GST Good and Service Tax

Assalammualaikum w.b.t



Apakah itu GST?

GST merupakan singkatan bagi Good and Service Tax, atau dalam bahasa adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 

''CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan  diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.

Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.

Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.'' (sumber dari laman sesawang http://gst.customs.gov.my/). 



Tetapi apa yang telah dilakukan oleh peniaga yang tidak paham apa itu GST. 


Banyak peniaga yang telah mengambil kesempatan atas apa yang diutarakan oleh Kerajaan. Barang kini naik dengan mendadak dimana GST hanya bermula pada 1 April 2015. Apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan selain memantau dan mengawal. Apakah kesan GST kepada Rakyat?? Apa-apa pun kita kena teruskan juga kehidupan. Mohon dipertimbangkan semula dan dikaji semula.




Till Next Entry ya!!

Salam Sayang








Labels: