Jom Klik

FEED EFG

Kuching, Sarawak | Holiday | Part 2 | Jong Crocodile Farm | pottery factory (local produce centre)

Assalammualaikum w.b.t


Jong Crocodile Farm & mini zoo juga merupakan tempat wajib dipergi ye jika datang Kuching Sarawak.. Sarawak juga terkenal dengan cerita cerita menarik dan mengerunkan tentang buaya, lebih femes lagi dipanggil bujang senang.. Disini korang boleh tengok sendiri bagaimana buaya tu dok baham sumber makanannya.. Siap bunyi glup glup glup tau.. ditelannya.. pergg serius pengalaman yang sangat menarik.. Kenapa mrsyanie kata ini adalah mini zoo.. kerana disini terdapat juga haiwan haiwan yang lain digaya didalam sangkar dan terpelihara.

Jong Crocodile Farm merupakan Taman Ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecil hingga buaya yang terkenal. cewahh femes tu..hikhikhik... Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup didalam air dan darat. Ia lebih kepada dalam air untuk berendam. Ada juga yang suka duduk di pinggir air dan darat.. Jong Crocodile Farm ini terletak kira kira 28km dari Bandaraya Kuching dan ia mengambil lebih kuran 40minit- 1jam (bergantung kepada cara pemanduan dan faktor lain)..


Dibuka setiap hari
Masa: 9.00 pagi -  5.00 petang
Bayaran: 
Bukan Orang Sarawak: Dewasa: RM16, Kanak: RM 8.
Bagi Orang Sarawak: Dewasa: RM10, Kanak: RM 5.



Telur Buaya rata ratanya disimpan oleh buaya betina, dimana ia diletakkan atas tanah dan ditutupi dengan daun daun. Ia dijaga dan diperhatikan lebih kurang 2 meter dalam air dari kawasan penyimpanan telur telurnya..Buaya bertelur akan mengeluarkan bunyi yang sangat mengerunkan.. ermm yang tu mrsyanie tak dapat dengar huhu sebab bukan musim nya..


Dekat Jong Crocodile Farm ini terdapat seekor buaya yang tidak mempunyai ekor..serius memang tak ada ekor. Jenis nya memang tak ada ekor. Katanya jenis ini tidak lah terlalu agresif seperti buaya yang lain mempunyai ekor.. hihi tapi mak tetap seram nok..tak kiralah nama nya buaya..hihih 


Inilah antara haiwan haiwan lain yang tinggal disini. Mini Zoo..



Gambar diatas ni lah namanya Pak INDON..  Jom ke feeding park..weee.. tengok buaya buaya membaham makanan..kat feeding park ni memang banyak sangat buaya..beso beso nak..takut mak rasa kalu ler dok terlepas..lari tak cecah tanah rasanya hihi... 






Antara aksi buaya yang snagat menarik..dalam diam senyap dan rakus bler dapat.. ermm... Selain boleh tengok buaya je..Kat Jong Crocodile Farm ni terdapat sejenis ikan gergasi tau.. besar gak lah ikan ni dari yang lain.. Namanya Arapaima Gigas.. Warnanya sangat cantik tapi agak kurang timbol sket..tak berapa nampak time kami datang..Kat sini pun ada aksi memberi makan..Tapi ikan tak rakus lah..hihhih...mungkin sebab kenyang kot..




 Last last kami dok melenggu menunggu ikan tak timbul timbul sambil nyanyi lagu ikan kaloi oohhh ikan kaloi hahaha.. 

p/s: Agak takut gak sebenarnya hihih tengok buaya dok perhati je..


Selepas tu kami terus ke pottery factory /local produce centre yeah!! kat sini boleh tengok pembuatan pasu pasu berasakan tanah liat..tapi nasib kurang baik kerana pekerja bercuti..kedai masih buka tapi tak dapatlah tengok cara pembuatan pasu dari tanah liar... snap gambo je lah ye..








Pottery factory (local produce centre): YONG HUAT HENG BRICK & EARTHEN WARE FACTORY.


Kuching, Sarawak | Holiday | Part 2 | Semengok Orang Utan Wildlife Centre

Assalammualaikum w.b.t
Day 2, trip hari kedua kami bermula jam 8pagi. Dalam jam 745 pagi cam tu standby di bawah hotel..Tour guide kami dah sampai awal..serius awal gler..ingat kami turun hotel awal..dia sampai dulu..Kul brape tah dia standby tunggu kami hihi..Hari ni kami akan pergi jumpa ORANG UTAN!!! Kat Sarawak ni memang terkenal denga Orang Utan nya.. memang tarikan menarik dan wajib korang datang melawat.. Tempat nya adalah:....... Semengok Orang Utan Wildlife Centre-Sarawak Forestry!!!!

Tapi sebelum tu kami singgah makan sarapan dulu..kat kedai mamak..satu jalan ke tempat orang utan tu..Yang bestnya sarapan pagi tu mengalahkan makan tengahari..perggg mula nya nak makan roti canai je..tengok ada orang dok meja sebelah tu order baik nye mee rojak..wahh terliur ler...hihih...


teruja tak tengok mee rojak ni..hahaha gler tengok mula tu..jenuh gak nak abiskan..nasib ada yang menolong abiskan sekali..hahaha..sedapp ooo.. wahh lapa lah plak dok update blog pasal makan ni..ermmm...

Selepa sarapan kami teruskan perjalanan ke Semengok Orang Utan Wildlife Centre..uikk tak sabo nak tengok Orang Utan yang liar..yelah selalu dok tengok dalam sangkar kat Zoo kan..ni korang pergi kawasan hutan tempat perkampungan Orang Utan liar tetapi dijaga keselamatan nya. Masuk situ seperti biasa kena bayar kerana untuk kos kos penyelenggaraan dan gaji gaji pekerja.. Jadinya jangan bising tau banyak tempat kena bayar if berpatutan.. yang penting kita dapat merasa sendiri pengalaman tu..



PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching Sarawak terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Konsep yang dijalankan pusat disini adalah hidupan liar. Orang Utang ni dberi kebebasan sepenuhnya dalam kehidupan tidak seperti di ZOO. Ia lebih kepada perkampungan terbuka buat Orang Utan ni.  Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.


Di pusat ini kita tidak digalakkan untuk berbuat bising kerana ia akan menganggu hidupan liar disini. Jangan anda diserang oleh Orang Utan tau..hihih Ia lebih kepada keindahan semual jadi dan kehidupan haiwan liar. Jadi sama sama lah kita menjaganya dan patuhi setiap arahan yang dberikan ye..



Ini adalah perumahan bagi Orang Utan secara semula jadi.. Cam sarang burung besar plak kan.. gambar yang atas tu tak zoom..sangat tinggi tau.. dan gambar bawahnya adalah gambar perumahan Orang Utan yang dah dizoom.. serius baru tau sarang mereka cam ni..cam sarang burung kan kan kan... teruja :)


Kami dibawa ke tempat memberi makan kepada Orang Utan. Nasib kami baik sebab ramai gak Orang Utan yang datang ke ''feeding platform'' yang pusat telah sediakan.. Jika korang datang sini pastikan bukan musim buah tau..hihi bukan apa jika musim buat kebanyyakkan Orang Utan tak akan turun ke ''Feeding Platform'' ni. Kerana mereka mudah untuk mendapatkan sumber makanan. Tetapi ada jugak yang akan turununtuk mendapatkan makanan di platform seperti Orang Utan yang kecil kecil yang agak bersaing untuk mendapatkan sumber makanan dengan senior Orang Utan. 

Lebih kurang 3-5 minit perjalanan ke ''Feeding Platform''. Ia masuk sedikit kedalam hutan. Sepanjang perjalanan ke platform ada pelbagai jugak tumbuhan liar yang menarik.. seperti Kacip Fatimah... Ada pelbagai tumbuhan liar yang boleh dilihat disitu.. Jalannya jugak agak menarik kerana ia seperti tangga daripada akar akar pokok besar..





yang ini adalah Orang Utan yang paling tua sekali.. paling besar dan paling ditakuti oleh geng gengster Orang Utan..hihih... Nama dia Ritchie... wah lahir tahun 1981..mrsyanie pun tak lahir lagi tau.. wujud pun idak ler..








Kat sini tak ada jual magnet peti..jadinya mrsyanie belilah poskad ada 4 keping gambar Orang Utan yang special kat sini.. yeahh leh frame kan nanti..hihih.. Korang kena gak datang sini tau..rugi lah datang jauh jauh tak lihat sendiri tempat hidupan Orang Utan liar.. selalu nya tengok kat Zoo berkandang kan..ha ni bebas tau..ada yang ganaz sket tapi keselamatan dijaga oleh pihak Pusat..

 LOVE mrsyanie (^_^)

Kuching, Sarawak | Holiday | Part 1 | River Cruise

Assalammualaikum w.b.t

Sambung:-

Selepas berehat seketika kat bilik hotel.. dalam jam 5 petang kami bersiap untuk aktiviti last untuk 1st day.. River Cruise!!!! Memang best sebab korang menaiki cruise yang sederhana bsiar siar sekitar sungai Sarawak. Sangat dekat dengan lokasi hotel kami. Di waterfront je.. leh jalan kaki..tapi kami sebab ikut travel diorang ambil kami depan hotel then terus ke lokasi. So tiket dah siap tour guide kami belikan..kami sampai je nikmati pemandangan wee... memang kali ni travel rilex jew.. memang leh tenangkan fikiran and enjoy yuor holiday... (^_^)v.. 


River Cruise ni dijalankan setiap hari dan hanya sekali sahaja trip perjalanan yang dijalankan. Mula jam 5.30 petang sehingga 7 petang. Perjalanan cruise mengambil masa 1 jam setengah.

Masa:  5.30 petang - 7 petang
Hari: setiap hari (hanya 1 perjalanan sehari)
Bayaran: Dewasa RM60 (12thn keatas), 
            Kanak-kanak RM 30 (4-11thn)



Pihak River Cruise Sarawak menyediakan makan petang sekali dan persembahan tarian budaya di Sarawak. Sanagat berbaloi kepada semua pegunjung yang hadir. Minum petang yang disediakan adalah kek Sarawak dan air oren. Mereka jua menyediakan perkhidmatan makanan lain tetapi perlu ditempah terlebih dahulu. Tetapi korang juga boleh beli makan ringan seperti jajan (keropok) ke atau makanan ringan yang lain.

Ia sangat canrik sepanjang perjalanan sungai Sarawak yang dibawa.. Korang boleh lihat matahari terbenam sangat cantik. dan boleh lihat kapal kapal nelayan bergerak ke laut untuk menangkap ikan. Mrsyanie ada tanya kepada pelayan disitu, mengenai nelayan disana. Nelayan nelayan kapal besar akan ke laut 2-3 hari kemudian baru pulang. Sangat bangga dengan nelayan Malaysia. Penuh tabah dan berani dalam mencari rezeki untuk menanmpung kehidupan sekarang..

Kami sempat lah bergambar sementara nak nai cruise hihih...pasni nak naik cruise lagi beso plak.. (^_^) Tahun melawat Sarawak 2014








Snagat cantikkam pada sesiapa yang nak buat shoot wedding ke, film ke, drama ke..Antara tempat pilihan yang sangat sesuai dan cantik.. Ha ni lah untuk pi ngan member meber leh tolong amikkan gambo hihih..ok tq member hahaha... terbaik lah!!! nak cuci gambo ni pastu nak frame kan..yeeeahhh!!!

Cerita banyak banyak tak nampak bagaimana seronok nya kami kan..so tengok gambar sambil bercerita mesti best!!!














nilah pelayan yang sangat baik..hihihi mintak lagi air banyak banyak..hihihi tq uncle.. 



Memang sedap kek Sarawak tau.. Rugi lah sapa tak mai Sarawak hihih..



Ini adalah salah satu pegangkutan lain selain Cruise. Boat ni juga merupakan boat pelancongan yang membawa pelancong menikmati sepanjang perjalanan di Sungai Sarawak.. Tapi bezanya korang tak dapat makan dan tak boleh berdiri, tiada persembahan. Agak klasik juagk boat ni. Harga agak murah berbanding river cruise yang mrsyanie naik. Korang boleh buat pilihan yang bersesuain. Nak merasa naik kedua-dua boat ni pun boleh. Tak ada maslaah. :)




Snagat cantik pemandangan sepanjang Sungai Sarawak ni.. berbaloi naik River Cruise ni..lama gak atas cruise ni..yelah 1 1/2 jam. kiranya petang hari 1st tu penuh memang rasa puas hati gler gler..Rasa romantik lagi bler lihat matahari terbenam bersama yang tercinta mrlaling.. wahh i love u lah ..hihih






kapten nya sangat ramah dan penuh fokus dalam menjalankan kerja..
 TQ kapten..kami selamat hihih :)







ada lak anak owgputeh ni..dari perancis kalu tak silap..sangat aktif dan peramah..wah memang best lah..nk kenan anak puteh gini..hihih adik dia lagi ensem..mata biru tau..kembar lagi..kenan kenan kenan lah baby hihi amin hope so..



Bersama sama penari kebudayaan cruise..
 pelbagai jenis pakaian mengikut kaum yang berbeza 
tapi 1 Malaysia..!!!!


Kasi sekt gambar dia tengah menari weee... rasa nak menari sekali lah dengan diorang ni..hihih ok lah..abis je 1 1/2 jam kami berada di atas cruise...kami pi makan makan dulu sebelum balik ke hotel untuk rehat..Malam tu kami dibawa makan Laksa Sarawak!!!! yeahh dapat gak rasa laksa sarawak..walaupun mrsyanie tak brape minat makan laksa tapi laksa sarawak ni lain..serius terkjuz mak nok.. hihih bukan cam laksa..cam bihun kari je pun..diorang tak guna noodle laksa tapi diorang gunakan bihun a.k.a meehun..kuah nya lak ala2 cam mee kari tapi lain memang lain.. so bagi mrsyanei tak ada masalah..sedap!! tapi kalu mrlaling dia tak boleh nak masuk dengan laksa sarawak ni.. terpulang pada tekak masing masing untuk merasanya..jadinya korang kena lah datang Sarawak ni untuk merasanya sendiri ok!! 

p/s: tak sabar nak abis kan part 2 plak..hhihi mula belum lagi ni.. Nantikan entry part 2 Sarawak ye...!!!



FANPAGE

back off