Hong Kong Macau Trip | Part 4 | Macau | Last Day

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Macau Trip | Part 4 | Macau | Dah seharian pusing Macau, keesokkannya kami perlu bergegas ke Terminal Ferry untuk kembali ke Hong Kong. Sebelum kami ke Terminal Ferry, kami perlu menaikki bas tapi duit tak cukup??....


Duit kecil tak cukup untuk tambang bas ke Terminal, Terpaksa jugak pecah duit besar (tukar) sebab bas di Macau tidak akan kembalikan wang baki tau. yelah Duit cukup-cukup untuk kami mencari souvenir untuk dibawa pulang. Tidak lupa juga buat family dan kawan-kawan. Terpaksalah cari yang agak murah sedikit tapi tak murah pun. Barang di Macau agak mahal jugak tapi kami dah riki siap-siap kedai mana yang jual murah. Kami perlu bajet sebab nak shopping plak kat HK kan. hihi Nak tak nak kena jugak tukar duit lebih.







Lepas cek out kami terus ke Senado Square untuk beli souvenir dan antara yang best kami perlu cari Tart Telur. Tart Telur antara makanan yang femes di Macau. Kalau souvenir Fridge Magnet better korang cari yang bentuk 'Cip token ala-ala judi', ok bukan suruh judi ye. Ia merupakan simbol bagi Macau. Bukan betul pun, hanya gambar  dan bentuk je sama. ehh hihih.. Sempat gak lah pusing semula dataran Senado Square pagi-pagi. Agak lapang sket sebab belum dipenuhi dengan pelancong ( ate nya udah datang awal pagi kan, deme dok tido lag hihih) Leh lah bergambar dengan riang nya..

Tart Telur yang sedap!!! 
(tart telur ni kalu ada yang ragu jangan makan ye. 
Disini agak susah utuk dapatkan makan yang berlogo halal) 



Dah satel shopping kami terus ke bas station untuk ke Terminal Ferry. Bas yang perlu dinaiki adalah 10A jugak. Jadinya tak perlu risau ok, bas mana yang korang naik sewaktu datang bas tu jugak lah yang akan bawa korang kembali ke Terminal Ferry ye. Dapatlah tengok pemandangan Macau sepanjang perjalanan kami ke Terminal Ferry sewaktu dalam bas. Kalau dapat ditaja ke Macau memang Mrsyanie nak sangat datang semula ke Macau untuk ke lokasi yang Mrsyanie tak sempat pergi. Ada yang nak taja tak??hihihi



Tambang bas : HKD 3.20
(tips: korang kena sediakan wang kecil, 
jika wang besar tiada pulangan baki tau)


Setiba kami di Terminal agak awal dari waktu yang telah kami beli. Tapi disebabkan masih ada kekosongan tempat duduk untuk ferry yang awal, dapatlah kami tukar ke waktu yang awal. Kalau korang datang ke Terminal Ferry awal tak perlu risau. Leh tukar waktu ferry tapi jika ada kekosongan (banyak je kosong) ihihi.. sebab boat nya beso..




Ehh ehh auntie ni malu plak nak masuk snap gambar hihi.. dapat jugak ...




Wahh udah habis tentang Macau. Pastikan korang kalu ke Macau datang 2 hari atau lebih. Sebenarnya banyak lokasi dan aktiviti menarik yang boleh korang buat di Macau. Cepat sapa nak taja??hihih Nak pi Macau lagi...hihih.. Insya-Allah panjang umur, murah rezeki dan diredhai oleh Allah S.W.T nak datang semula ke Macau..hihihi tapi kena kasi jelajah negara lain dulu. Kalau ditaja on aja..hihihi..



Sambung : Hong Kong Trip Part 3

 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


Labels: , ,