BLOGGER'S DAY OUTING 2015 @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Assalammualaikum w.b.t

BLOGGER'S DAY OUTING 2015| Alhamdulillah hari yang Mrsyanie nantikan dah tiba.. Aktiviti terbesar bloger-blogger dibawah naungan Kelab Bloger Ben Ashaari. Blogger's Day berlangsung pada 26 April 2015 bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya





Pendaftraan bermula jam 7 pagi sesi pendaftaran bloger-bloger diadakan. Seramai hampir 80 orang hadir bagi memeriahkan lagi program Blogger's Day 2015. Bukan sahaja blogger malah ahli keluarga blogger juga serta dalam memeriahkan program kali ini. Konsep yang diterapkan adalah lebih kepada merapatkan siratulrahim antara blogger dan keluarga.



Aktiviti pertama yang kami jalankan bermula jam 8pagi iaitu aktiviti Senaman Aerobik yang diketuai oleh ahli KBBA Aten dan ikuti oleh ST dan Boni. Sebelum senaman kami diberi taklimat oleh urusetia +Yan Ty  dan kata-kata aluan oleh wakil KBBA Abg Lan dan juga wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya selaku penaja utama kami. Enjoy sangat dengan alunan lagu yang super tenaga. Jangan risau di  Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya mereka menyediakan peralatan PA system yang diperlukan. So tak perlu risau untuk korang jalankan aktiviti besar-besaran disini.


Game Pertama: Golf.

Aktiviti yang boleh dijalankan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya adalah GOLF. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa golf bukan lah hanya sesuai untuk golongan tertentu, malah golf adalah sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Jangan risau disini mempunyai tenaga pengajar mahir dalam mengajar korng main golf tau..



Ramai yang kata golf mana sesuai kalu nak buat family day nya game, siapa kata tak boleh?? kami telah buktikan. Golf bukan sahaja untuk memukul bola yang diberikan, golf juga adalah permainan yang dapat merapatkan lagi siratulrahim antara ahli keluarga. Ada yang tak kena pukul bola, ada yang jauh pukulan nya dan macam-macam gaya ada tau.. Sangat enjoy sebab gelak ketawa jew memanjang.. Happy sgt.. Siapa yang berminat untuk join kelas Bermain Golf juga disediakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.



Game Kedua: Badminton 6 lawan 6.

Apa badminton 6 lawan 6??? Ha disinilah kelebihan game badminton yang dirancang oleh urusetia Blogger's Day Out. Sangat unik dan ini adalah pertama kali Mrsyanie tau badminton boleh dijalankan permainan untuk family day. Badminton 6 lawan 6 ini menggunakan hanya 1 raket sahaja. Dimana setiap ahli kumpulan perlu merancang strategik dan perlu bekerjasama dalam memenangi perlawanan badminton 6 lawan 6. Sangat kreatif game yang dirancangkan oleh urusetia.. terbaik lah..!!!Motif dijalankan badminton 6 lawan 6 adalah untuk sama-sama kita berkerjasama dan merapatkan lagi ukhwah sesama ahli.



Selepas penat bermain dan lebih gelak je ni hihi.. Mrsyanie singgah kejap ke Gym yang disediakan oleh pihak Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Kasi sado sket dan kempis sket perut hihih... Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya bukan sahaja terdapat kelengkapan riadah untuk orang dewasa malah Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya juga menyediakan kolam renang dan taman permainan untuk anak-anak kecil bermain.





Game Ketiga: Go-Kart.

Inilah yang antara aktiviti yang Mrsyanie nantikan.. GO-KART!!!!... 1st time nak merasa main Go-Kart kot.. Tengok syok je orang lain mainkan, nak gak lah merasai walaupun sekali huhu..ayat tak leh bla.. sebenarnya takut nak main sebelum ni. hahaha






Sebelum kami jalankan aktiviti ber'go-kart', kami diberi taklimat tentang keselamataan dan cara pemanduan Go-kart. Yang penting keselamatan perlu dijaga tau!!! Terima kasih Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya kerana menyediakan litar Go-Kart yang memang best!!! Go-Kart juga boleh dimain oleh kanak-kanak tapi ada syart ketinggian dan dipantau.



Selepas dah memandu ala-ala Fast dan Furius 8, kami disajikan dengan makanan tengahari oleh Bayou Coffehouse Cafe. Menu yang disajikan sangat sedap dan berkonsepkan makan ala kampung. Wah dah tak leh diet tau, tak tahan tengok kerabu, paru goreng, ikan masin, gulai rebung dan macam-macam lagi super sedap..



Dah perut kenyang moh solat dulu ye sebelum jalankan aktiviti seterusnya.. Surau yang disediakan sangat selesa. Jadi tak ada alasan untuk tinggalkan solat tau !!! hihihi

Game Keempat: Paintball (save kapten).

Ini adalah aktiviti yang sangat mencabar dan yang dinantikan Mrsyanie walaupun takut tapi main jugak. Paintball adalah aktiviti lasak yang membantu korang untuk lebih yakin dan semangat berpasukan. Konsep yang dijalankan adalah 'selamatkan ketua'.  Sakit? sakitlah jugak bler kena peluru paintball tu tapi rasa nak main lagi tak mo benti tau.. paling best dapat tembak pihak musuh ahhaha.. entah kene ke tak lain cter hahaha... 




Inilah team Mrsyanie.. korang memang terbaik!!!!



Peminat Paintball wajib datang ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan merasai sendiri main paintball di sini. Detail boleh hubungi +012-6066255 untuk pertanyaan mengenai Paintball.

Selesai aktiviti terakhir kami iaitu Paintball, Majlis penutupan diadakan sebelum bersurai. Majlis peutup dimulakan dengan ucapan dari Penaung Kelab Blogger Ben Ashaari, Iaitu En. Ben Ashaari. Kata-kata semangat yang diberikan membuat Mrsyanie lagi berkobar-kobar dalam berblog bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Kami adalah satu keluarga KBBA!!!

Majlis penutup juga diserikan dengan cabutan bertuah yang ditaja oleh penaja KBDO 2015, Antaranya Cosmoderm , Yeos Malaysia , Stamp N Print Enterprise ,  Azwar Kamaruzaman Natalia dan Monster Crazy Crunch.




 Terima kasih kepada abg Ben Ashaari, AJK, sponsor dan semua ahli KBBA dan keluarga. Moga ukhuwah dan siratulrahim kita berkekalan dan diberkati oleh Allah S.W.T aamin.. BLOGGER'S DAY OUTING 2015 memang terbaik!!!!

 BUKAN SEKADAR BLOGGER !



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
























Labels: , ,