Apa kaitan "Warna & Kerjaya"?

Assaalammualaikum w.b.t


Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya


Apa kaitan "Warna & Kerjaya"? | Betul ke warna ada kaitan dengan kerjaya sebenar anda? Baru-baru ini Mrsyanie telah menghadiri Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya sempena Majlis Perlancaran DVD MYRYL yang dianjurkan usahasama Ben Ashaari (Kelab Blogger Ben Ashaari) dengan “Master Yourself Revamp Your Life” (MYRYL).


Apa itu sebanarnya Workshop MYRYL?

“Master Yourself Revamp Your Life” (MYRYL) ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Puan Shuhada Alauddin 3 tahun dahulu. MYRYL menjadi antara syarikat pertama yang menawarkan kursus dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkahlaku (behavioural analysis). Kelebihan mereka: membantu individu membuat pertukaran kerjaya dan memulakan perniagaan. Maknanya membantu seseorang mengenal kerjaya sendiri mengikut kepakaran diri dan mengenali diri sendiri secara dalaman dan luaran.



“Master Yourself Revamp Your Life” (MYRYL)

Apa kaitan "Warna & Kerjaya"? Yup, Mrsyanie pada mulanya terpikir apa kaitannya Warna dengan Kerjaya. Selepas Mrsyanie hadir ke Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya baru paham. Warna mempunyai geteran yang dapat mempengaruhi setiap tingkah laku dan perbuatan kita. Apakah pilihan warna anda? eh bukan main pilih je, Setiap diri masing-masing mempunyai warna tersendiri. 

Dalam Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya  Mrsyanie di beri terapi dalam mengenal warna diri. Bagaimana nak tahu? korang kena datang Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya yang dianjurkan oleh MYRYL atau korang boleh dapatkan DVD Warna dari MYRYL. Nantikan Mrsyanie sharekan mengenai DVD. Hampir 90% yang terapi yang dijalankan adalah tepat dengan personaliti Mrsyanie. 





Sesi mengenali diri anda dan
 mengenali personaliti anda berdasarkan
 warna dan nombor.


Warna & Nombor

Bukan warna diri sahaja yang korang boleh pelajari dalam Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya tetapi Nombor juga mempunyai sifat-sifat personaliti yang melambangkan personaliti diri. Nombor yang telah dianalisis bagi Mrsyanie adalah Nombor 7 sama bagi nombor luaran dan dalaman. Sifat nombor 7 ini adalah ceria dan mudah berfalsafah tetapi mudah meragui dan tertekan. Betul tak pada yang menegnali diri Mrsyanie? hihi mesti siapa yang kenal akan kata Yes. :)

Apa nombor luaran dan dalaman? Nombor luaran adalah bagi personaliti luaran dan bagi dalaman pula adalah analisis bagi personaliti dalaman kita, ianya sama seperti warna dalaman dan warna luaran. 

Bersama rakan blogger yang lain dan aktiviti yang dijalankan sepanjang Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya:-





Alhamdulillah selamat sampai Tgmalim,Perak jam 6 petang (singgah kejap rumah Pakcik di Rawang). Tak sia2 menuntut ilmu ke Bangi. Mula-mula terpikir nak pi ke tak bengkel ni. Syukur kuat hati kata pergi, gigih drive sorang-sorang untuk menuntut ilmu. Ilmu yang memberi semangat untuk kita berjaya dan membuka minda Mrsyanie utk teruskan mencapai impian. Jika tiada usaha, mana nak dapatkan. Lain dari kursus yang Mrsyanie pernah pergi. Ingat jika impian terlalu besar apa kata capai dulu impian yang kecil. Jadikan kepingan-kepingan yang kecil. Insya-Allah dari impian yang kecil membawa kita ke impian yang besar. 

Terima kasih "Warna & Kerjaya" oleh MYRYL dan KBBA.




Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel selanjutnya, bolehlah ke 
Website MYRYL: www.myryl.net
Instagram: @myrylpoint

Media Contact: Nadhir Nordin, nadhir@myrylpoint.net
Mobile No:  019-9390135  



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , , ,