Jom Klik

FEED EFG

Hong Kong Trip | Part 1 | Ma's Restaurant | Avenue of Star

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Trip | Part 1 | Ma's Restaurant | Selepas selesai cek-in di hotel, Kami rehat sekejap kasi tenaga semula untuk misi pencarian makan hihi.. Kami dah target restaurant halal yang akan femes dikalangan blogger iaitu Ma's Restaurant.





Lokasi nya terletak di jalan Poplar Streets.No 21-25 Cheung Sha Wan Road Shop A. Pada mulanya waktu misi mencari Ma's Restaurant  hampir putus asa dah tau. Banyak bertanya tapi ada juga yang tidak tahu lokasinya. Pusing-pusing akhirnya my cousin nampak jugak Ma's Restaurant. Syukur. Ramai kata sini wajib datang kerana ia merupakan menu masakan Cina tetapi Halal. Tu yang penting tau.Korang boleh rujuk:  Makanan Halal.

Dari TST kami perlu naik MTR untuk ke Ma's Restaurant yang terletak di Kawloon. 















Kami order lah sorang satu menu, ya ampun banyak gler kuantiti yang dihidangkan. serius tak habis..huhuh sedih tau tapi kenyang sangat rasanya. Kami dah tekad untuk next misi mencari makanan perlu share. Beli 1 menu dan share sebab di Hong Kong kuantiti yang dihidangkan snagat banyak. Cukup untuk 2 orang makan tau, itu pun kekadang tak habis walaupun 2 orang makan. Harga sangat berbaloi dengan kuantiti.

Total makan: HKD 189.00

Avenue of Star:
Selepas makan kami terus ke Avenue of Star, so excited nak tengok show Symphony of Light. Start pada jam 8.00 malam tapi agak kecewa sebab cuaca pada malam tu agak kurang baik. Mendung berawan dan ada hujan rintik-rintik seketika. Jadinya tak dapat tengok kecantikkan Symphony of Lights. Tak sempat nak pusing habis di Avenue Of Star pun sebab dah nak hujan. Hotel kami tidak jauh pun dengan Avenue of Star hanya belok ke kiri dar Chungkin Mansuon punya pintu nak keluar. Jalan kaki dalam 10 minit sampai tapi disebabkan masa tidak mengizinkan untuk kami ulang semula ke Avenue of Star.


''The Avenue of Stars, modelled on the Hollywood Walk of Fame, is located along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui, Hong Kong. It honours celebrities of the Hong Kong film industry.''



















**sambung part 2 : Disney Land Hong Kong


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 comments:

FANPAGE

back off