Jom Klik

FEED EFG

FAST AND FURIOUS 7

Assalammualaikum w.b.t

FAST AND FURIOUS 7| Merupakan filem aksi terbaik 2015 yang Mrsyanie sangat ternanti-nanti.. Siapa tak tahu filem aksi yang super FF7 ni kan. Dari filem FF sehingga lah FF7 ceritanya sangat best dan memang terbaik lah.. Filem FF7 merupakan smabungan bagi filem FF6 dengan penuh aksi dan menerapkan elimen cinta, kekeluargaan dan semangat setia kawan. Filem FF7 antara filem 2015 yang sangat direkemen kan tonton.






Produser filem FF7 ialah Michael Fottrell, Diesel Vin, Neal H. Moritz  dan diarahkan oleh James WanTayangan awal pada 26 Mac 2015 dan pada 2 April 2015 ditayangkan di Malaysia. 


Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti : Vin Densel sebagai Dominic Toretto, Paul Walker sebagai Brian O'Conner, Dwayne Johnson sebagai Luke Hobb, Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz, Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce, Chris Bridges sebagai Tej Parker, Jason Statham sebagai Deckard Shaw, dan menampilkan watak baru dalam filem FF7 ini iaitu Nathalie Emmanuel sebagai Megan Ramsey.
_________________________________________________________________________
Review ringkas: Filem ini menerapkan elemen cinta, semangat kekeluargaan, aksi dan dari segi teknologinya. FF7 secara ringkasnya menceritakan aksi balas dendam yang dilakonkan oleh Jason sebagai Deckard Shaw bagi pihak adiknya dalam FF6 kepada ahli  racing terutama ahli keluarga Vin Densel sebagai Dominic Toretto (Dom). 

Dalam FF7 lakonan Paul sebagai Brian memainkan peranan kekeluargaan (fokus kepada keluarga) kerana telah berjanji kepada Dom.

Antara aksi yang sangat super adalah: aksi apabila kereta terbang menggunakan payung terjun dalam misi menyelamatkan seorang wanita yang handal dalam teknologi komputer yang dilakonkan oleh Nathalie sebagai Megan Ramsey. Juga aksi kereta terbang dari satu bangunan ke satu bangunan di Dubai. Sangat menarik dan super!!!!


Aksi lawan juga merupakan elemen yang menarik dalam FF7, seperti aksi lawan antara Letty dengan bodyguard wanita di Dubai.  Scene paling menyentuh perasaan apabila penghujung filem kebahagian yang mereka miliki membawa mereka menjadi satu keluarga yang erat. Tambahan pula ini adalah filem terakhir FF bagi mendiang Paul Walker.

____________________________________________________________________________






Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 comments:

  1. Bonde pon dapat tgk FF7... suka tgk race-race

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan bonde...sedih pun ada gak huhihoih

      Delete

FANPAGE

back off