BUFFET RAMADHAN PILIHAN 2015: BGR RESTAURANT

Assalammuaaikum w.b.t

BUFFET RAMADHAN PILIHAN: BGR RESTAURANT | BANGI GOLF RESORT | Bulan Ramadhan tidak lama lagi bakal umat Islam meraikannya dan bakal kita sambut dengan ibadat puasa. Moga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan tahun ini. Aamin. Sempena bulan Ramadhan ini, Bangi Golf Resort Restaurant merupakan salah satu restaurant yang akan menyediakan sajian Buffet Ramadhan.. KAMBING BAKAR MENU UTAMA...!!


Bangi Golf Resort Restaurant | BANGI GOLF RESORT


Rasa tak sabar nak tunggu bulan Ramdhan kan, bukan sahaja kita boleh gandakan pahala dan mengawal nafsu. Malah kita juga boleh merasai juadah berbuka yang sangat istimewa dari pelbagai restaurant. hihihi.. 


Bangi Golf Resort Restaurant juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam menawarkan juadah berbuka puasa yang istimewa dan menarik. Buffet Ramadhan nya akan bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015 dengan menu yang ditawarkan sehingga 200 jenis pilihan menarik. Konsep yang ditekankan adalah masakan Melayu TETAPI Bangi Golf Resort Restaurant juga menyediakan sajian Barat dan masakan Timur yang sangat digemari ramai. 





Tengok sahaja menu nya pun dah menggiurkan dan membangkitkan selera, tambahan pula dengan menu Utama yang dicari-cari adalah Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak. Dimana para tetamu dapat melihat sendiri Cooking Showcase kambing bakar yang dipanggang diatas bara api.



Selain itu terdapat juga juadah kuih muih tradisional dan moden.



Buffet Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort Restaurant memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini membolehkan tetamu menyaksikan sendiri secara langsung chef-chef BGR yendeiakan hidangan yang diketuai oleh Ketua Chef BGR iaitu Chef Kamaruddin yang sangat peramah dan sporting habis hihihi. Kata Chef Kamaruddin ''Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenlaan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan''. 

Satay pun ado...memey feveret Mrsyanie lah ni hihihi...

Ulam ulaman antara menu yang wajib jika bertemakan makanan Melayu. Bukan sahaja Melayu suka ulam dan sambal belacan, malah kaum-kaum lain seperti Cina, India dan sebagainya juga suka dengan ulam ulaman dan sambal belacan. 







Parking?? Jangan risau, pihak Bangi Golf Resort Restaurant menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta secara percuma. Selain itu paling utama adalah SURAU juga disediakan. Korang boleh berhenti seketika sewaktu solat Magrib untuk menunaikan kewajiban dan selepas itu boleh sambung makan balik. Suraunya selesa dan juga disediakan telekung. Chef Kamaruddin kata tahun depan bina Masjid pula bagi memudahkan para tetamu. yeahh...!! Tetamu juga akan dipersembahkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara LIVE oleh sebuah kumpulan kugiran bermula jam 630 petang sehingga 930 malam setiap hari.




Pakej Buffet Ramadhan yang ditawarkan:

Dewasa: RM55
Kanak-kanak: RM27


Harga dengan juadah buffet yang disediakan sangat berbaloi dan puas hati. Mrsyanie cadangan Bangi Golf Resort Restaurant tempat pilihan buffet 2015 yang paling best.. Buat tempahan awal tau. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

No Telefon: + (603) 8925 3728  atau  + (603) 8210 0265

Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Bary Bangi, 43650, Selangor, Malaysia

Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E

Wave: Bangi Golf Resort Restaurant

Laman Web: https://wwwbgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

Email: bgb.bangigolf@gmail.com

Waktu operasi: 6.30 pagi - 9.30 malam (setiap hari)





** Bangi Golf Resort Restaurant juga menawarkan pakej Perkahwinan, Majlis makan malam, Seminar dan majlis-majlis lain.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,