Insurgent (2015)

Assalammualaikum w.b.t



Insurgent (2015)| Merupakan sambungan cerita Divergent. Pada yang nak tengok movie Insurgent, korang kena tengok dlu movie Divergent sebab ia sangat berkait. Takut ada yang kurang paham plak nanti.. Tapi Insurgent sangat best dari segi jalan cerita, aksi dan visual efek. 

Insurgent dibintangi oleh pelakon sama dalam Divergent : Shailene Woodley (watak Beatrice Tris Prior), Theo James (watak Four/ Tobias Eaton),  Ansel Elgort (watak adik Tris, Caleb Prior), Kate Winslet (watak Jeanine),  Miles Treller (watak Peter Hayes), dan Ray Stevenson (watak ayah Four, Marcus Eaton),  


***(pelakon hero dia sangat hensem kot hihi)





Sinopsis Insurgent:


Tris Prior, Four, Caleb, Marcus dan Peter berada dalam pelarian di tengah pemberontakan dan menjadi buruan askar-askar Dauntless yang dikerah oleh Jeanine. (kenapa mereka menjadi buruan korang kena tengoh Divergent). 


Dalam filem Insurgent, terdapat sebuah kotak yang dipercayai mengandungi mesej yang mampu untuk menghapuskan golongan Divergent dan rahsia masa depan dunia. Hanya golongan Divergent sahaja yang dapat membuka kotak tersebut. Jeanine telah mengerah askar-askar Dauntless untuk menangkap semua yang tergolong dalam Divergent. Ramai Divergent yang telah menjalani simulasi untuk membuka kotak tersebut tetapi hanya yang 100% Divergent sahaja dapat membuka kotak tersebut. Hanya seorang Divergent sahaja yang mempunyai nilai 100% Divergent. 


Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh Tris dan Four dalam misi menghapuskan Jeanine. Dikhianat oleh rakan mereka Peter, kemudian adik Tris sendiri Caleb. Tris dan Four bertembung dengan kumpulan Factionless dan berlaku pertempuran. Akhirnya Four terpaksa mengaku nama sebenarnya dimana Four merupakan anak ketua Factionless, watak baru dalam Insurgent ibu kepada Four, Evelyn Johnson-Eaton yang dilakonkan oleh Naomi Watts. 




Factionless juga mempunyai misi dalam menghapuskan Jeanine dan Evelyn Johnson-Eaton telah meminta bantuan anaknya Four untuk bergabung menghapuskan Jeanine. Tetapi ditolak oleh Four. Tris dan Four meneruskan pencarian Dauntless yang tinggal. Mereka dilindungi oleh Kaum Candor. Tris dan Four terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dalam menyakinkan Ketua kaum Candor. Petertelah menawarkan diri untuk membantu Jeanine dalam menangkap Tris yang merupakan Divergent sejati. Tris akur dengan permainan jahat yang dirancang oleh Peter dan Jeanine. Tris menyerah diri secara senyap kepada Jeanine dan dipaksa menjalani simulasi untuk membuka kotak tersebut. 


Dalam filem Insurgent banyak menekankan aspek cinta, sedih, aksi dan pelbagai reaksi yang boleh dihayati oleh penonton. Disebabkan cinta Four terhadapa Tris, pelbagai halangan dan rintangan yang dilalui oleh Four. Akhirnya Peter sedar akan kebaikkan yang diada pada Tris dan membantu Tris dan Four. Tris yakin kotak tersebut mempunyai mesej yang penting untuk semua. Tris yakinkan Four untuk meneruskan simulasi tersebut. Segala yang disangka oleh Jeanine adalah salah, malah Divergent merupakan kunci masa hadapan mereka di sebalik tembok yang dibina.


**Kesimpulan Mrsyanie boleh katakan filem Insurgent  berbeza dari segi watak yang dimainkan oleh Tris. Dalam filem Insurgent ini korang boleh rasai sendri kuasa cinta (gitu.. hihi) dan perasaan apabila dikhianati, dipaksa. Filem sangat bagus dan sangat best!!!! So pada yang belum menonton moh ke panggung kita..:)


Till Next Enrty ye!!
Salam Sayang



Labels: