Jom Klik

FEED EFG

PENJAGAAN MATA DAN KANTA LEKAP

Assalammualaikum w.b.t

PENJAGAAN MATA DAN KANTA LEKAP | Adakah anda pengguna kanta lekap ?? Kekerapan anda menggunakan kanta lekap dalam seminggu?? Berapa jam sehari anda menggunakan kanta lekap? Persoalan ini sume perlu anda tanya pada diri anda jika anda pengguna setia kanta lekap. Tak tahu apa itu kanta lekap?? atau nama lain yang selalu di sebut adalah contact lens. Ok itu dalam bahasa inggeris. 

Setelah hampir 5 tahun Mrsyanie tak menggunakan kanta lekap kerana keadaan mata yang agak kurang membenarkannya. Agak lama jugak ditinggalkan. Mrsyanie mula berjinak menggunakan kanta lekap ketika usia 18 tahun selepas SPM. Mula menggunakannya ketika berada dalam Program Khdimat Negara siri pertama 2004 di Timah Tasoh, Perlis. Aktiviti lasak membawa Mrsyanie untuk menggunakan kanta lekap. Ingat lagi Mrsyanie keluar outing selepas dapat duit elaun rm100 ketika itu. Beli lah kanta lekap bagi memudahkan Mrsyanie menjalani aktiviti lasak. Tetapi berhenti ketika tahun 2011 selepas berkahwin kerana mata mula tidak tahan dengan penggunaan kanta lekap. Mata cepat kering.

Hampir 4 tahun jugak lah rehatkan mata dari menggunakan kanta lekap sebab Mrsyanie belum jumpa lagi kanta lekap yang boleh tahan dengan mata kering. Semalam terdetik plak nak pakai kanta lekap kebetulan plak memang nak tengok wayang di Rawang cerita 'Tomorrowland'. Nanti entry seterusnya Mrsyanie review kan tentang Filem 'Tomorrowland' tau. 



Tips yang boleh diguna untuk membuat pemilihan dan penjagaan kanta lekap yang sesuai :-

  1. Pastikan anda memilih kanta lekap yang dapat memberi  pengudaraan (oksigen) dan kelembaban. (yang bersesuaian)
  2. Penggunaan solution yang tahan lama dan yang mempunyai fungsi penyimpanan yang baik untuk kanta lekap
  3. Sebelum penggunaan kanta lekap pastikan anda mencuci tangan sebersihnya dengan sabun dan dibilas dengan air yang bersih.
  4. Pastikan mencuci kanta lekap sebelum menggunakannya selepas penyimpanan dalam bekas kanta.
  5. Sebelu  penyimpanan kanta lekap, pastikan bersih terlebih dahulu kanta lekap anda dengan solution supaya penyimpanan dalam keadaan bersih.
  6. Jangan guna kanta lekap yang tamat tempoh. Jika kanta lekap anda hanya tahan selama 1 bulan pastikan jangan guna kerana bimbang akan memudaratkan mata anda.
  7. Elakkan pembelian kanta lekap yang tahan 3 bulan kerana bimbang kerosakkan kanta lekap yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. (Jika boleh guna yang tahan hanya 1 bulan, pastikan anda tukar setiap bulan walaupun kekerapan penggunaan agak minima)
  8. Elakkan penggunaan kanta lekap lebih dari 8-12 jam.
  9. Elakkan anda tidur dengan penggunaan kanta lekap, pastikan anda membuka terlebih dahulu kanta lekap.
  10. Pastikan anda membeli kanta lekap dengan yang telah telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Jangan anda menggunakan kanta lekap yang tiada kesahihan atau kanta lekap yang boleh merbahayakan mata anda.
SAYANGI MATA ANDA!!!

Mata yang kering akan menyebabkan kita kurang selesa, mata cepat merah, terasa panas dalam mata dan akan menyebabkan pening. Jadi Mrsyanie telah disyorkan oleh pakar kanta lekap AIR OPTIX® AQUA kerana fungi kanta lekap nya yang dapat memberi oksigen kepada mata yang kering.


AIR OPTIX® AQUA contact lenses have a unique ultra-smooth surface technology that creates a protective layer of moisture at the surface that resists irritating deposits.
  • Clear vision and Consistent comfort.
  • Protective layer of moisture at the surface that resists deposits all month long
  • Up to 5X more oxygen than traditional soft contact lenses for white, healthy-looking eyes.




Bagi solution pula Mrsyanie disyorkan dengan solution OPTI-FREE® PureMoist®. Agak mahal jugak solution ini berbanding dengan solution yang lain dipasaran. Tetapi tak pe kita cuba dulu, sayang mata anda tau. Kelbihan solution ini adalah mampu tahan selama 16 jam untuk penyimpanan kanta lekap (16 hours moist lenses).







Selamat mencuba. :)


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 comments:

  1. mimin user. kadang2 terlupa dgn penjagaannya

    ReplyDelete
  2. kita takut nak guna. x berani nak masukkan end up pakai je la spek. wuwuwuw

    jemputla ke blog kita pulak. http://norainiazhari.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Info yang berguna mengenai cara-cara penjagaan kanta lekap dan kanta sentuh yang betul. Selain itu, ada baiknya juga bagi mengelak sebarang komplikasi mata seperti alahan, kita menggunakan cecair pencuci yang mempunyai jenama yang sama dengan kanta lekap yang dipakai. Dan kanta lekap itu, mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bagi menghindar kita daripada tertipu dengan produk-produk tiruan dan berkualiti rendah.

    ReplyDelete

FANPAGE

back off