Jom Klik

FEED EFG

Pray For MH370

Assalammualaikum w.b.t

MH370
Kami sangat merindui mu
Kami sentiasa menanti khabar mu
Tiada kata dapat kami lafazkan
Hanya kiriman doa buat mu

MH370
Kuatkan dan tabahkan lah
Kami memohon agar dimudahkan
Sedih tidak terkira dalam diri
Menitis setiap airmata hanya untukmu

Alfatihah buat yg beragama Islam dan salam takziah.. 
Sangat sedih.. 
Allah S.W.T lebih mengetahui. 
Moga dberi kekuatan buat ahli keluarga MH370. Amin... 




Nuffnang Premiere Screening of RIO 2 (3D)

Assalammualaikum w.b.t


korang ni nak bagi tahu RIO 2-  BLUE BIRD is back!!!!!! wahh so xcted sangat nak tengok..hope dapat lah tiket from Nuffnang... insyAllah...  korang tengok tak cter RIO yang 1st tu..best kan.. sangat suka BLU sebab satu-satunya burung warna burung yang tak boleh terbang.. sangat bijak dan unik sangat... tak sabar rasanya nak tengok RIO2 back!!!!



http://blog.nuffnang.com.my/2014/03/27/nuffnang-premiere-screening-of-rio-2-3d/

Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 2- Island Hopping ( Fish Garden )

Assalammualaikum w.b.t


Seperti dalam entry yang lepas.. mrsyanie ada gtau pasal Island Hopping ada Fish Garden tu kan.. so dalam entry ni mrsyanie nak story sket dan kita tgk gambar lagi syok kan.. dok cter2 tapi xnmpak cam ne kan..
Fish Garden ni tak lah femes seperti akuaria Langkawi tapi agak menarik dijadikan tempat untuk melawat.. Fish Garden merupakan tempat ternakan ikan... Ikan yang besar akan dihantar kepada hotel-hotel 4-5star sekitar Langkawi... Disamping tu, Fish Garden juga menerima kunjungan orang ramai untuk melihat lebih dekat ikan-ikan unik dan bersaiz besar dan boleh bagi makan lagi...weee best!!! walaupun tak banyak sangat ikan yang boleh dilihat tapi agak menarik dan layanan mereka sangat bagus dan baik... banyak betul bagi makan kat ikan..tidak terhad.. korang boleh sentuh terud ikan yang ada disana.. tapi ikan siakap yang besar gler tu xleh lah ye..kang abis tangan jadi makanan ikan tu.. bayaran masuk rm15/person..

layan gambar jom..----->






nilah tempat ternakan nye..korang boleh terus tengok kat sna.. siap boleh jalan2 kat situ.. tengok pelbagai jenis ikan.. mrsyanie tak jalan situ sebab takut lah.. mrlaling je yang pi..so jadi jurugambar pun jadilah hih...


tak banyak gambar maafye..sebab mrsyanie tak sempat nak masukkan gambar yang lain.. 
ok jumpa lagi nanti ye..peace.. #prayforMH370



Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 2- Island Hopping

Assalammualaikum w.b.t

wah lama nya tak updated storytrip ke Langkawi part 2.. maaf ye blogger sume.. agak sibuk sket sekarang sebab baru je lepas sukan kakitangan UPSI. itu mrsyanie story lain ye.. sekarang ni sambung balik trip 2 Langkawi.. 

Day 1st kami dah checkin pastu malam cam biasa kami lepas area Chenang pasu cari makan..Yang bestnya kami pi pasarmalam then makan kat pantai Chenang..Lepak kat pantai sambil makan.. romantik sangat hihih

Day 2:

TRIP Island Hopping

hari kedua kami fokus kepada island hopping.. kan dah story untuk day 1, kami beli siap pakej ke island hopping. so malam tu dah sms akak yang akan handle trip kami. dah deal, esok paginya kami berkumpul dulu depan akuaria bayar bayaran baki pastu kami gerak ke jetty untuk island hopping.. so dari akua kami naik moto sendiri yang dah sewa tu ke jetty. dekat je dengan Chenang. dalam 10 minit sampai tempat tu.. sebab naik moto kan.. 

ok sampai je situ dah diuruskan oleh akk tu.. so tunggu je dia panggil then naik bot hihih.. layan gambar kami dalam bot dulu ye..


Saat menunggu naik bot..hihih best sangat time ni...time ni ramai yang pi hampir semua couple je.. dalam bot kami sendiri 1 je family ada anak..yang lain semua couple dan ada yang mengandung...




Kami dibawa ke stiap tempat yang dijanjikan...ada 3 pulau yang akan dibawa tapi kami tambah 1 tempat baru..tak dikomesialkan tapi sangat menariik..Fish Garden.. tambah RM15 sorang... kejap lagi mrsyanie story pasal Fish Garden...Kami dibawa ke Pulau Dayang bunting.. Pulau Dayang Bunting ni  diberi nama sempena bentuk geografinya yang dapat dilihat seperti seorang wanita yang bunting (mengandung) sedang baring. Memang nampak real lah wanita bunting sedang baring..



Sampai je kat jetty Pulau Dayang Bunting ni, kami diberi 1 jama kalu tak silap untuk brada di Pulau tu.. ok kalu korang nak tahu...air yang dikatakan tawa tu adalah air tasik ye.. bukannya air laut..di Pulau Dayang Bunting ni ada sebuah tasik yang besar hampir sebesar 3 padang bola sepak. korang kena jalan menaiki tangga ke Tasik dayang bunting ni.. jauh dari jetty ke tasik hampir 1 km jugak lah..penat gak ler nak kesna..sebab manaiki bukit..

**pesanan: jangan lah korang pi sna bawa plastik atau makanan sebab terdapat banyak monyek/kera yang memang menanti kehadiranm plastik / makanan..

Akhirnya sampai jugak kami ke Tasik Dayang Bunting.. sempat lah nak merendam dan minum air tu..mmg tawa tak rasa pe..sangat jernih airnya..mrsyanie siap amik air tu tengok dalam botol mmg jernih.. dalam tau tasik ni.. tapi kat situ ada disediakan sewa jaket.. tapi kami dibenarkan bawa jaket ot tu naik keatas..so tak payah nk sewa kan.. freee freee...hihihi



Lepas ke pulau Dayang bunting kami ke tempat helang cari makan. Pulau Singa Besar (Eagle feeding)...just atas bot je..letak lemparkan makan helang akan sambar makananya di atas air..tu je..dapatlah tengok helang secara tak dekat sangat. tapi menarik tengok helang ni.. ada bunyi rupanya helang ni dan ada 2 jenis helang di situ..putih dan coklat..

Kemudian kami dibawa ke Pulau Beras Basah... Kat Pulau ni tak ada bilik air malah air paip pun tak ada..cuma ada 1 perigi sahaja.. kat Pulau ni boleh mandi dan beriadah..ada banan boat dan sebagainya.. harga nya juga agak boleh tahan.. mrsyanie dan mrlaling just jalan2 area pantai..amik gambar dan lepak sambil minum2..ada 1 je kedai jual air tin/kotak.. dan 1 lagi kedai watersport...

Pulau beras basah ini storynya yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami. Dimana zaman dulu penjajahan, terdapat banyak beras yang disorok ini kawasan ini untuk menampung kehidupan. selepas di jajah beras ini ditanam di rea kawasan pantai..sehingga dibawa oleh ombak..menyebabkan semua beras simpanan penduduk basah.. gtu lah sket je storynya.. pantainya sangat halus dan putih jew.. tapi hati2 dengan obor-obor ye...






Lepas kami dalam 30 minit lepak di Pulau Beras Basah..kami ke Fish Garden.. so sambung kat entry khas untuk Fish Garden.. sebab Fish Garden ini tak termasuk dalam pakej island hopping tu.. 


Island Hopping:
3 pulau
1) Pulau Dayang Bunting
2) Eangle feeding
3) Pulau Beras Basah

RM 30 - RM 35/ person

Masa: 
1) 9.am
2) 2.pm


FANPAGE

back off