BERBUKA DI BGR BERSAMA KELUARGA

Assalammualaikum w.b.t

Bangi Golf Resort

BERBUKA DI BGR BERSAMA KELUARGA | Dapat jugak Mrsyanie tunaikan hajat dihati nak bawa MakAbah ke Buffet Ramadhan resort/hotel setelah sekian lama kami sekeluarga tak berbuka di Buffet Ramadhan resort/hotel bersama. Alhamdulillah...


Berbuka puasa di Bangi Golf Resort



Syukur kerana diberi kesempatan membawa MakAbah Mrsyanie berbuka puasa bersama di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi. Memang dah berhajat nak bawa MakAbah berbuka bersama secara buffet di hotel/resort. Agak lama jugak tak berbuka buffet bersama dengan MakAbah. Kali terakhir kami berbuka puasa secara buffet di hotel sewaktu zaman Mrsyanie bujang tau, waktu duduk di Kedah. Hampir beberapa tahun jugak lah. 

Bukan kami tak berbuka puasa bersama dengan MakAbah, uikk jangan salah faham plak.!!! aippp hihi Selalu kami berbuka bersama setiap tahun tetapi hanya di rumah MakAbah sahaja kerana mudah untuk kami adik-beradik berkumpul bersama. Setiap tahun pasti minggu pertama Ramadhan kami akan berkumpul bersama berbuka di rumah MakAbah. Masakkan Mak tak dapat dinafikan sangat sedap!!! Kami kalau berbuka di rumah MakAbah mesti bertambah-tambah makan. Alhamdulillah. 

Kalau setiap tahun jika kami berbuka diluar dengan MakAbah selalunya d restaurant atau kedai makan Tomyam gitu. Kali ini Mrsyanie bawa ke Bangi Golf Resort plak secara buffet, jauh sket berbuka puasa diluar tahun ini. Masih ingat lagi tak Mrsyanie pernah membuat review Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort? Korang boleh layari : Bangi Golf Resort








Kesayangan Mrsyanie :)

Terima kasih jugak buat Bangi Golf Resort, Bella dan Mommy Irra kerana memberi voucher Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi. Untuk dapatkan maklumat menegnai Bangi Golf Resort hubungi:


No Telefon: + (603) 8925 3728  atau  + (603) 8210 0265

Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Bary Bangi, 43650, Selangor, Malaysia

Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E

Wave: Bangi Golf Resort Restaurant

Laman Web: https://wwwbgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

Email: bgb.bangigolf@gmail.com

Waktu operasi6.30 pagi - 9.30 malam (setiap hari)





Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,