Jom Klik

FEED EFG

Hong Kong Trip | Part 3 | Ladies Market

Assalammualaikum w.b.t


Hong Kong Trip | Part 3 | Ladies Market| Tempat shopping wajib pergi di Hong Kong adalah Ladies Market.. Pelik gak naper Ladies Market mungkin sebab perempuan je kot suka shopping hihih.. i love shopping...





Ingat lagi tak entry Mrsyanie yang makan Dim Sum halal di Hong Kong?? Ini sambungan hari yang sama lepas Mrsyanie makan Dim sum di Canteen Masjid Ammar, Hong Kong. Ok kang korang tak paham lak kan.. Baca dulu ye entry Dim Sum.

Sampai di TST, kami chek in di Hotel Delta di Chungking Mansions.  Hotel di Hong Kong mostly memang kecil saiz biliknya. Tapi hotel Delta kami dapat 2 katil single. Agak selesa bilik yang disediakan cuma tempat minuman air panas kedepan kaunter, payah sedikit untuk kami ambil air panas. Tapi tak ada maslaah masih berada dalam keadaan selesa. 





Cantikkan.. dan selesa.
Kami dah chek in, rehat jap untuk solat dan rebahkan badan sebelum kami teruskan misi shopping... Selalunya memang akan hari terakhir kebanyakkan orang akan shopping beli survenir untuk dibawa pulang, samada simpanan peribadi atau family. Bagi Mrsyanie perkara wajib yang dibeli adalah Fridge magnet. Tapi di Hong Kong kalu korang nak shopping bawa duit banyak-banyak tau hihih.. Mrsyanie beli mana yang cukup jew..hihi




Menunggu lift . Kalu korang nak tahu bangunan di Chungking Mansions  agak tinggi. Hotel kami paling atas sekali bertingkat 16 tau. dan lift yang disediakan hanyalah 2 sahaja. 1 lift akan berhenti di tingkat nombor ganjil dan 1 lagi lift akan berhenti di tingka nombor genab.


Ladies Market | 

Seperti biasa kami akan menggunakan MTR (sama seperti LRT) untuk ke Ladies Market. Untuk ke Ladies Market perlu turun di station Mong Kok (bukan Mong Kok Timur). Ambil pintu keluar E2 dan jalan terus ke jalan arah Tung Choi Street. Kalu keluar je dr MTR jalan terus jew. akan Jumpa market macam Petaling Street.



  
Kalu korang nampak singborad ni lah untuk laluan keluar masuk dari MTR Station Mong Kok.







Muka happy kot leh shopping.. hihih.


ehh terjumpa kereta comel ni.. DUCK 2 


Nak kasi tips sket nak shopping. Kalu korang berkenan dengan sesuatu barang contoh baju Hong Kong jalan seluruh kedai dulu survey dan jika dah berkenan tawarlah sampai dapat hihi.. Baju tshirt HK boleh dapat 8 pasang dengan harga HKD 100 tau. Korang kne pandai tawar menawar tau. Tapi jangan tawar menawar habis-habisan lepas itu tak jadi beli hihih.. Boleh tapi korang kena marah nanti.

Hotel Delta: HKD 213
Fridge Magnet 3 PEK : HKD 100

MTR
TST - Mong Kok : HKD 5.00

Kami ronda-ronda sampai malam jugak. Penat shopping terus balik hotel dan siap-siap beg untuk pulang esoknya. 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 comments:

  1. bestnyer boleh jln2 overseas...belum ada rezeki lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah next time Ummul plak ye..Jom gi sama2..

      Delete
  2. Replies
    1. jom lah rara... kita hangout sama-sama..

      Delete

FANPAGE

back off