Projek Iqra' Membantu Ummah

Assalammualaikum w.b.t

Projek Iqra' Membantu Ummah | Dalam kita sibuk memikirkan shopping raya untuk diri sendiri, pernahkah anda memikirkan untuk bersama-sama shopping raya bersama anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan asnaf? Projek Iqra telah melancarkan acara tahuanan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra seMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yantin, fakir miskin dan golongan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra.

SHOPPING RAYA 2015

{{Ramai mungkin tidak memahami apa itu Projek Iqra? Projek Iqra telah ditubuhkan oleh tiga orang sahabat baik yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.}}

Antara yang terlibat dalam Program Shopping Raya 2015:
1. Anak yatim asnaf 2. Anak-anak asnaf 3. Ibu tunggal
Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.
Semoga dengan bantuan dan sumbagan anda walaupun sedikit dapat memberi seribu makna bagi mereka yang memerlukan. Dengan harapan:    

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia

No Akaun: 5648-1050-4003 (Akaun Maybank)

Email: info@projekiqra.com

No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)

Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Untuk lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor di bawah:
- Solleh (0176702033)
- Sharifah (0172748904)
- Khairul anuar (0167361067)
www.projekiqra.com
Mohon disebarkan. Moga Allah memberkati usaha murni kita. Terima kasih
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,