MAD MAX 2015

Assalammualaikum w.b.t


MAD MAX 2015 | Filem 2015 yang diberi 5 star. Cerita yang membawa kepada 18 tahun keatas keganasan.


MAD MAX (FURY ROAD) 2015 |


Filem MAD MAX (FURY ROAD) 2015 dibintangi oleh pelakon hebat Tom Hardy sebagai Max Rockatansky dan Charlize Theron sebagai Imperator FuriosaMAD MAX (FURY ROAD) 2015 mengisahkan tentang kejatuhan tamadun dimana semua telah dimonopoli oleh golongan kejahatan. Sekiranya bukan pengikut akan hidup dalam keadaan yang sangat teruk dan kebuluran. Kisah yang menceritakan taksub pengikut terhadap ketua mereka. Dimana tiada lagi Pihak Berkuasa, tiada teknologi moden dan tiada pembangunan.


Filem MAD MAX (FURY ROAD) 2015 bermula apabila Imperator Furiosa telah melarikan isteri-isteri Immortan Joe dari keganasan dan kezaliman Immotan Joe. Ia juga dibantu oleh Max Rockatansky untukmembawa isteri-isteri Immortan Joe ke kampung yang dikatakan kawasan hijau. Dalam perlarian mereka telah di kejar oleh Immortan Joe kerana Immortan Joe memerlukan zuriat-zuriat dari isterinya. Pelbagai aksi dan dugaan yang mereka hadapi untuk teruskan perjalanan mereka ke kawasan Hijau.


Tetapi benarkan kawasan hijau masih wujud?? ha korang kena lah tonton sendiri filem MAD MAX (FURY ROAD) 2015 ini. Tapi ingat ye 18 tahun keatas sahaja kerana unsur-unsur ganas yang dipaparkan. Mrsyanie kasi 5 bintang untuk cerita ini, serius sangat best dengan pelbagai aksi tetapi agak ganas sedikit dan tidak mengantuk tonton filem ni.. best!!!


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: