Nasi Lemak Antarabangsa | Kg Baru | Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t

Nasi Lemak Antarabangsa  (NLA) |  Kg Baru | Kuala Lumpur | Siapa yang tak pernah dengar Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru?? Sangat lah rugi.. Nasi Lemak Antarabangsa ini dari mrsyanie zaman sekolah lagi dah terkenal dengan rasa masakannya yang sangat sedap. Legend ini tau.. eh kalu nak tahu dulu mrsyanie sekolah rendah di Taman Setiawangsa dan sekolah Menengah di Puteri Ampang dan Bandar Tasik Selatan... Siapa yang datang ke Kuala Lumpur serius memang wajib datang makan di Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru, Kuala Lumpur. NLA bukan sahaja femes di kalangan orang-orang KL tapi juga dikenali oleh orang-orang luar KL.

Kenapa mrsyanie kata cam tu sebab dah terbukti dikalangan rakan-rakan mrsyanie sendiri pun tau..Rata-rata rakan mrsyanie orang Perak tau.. Jati Perak!!.. Siap cerita lagi NLA tempat dating dulu-dulu, sekarang dah anak 3 orang ok..Memang legend NLA dan masih mengekalkan kesedapan yang sama.  

Sabtu yang lepas family Kelab Blogger Ben Ashaari  adakan lepaking bersama. My 1st time jumpa family KBBA tau.. alhamdulillah..korang memang awesome lah.. sempoi, peramah dan best sangat!! Lokasi nya di NLA, Kg.Baru. Ramai kata ehh susah parking lah kalu datang ramai-ramai.. Tak ada dah gitu.. parking sangat senang dah sekarang tau sebab kat sana ada sediakan tempat parking hanya RM5 per entry.. ha lepak lah sampai lebam mana pun tak ada cas tambahan tau.. 

Moh kita kasi terliur sket..nyum nyummm... Ini adalah menu wajib datang NLA tau..pelbagai jenis lauk ada.. Mrsyanie syorkan sotong sambal dan kerang sambal dia memang pergg super sedap.. (hilang diet mrsyanie huhu) tak leh tahan kot tengok...nyum...



Kalau korang nak tahu di NLA bukan sahaja ada Nasi Lemak sahaja malah ada pelbagai lagi jenis menu lain. So tak ada alasan lah kalu satu menu jew.. mrlaling kurang makan Nasi Lemak jadi menu dinner dia malam tu adalah bihun goreng, sambal kerang dan ayam goreng.. Sedap tau!! Antara menu lain adalah Soto, Nasi Inpit (tak yah tunggu raya tau bak kata owner NLA), kuih Koci.




Kuih koci pulut hitam memang sedap. 
Tak lah melekat sangat memang, manis nya cukup 
dan kene citarasa mrsyanie..



Bersama family KBBA :) kak lynda, Yanty dan Yoorin


Yeaazaa.. ini lah Air Kelapa VVIP. perggg memang haven dan sedap.. 1st time mrsyanie rasa air kelapa cam ni.. Memang best pekena Nasi Lemak dengan Air Kelapa VVIP ni.. 














Kalau korang nak tahu NLA juga menyediakan perkhidmatan catering tau.. so boleh tempah dan sebarang pertanyaan korang boleh layari:

Website: www.nasilemakantarabangsa.my
Facebook:  Nasi Lemak Antarabangsa 

Facebook: Kelapa Frutti 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


Landmark: Jumpa pintu gerbang Kampung Baru.  dan kedainya sebelah kiri. :)





Labels: , ,