BIG BUBBLE / GIANT BUBBLE

Assalammualaikum w.b.t


Ahad, Semalam mrsyanie dan mrlaling saja jalan-jalan petang ke Tasik Proton Tanjung Malim, Perak. Lama gak lah mrsyanie tak beriadah kat sana.. Geng lab pun ada gak rancang nak lepak Tasik Proton main bubble dengan anak-anak.  so petang smlm mrlaling ajak lah ke Tasik Proton. Sampai sana terkejut gak lah ramainya orang. Macam pesta plak rasanya.. (ini nampak sgt dah lama gler tak pi kan)...Sangat happening dan seronok tengok gelagat pegunjung yang hadir. Bukan keluarga je, anak-anak bujang pun turut serta berriadah. Bagi mrsyanie bagus jugak anak-anak muda beriadah kat Tasik Proton petang-petang. Beriadah bersama kawan-kawan dari melepak tak tentu tempat kan.

Antara aktiviti yang korang leh buat kat Tasik Proton ini selain berjongging, menikmati pemandangan, adalah bermain big bubble. Siapa tahu Big Bubble tu dok baca diam-diam tau hihi.. ni nak kasi tau pada yang belum tau cam mrsyanie yani baru tau ni haha.. Big Bubble ni merupakan satu permainan buih yang dapat menghasilkan buih dengan besar mengikut peralatan (bubble kit) yang digunakan. Sebenarnya ia dah terkenal sejak awal lagi. selalunya kita gunakan bubble kit yang kecil, tapi kini telah direka untuk menghasilkan bubble yang besar pula.


Di Tasik Proton ada disediakan perkhidmatan sewa bubble kit tau.. RM2 bagi bubble kit yang kecil. sesuai untuk anak-anak bermain. 





comel Adam.. hihihi

Ok kalu korang tak nak sewa big bubble / giant bubble nye set, korang boleh uat sendiri tau..mudah jew.. Barang korang perlukan adalah:

Bahan buih:

~ Air Paip
~Sabun pencuci (cecair dan sabun yang hasilkan buih yang banyak )
~Tepung jagung / Tepung Ubi
~Baking powder (lebih kurang 1 susu besar)
~Glycerine (ini boleh cari kat kedai kek)

Bahan kits set:

~Tali (tali kasut pun boleh)
~Pemegang bleh gunakan apa2 kayu/plastik penyidai yang hujungnya berlubang


Cara-Carnya: Korang campurkan bahan yang buih dalam baldi tapi air paip kena seimbang dengan sabun ye.. Jangan plak air banyak sangat sampai sabun tu tak keluarkan buih ye.. Tali tadi ikatkan plak kat batang kayu atau penyidai. Jadikan bulatan atau mengikut kreativiti korang. 

Dah boleh main kat kawasan rumah kan dengan anak-anak..Tapi kena ada angin lah baru syok main ye..kalu tak terkuar lah bubble tu..hihihih :p



Lokasi: Tasik Embayu Proton City

Aktiviti menarik:

Pasar malam ahad
big bubble
jongging
Taman permainan
berkelah





Till next entry ok (^_^)
Salam sayang




Labels: