Domain: Nama Blog

Assalammualaikum w.b.t

Domain: Nama Blog | Alhamdulillah akhirnya Mrsyanie dapat menukar nama blog lebih formal menggunakan dot com... Mrsyanie mula berblog pada tahun 2010, kini hampir 5 tahun lebih bersama-sama dengan blogspot.com. Akhirnya kini blog Mrsyanie telah bertukar nama dengan lebih formal menggunakan dot com iaitu www.yanieyusuf.com.

Walaupun dah lama mula berblog tapi tidak seaktif sekarang, banyak lagi yang perlu dipelajari dan perlu dperbaiki. Pada mulanya tak tahu jugak apa itu domain, cam mana nk tukar nama web blog kita. Terima kasih kepada PCL dan Along team EFG (Exchange Feed Group) yang telah mengajar apa itu domain dan apa kelebihannya. Terima kasih korang. Kini pada 26 Mei 2015 Mrsyanie telah belajar bagaimana membuat domain dan berjaya membuat setting sendiri dengan bantuan dari blog Along. Alhamdulillah..

Antara Hosting yang boleh digunakan dan harga berpatutan adalah:

1) NetKL
2) DreamHost
3) Rajawali

dan banyak lagi web hosting yang menawarkan pelbagai pakej dan keselamatan. Yang itu anatara yang Mrsyanie tahu. hihi Mrsyanie gunakan NetKL kerana agak mudah dan harga juga berbaloi.Setahun hanya RM35.00 sahaja. 


Untuk dapatkan lebih terperinci apa kelebihan domain korang boleh layarai :

http://www.nazlee.com/2015/04/ada-perancangan-nak-majukan-blog-anda.html?m=1

Dan

Untuk cara-cara memasang domain atau setting (untuk penggunaan NetKL) :

http://www.rahimaim.com/2015/05/tutorial-beli-domain-dari-netkl-dan.html



Pada yang masih belum menggunakan domain/ dot com tiada masalah tetapi mungkin ini merupakan satu langkah buat korang untuk terus menceburi bidang blogger lebih mendalam. Masih banyak lagi Mrsyanie perlu pelajari. :)

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,