PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015

Assalammuadiberiaikum w.b.t

PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015| Aturcara yang telah ditetapkan oleh pihak LZS padat dan terancang. Kami mulakan jelajah dengan penuh harapan dan semangat dalam membantu pihak LZS. 




Setiba nya Mrsyanie di LZS, kami diberikan sarapan pagi dan d beberapa taklimat bagi aturcara sepanjang Program ZIKRA 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf 2015'. Dimulakan Jelajah dengan bacaan doa agar Program ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah S.W.T. Kenderaan disediakan dan diiringi oleh Pihak Polis Diraja Malaysia bagi melancarkan program jelajah kali ini (syok rupanya ye diiringi dan sentiasa diberi laluan hihih best pengalaman ni). Kemana wang zakat anda??? Jom kasi jelajah..

Jelajah Pertama: Kompleks Asarama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah, Kg Perepat, Klang.





Kompleks asrama anak-anak asnaf ini dikenali sebagai Baitu Hasanah (Bait Al-Hasanah) yang bermaksud Rumah Yang Baik. Alhamdulillah, anak-anak disini baik dijaga dari segi makan minum, fasiliti, pendidikan dan pelbagai kemudahan lagi. Saluran zakat yang dikeluarkan oleh pengeluar zakat berhasil dan disalurkan dengan amanah yang dipegang oleh LZS. Inilah dia kepentingan kita sesama Islam mengeluarkan zakat mengikut kemampuan, seronok sangat melihat anak-anak disini diberi cahaya kehidupan kepada mereka

.







Tidak ketinggalan penggunaan Teknologi juga diterapkan bagi anak-anak disini bergerak maju secara seimbang dengan peredaran zaman. Disini ianya dipantau supaya pemikiran negetif teknologi tidak diterapkan dalam diri anak-anak disini. alhamdulillah..Moga mereka berjaya dalam kehidupan mereka dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. aamin...





Jelajah Kedua: Lawatan ke Butik D'Qaseh (Penerima bantuan zakat perniagaan)

Seterusnya kami dibawa melawat butik yang diusahakan oleh penerima zakat perniagaan Puan Siti Salbiyah Eksan. Modal perniagaan telah diterima dari LZS dan MAIS membantu dalam memberi kursus-kursus berkaitan perniagaan. Dengan penerimaan zakat perniagaan yang diterima, Puan Siti Salbiyah dapat membuka sebuah butik dengan hasil jahitannya sendiri.










 Alhamdulillah dengan hasil zakat yang dikeluarkan oleh pengeluar zakat dalam membantu Puan Siti yang merupakan ibu tunggal dalam menyara empat orang anak yang masih belajar. Sejuk hati melihat kegembiraan yang terpantar diwajah Puan Siti.. Alhamdulillah..



****oklah nnti Mrsyanie sambung jelajah seterusnya.. Nanti kan tau...yeahhh hihihhi



Till Next Entry ye!!
Salam Sayang
















Labels: ,