Hong Kong Trip | Part 1 | KLIA2 | TIPS

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Trip | Part 1 | Alhamdulillah dapat jugak menjejak kaki ke tanah Hong Kong (HK).. Sebenarnya agak teragak-agak jugak nak pergi sebab Mrlaling tak dapat ikut. Gagah kan juga lah dengan izin dari Mrlaling. Mrsyanie ke HK bersama dengan cousin. Kami berdua je tau. Memang travel backpacker lah hihi. Itinerary telah cousin Mrsyanie buat sebelum kami fly. Dapat pula tiket murah ke HK kan..




Tiket kapal terbang ke HK telah dibeli 3 bulan sebelum tarikh yang dirancang. Nak dapat tiket murahkan tapi ini kira ok lagi.. Dulu nak pi ke Sabah setahun kot bel tiket sebab nak dapat murah. Semua tahu kalu Airasia buat murah kompom untuk setahun akan datang date nya. 

AIRASIA.com
Harga tiket: RM 582.00 (tidak temasuk luggage)
 ** Harga tiket pergi balik termasuk makan**



Flight kami pada jam 8.55 pagi, jadinya seawal 3.00 pagi kami dah kena keluar rumah. Lebih kurang 1 jam setengah sampai KLIA2. Mrlaling dan adik ipar hantarkan kami ke KLIA2. Sampai KLIA2 kami terus mencari tempat untuk check in luggage. Agak tercari-cari jugak lah sebab 1st sampai ke KLIA2, yang best tempat parking kereta yang mudah. Structure KLIA2 agak menarik dengan shopping mall..dekat dengan Tune Hotel, cuma kami tak sempat nak ronda-ronda kawasan di KLIA2. 

Selepas Check in luggage, kami singgah solat Subuh dulu. Jangan risau di KLIA2 terdapat surau yang agak selesa. Bukan sahaja ada di luar cek point tapi kalu boleh masuk dulu ke dalam selepas kastam periksa kerana di KLIA2 terdapat beberapa surau yang disediakan. Jadi tak perlu lah nak berebut tau. Sangat selesa sebab tak ramai yang tahu kat dalam ada surau disediakan. Lega gak lah lapang je nak solat..




Kapten kami pagi tu adalah wanita tau, sangat cantik dan peramah orangnya. Alhamdulillah perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit dari Kuala Lumpur ke Hong Kong. Perjalanan berjalan dengan lancar dan syukur kami selamat sampai ke lapangan terbang Hong Kong pada jam 12.45 tengahari. Sampai je Hong Kong, Mrsyanie kene selesema. Agak kurang sihat tapi masih bersemangat untuk berjalan. Mungkin agak kurang selesa dengan perubahan cuaca atau udara disana. Cuaca ketika kami smapai di HK agak mendung sedikit tapi masih cerah dan tidak hujan. 



Mrsyanie share kan tips yang diperlukan sebelum berangat ke HK. Ini beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum anda travel ke HK.

Tips yang perlu diambil tahu: 

1)Dapatkan tarikh yang sesuai untuk anda travel ke HK kerana HK mempunyai beberapa musim seperti musim panas disana sangat panas, jika musim hujan ia akan berpanjangan hujan. Pastikan anda pergi pada waktu yang bersesuain.
2) Sentiasa cek harga tiket tidak kira samada Airasia, Mas atau perkhidmatan penerbangan yang lain untuk mendapatkan tiket yang murah dan berbaloi.
3) Pastikan passport dan tiket disediakan dan nama yang tertera di tiket sama dengan passport.
4) Google cuaca Hong Kong terlebih dahulu untuk persediaan ubatan atau keperluan lain.
5) Kenalpasti lokasi yang bakal anda kunjungi bagi memudahkan perjalanan.
6) Tukar duit dahulu di Malaysia kerana di Lapangan terbang HK agak mahal (untuk anda gunakan ketika tiba di HK) Tapi jika di bandar HK, masih boleh tukar duit dengan kadar yang agak murah berbanding lapangan terbang HK.
7) Pakai kasut yang bersesuaian kerana jika travel backpacker banyak menggunakan kemudahan awam.
8) Pastikan anda membawa keperluan mengikut had kuantiti yang ditetapkan (jika bawa beg ke atas kabin, jika dalam kargo jangan bimbang).
9) Bawa bekalan makanan yang secukupnya untuk penjimatan wang makan. (jika ada duit lebih tak yah bawa pun tak apa kerana disana banyak makanan halal (terutama makanan india/arab halal). *Harga makan disana mahal ye**hihihi




**sambung part : Arrival 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


Labels: , , ,