Jom Klik

FEED EFG

Hong Kong Trip | Part 3 | Dim Sum Halal | Islamic Centre Canteen

Assalammualaikum w.b.t

Hong Kong Trip | Part 3 | Dim Sum Halal | Hari yang ke 4 di Hong Kong selepas 1 malam di Macau. Selepas sampai di Terminal Ferry China, kami berjalan menuju ke MTR untuk meneruskan jelajah kami semula di Hong Kong (HK). misi kami sampai je ke Hong Kong selepas berjimba di Macau adalah.....

Kami naik MTR dari TSIM SHA TSUI (TST) ke WANCHAI (WC) untuk menuju ke Makanan Halal Dim Sum. Kalau korang datang ke Hong Kong antara makanan wajib adalah Dim Sum. Tetapi mana nak cari yang halal??? Yeahh ni konpom halal kerana ianya diusahakan oleh Cina Muslim di HK dan perniagaannya beroperasi di Kantin Masjid di HK. 



Setibanya kami di WC antara yang menariknya adalah  keretapi (macam bas) double darker waahhh..Sangat menarik, ikutkan memang nak naik tapi kami bergegas untuk ke  Islamic Centre Canteen.   Kalu korang naik MTR sampai di station WC, keluar terus ke kiri. Agak susah sedikit untuk tahu lokasi Masjid kerana tiada signboard. Agak jauh jugak korang jalan dari MTR WC ke Masjid. Tapi tak pe demi Dim Sum yang sedappp.. Kena jugak laluinya hihih.. korang jalan terus hingga jumpa McD dan terus lagi. Landmark nya adalah bangunan dibawah ini..


Ada lorong di depan Kedai Istanbul (kedai halal)



Inilah dia Masjid A mmar






Pastikan korang datang mengikut waktu ye.. Kalau lewat tak dapat lah korang rasa, Waktu operasinya adalah:

Isnin- Jumaat & Ahad: 10 am-1pm & 2pm-6pm
Sabtu: 10am-2pm sahaja.


Ringkasan:

Harga tiket MTR:: TST ke WC : HKD 9.00
Harga tiket MTR:: WC ke TST : HKD 8.10

Harga Dim Sum:: HKD 188 
(termasuk nasi putih tambahan nak makan dalam hotel hihih)


Perut dah kenyang moh kita balik cek in hotel di kawasan TST jugak, satu bangunan dengan Hotel Canada (1st day sampai ingat lagi tak??) Di bangunan Chungking Mansions.




**sambung part : Ladies Market


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

9 comments:

  1. Replies
    1. best tapi tak cukup rasanya..cam nak pi ;lagi jew hihih

      Delete
  2. Yanie ... Hong Kong bersih tak?
    Fav bonde tu Dim sum

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat dimsum ni bersih sebab dalam masjid.. kbanyakkan tempat bersih tp ada jugak yg kurang bersih..

      Delete
  3. seronoknya dapat bercuti ke hongkong

    ReplyDelete
    Replies
    1. arz rasa teringin nak pi lagi..tak puas tau..

      Delete
  4. seronoknya dapat bercuti ke hongkong

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cik mimin.. best..tapi 5 hari tak cukup rasanya..

      Delete
  5. Hai Yanie...Sedapnya dinsum kt situ kan...adehhh teringat pulak...bila la nak repeat HK trip lg...best2..

    ReplyDelete

FANPAGE

back off