada buih ni, pencuci muka korang less less less buih kerana yang ada biuh ni kebanyakkan nya mempunyai bahan kimia yang agak tinggi. So pastikan pencuci muka anda kurang buih ye.. ye pasti ada yang kata alah tak best nya tak ada biuh susah cuci muka kan.. Tapi kulit wajah kita sangat lembut dan nipis tau..so pastikan kurangkan penggunaan bahan kimia keatas kulit muka. Ha lagi banyak bahan kimia boleh menyebabkan bintik hitam dimuka kerana bahan kimia akan menyerap ke kulit dalam. bahaya ok..                                                      
  2. Tidak terasa tegang selepas cuci. Ok yang ni pasti akan rasa pelik kan. sapa tak nak tegang kulit muka kan..ni bukan tegang berpanjangan.. ni terasa tegang selepas cuci muka sahaja. rasa cam tegang je kulit lepas cuci kan.. yang itu kurang bagus untuk kulit anda. so lebih baik tukar pencuci muka. rangsangan bahan kimia yang tinggi menyebabkan kulit anda tegang betul-betul lepas anda cuci muka.. Bukan yang jenis tegang berpanjangan tau.ni rasa tegang tetiba lepas cuci muka.. Sepatutnya selepas cuci muka kulit anda berasa lembut jew..ok then itu antara pencuci muka yang bagus dan kurang bahan kimia.


3. Penjagaan Bau Badan
    -     Bau badan merupakan satu perkara yang agak tidak bagus untuk penampilan tau. Bau badan membuatkan orang sekeliling anda akan berada tidak selesa dan membawa imej yang agak buruk kepada diri anda. Pastikan anda sentiasa menjaga penampilan dari segi bau badan.. please ye korang alert tentang bau badan ni..

    -    Cara penjagaan bau badan:

                 * Jenis roll
                 * Ada antiperspirant
                * Jika hedak memutihkan bahagian tersebut, gunakan lah deodorant yang mempunyai                               'whitening' agent ye.


4. Penjagaan hidung/misai/janggut
      -     Bagi wanita ada sesetengah mempunyai kelebihan sedikit dari segi fizikal yang mempunyai misai. Jika boleh anda hendaklah membuangnya kerana agak kurang manis apabila wanita mempunyai misai.. (terpulang pada individu). Bagi tips penjagaan diri, hendaklah anda memastikan tiada misai bagi wanita kerana penampilan wanita dikatakan lembut dan manis. Agak tidak manis apabila wanita mempunyai misai seumpama lelaki. (ok yang ni terpulang pada individu).

    -   Bagi kaum lelaki, plz lah trim sket misai anda ok.. boleh nak misai ala-ala Dato K atau Wak Doyok. Tapi diorang menjaga dengan kemas dan terjaga.. Ini ada yang serabai je konon nak jadi ala-ala diorang kan..hihih tapi plz ye penampilan diri boleh melambangkan keperibadiaan seseorang itu ye..
    -   Hidung setiap manusia mempunyai bulu, samada lebat ataupun tidak sahaja. Bulu hidung ada fungsi nya yang diciptakan oleh Allah S.W.T tetapi pastikan anda menjaga daripada terkeluar bulu-bulu hidung dari kelihatan nyata..hihih yelah pakai baju smart, hensem ala-ala pelakon tetapi terkeluar bulu hidung. Tidak manis kelihatannya. biarlah bulu hidung berada dalam hidung sahaja ye.. ia berfungi dalam hidung, bila bulu itu dah keluar tak nampak lak fungsinya. so plz sambil gosong gigi tu tengok hidung anda dicermin ye. peace :)

Gambar hiasan sahaja



5. Penjagaan Mulut
    -       Pasti setiap orang akan gosok gigi setiap pagi kan tapi ada jugak yang jarang-jarang nak gosonk gigi.ermm bahaya tu. Penjagaan mulut lebih kepada penjagaan gigi, lidah dan bau. Ia sangat penting kerana bau mulut disebabkan anda tidak gosok gigi dan lidah.. Pastikan anda gosok gigi 2 kali sehari waktu pagi dan sebelum tidur dan lepas gosok gigi pastikan anda gosok lidah ye..bagi kotoran dilidah dibuang sama..bukan sahaja taik gigi kne buang ye.. Cuba anda lihat dicermin bahawa lidah anda akan berwarna putih dipermukaan atas lidah. Itu adalah kotoran yang terkumpul sehari. Maka pastikan anda membersihkannya untuk mengelak dari bau mulut.

    -          Bila gigi anda bersih dan tidak bau, pasti keyakinan diri anda akan bertambah. Ingat bahawa keyakinan diri terletak pada diri  dan penampilan anda. 

____________________________selamat mencuba___________________________




Selamat menjaga penampilan diri.. Ingat jika anda tidak menjaga perkara asas, pasti penampilan anda tidak menarik walaupun anda mengayakan pakaian yang liplap liplap ok... love uolss... kasi up sket photo selepas kursus bersama Cutecarry. 


Untuk maklumat lanjut tentang Kursus Penampilan Diri  :

Talian: 0193290397 atau 0194432763  (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Email: training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com
Web site: www.cutecaryy.com

(free advertise)

Labels: ,