PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015 (ZAKAT)

Assalammualaikum w.b.t

PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015| Rabu yang lepas Mrsyanie bersama-sama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari menyertai Program Zikra 2015 anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Satu pengalaman yang sangat bermakna dan syukur alhamdulillah Program Zikra berjalan dengan lancar. Mesti ramai yang tak tahu apa itu Program Zikra kan. Program Zikra merupakan Program jelajah bersama penerima zakat yang sentiasa dijalankan oleh LZS. Tak nampak program itu diadakan?? ha tu lah tak pernah ambil tahu kan program yang dijalankan oleh Lembaga Zakat. Inilah kepentingan sesama Islam kita mengeluarkan zakat walaupun sedikit tetapi besar maknanya buat penerima zakat tau. Memberi satu harapan dan impian kehidupan kepada penerima zakat, dan yang penting hidup kita diberkati oleh Allah S.W.T kan.. alhamdulillah..



Wajib berzakat?? Yup bagi Umat Islam yang memenuhi syarat tertentu wajib untuk memgeluarkan zakat samada zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas dan sebagainya. ha bukan sahaja zakat fitrah bulan Ramdhan sahaja. Moga dengan wang zakat yang dikeluarkan dapat membantu sesama Islam kita dan moga kita diberkati oleh Allah S.W.T dunia dan akhirat. 

Susah nak pi bayar zakat? cam mana nak kira berapa zakat yang perlu dikeluarkan?? Sekarang zaman serba canggih dan moden. serba berteknologi. LZS telah melancarkan aplikasi e-Zakat, hanya carian di 'Play store' dengan menaip ''EZAKAT''. Hanya download dan dalam aplikasi eZakat tersebut pelbagai fungsi yang ada. Cara mengira zakat, dan yang paling best korang boleh membantu menyalurkan maklumat kepada pihak LZS untuk mengenalpasti penerima zakat. Dan memudahkan korang nak bayar zakat, LZS juga menyediakan EZakatPay, potongan gaji, mini kaunter, lori kaunter bergerak dan pelbagai kaedah lagi. So tak ada alasan kan untuk korang mengeluarkan zakat, daripaa korang bayar cukai pendapat kan...hihihii Bagi Mrsyanie, pihak pentadbiran akan menguruskan pengiraan dan potogan gaji setia bulan, sangat mudah!!!


                    



Korang juga boleh layari website LZS atau datang terus ke Lembaga Zakat Selangir untuk dapatkan segala maklumat dan panduan. Pihak LZS akan membantu anda.. Insya-Allah.. 

Lemabag Zakat Slangor (MAIS)
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Persint ALAMi, Pusat Perniagaan,
Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor darul Ehsan.

Tel: +03-5522 7700
Faks: +03-5522 7722
Talian Zakat Selangor: 1-800-88-5353
Website: http://www.zakatselangor.com.my/



Selamat berzakat.


Till Next Entry ye!!
Salam Sayang






Labels: ,