#Cabaran20Hari : APA ERTI PUASA PADA SAYA

Assalammualaikum w.b.t

#Cabaran20Hari 

#Cabaran20Hari : APA ERTI PUASA PADA SAYA | Bermula hari ini kita menyahut cabaran program #Cabaran20Hari. Mana tahu Mrsyanie berpeluang memenangi hadiah saguhati terawal. hihih Korang jugak boleh join tau jom KLIK  untuk keterangan lanjut.


ERTI PUASA

 APA ERTI PUASA ?


Puasa dalam bahasa Arab adalah shoum yang bermaksud menahan diri dari sesuatu. Menurut istilah puasa adalah menahan diri dari segala sesuatu yang bleh membatalkan puasa dimulai dari terbit fajar (subuh) sehingga terbenam matahari (magrib). Puasa adalah salah satu Rukun Islam yang merupakan ibadah yang diwajibkan keatas umat Islam yang dijalankan di Bulan Ramadhan.


APA ERTI PUASA PADA SAYA


APA ERTI PUASA PADA SAYA?

Puasa adalah ibadah yang dapat membantu dalam menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Selain itu, puasa adalah salah satu cara untuk Mrsyanie mengawal segala nafsu seperti nafsu makan, nafsu pandangan dan sebagainya. 

Puasa juga membantu badan meneutralkan semula kesihatan dalaman kerana Mrsyanie dapat mengawal pemakanan dan boleh diet gitu. Puasa adalah cara diet yang paling terbaik tau. Sekurang-kurangnya Mrsyanie dapat merehatkan organ pencernaan dari berfungsi setiap masa untuk memproses permakanan yang telah Mrsyanie makan. Betul tak? Betapa indahnya Islam kerana setiap amalan yang diwajibkan membawa kebaikkan kepada hamba-Nya. Alhamdulillah.


Selain itu, erti puasa bagi Mrsyanie adalah kesabaran dan keampunan. Bila kita berpuasa, secara automatik kita akan mengawal setiap perlakuan dan bahasa. Puasa juga dapat mengawal kemarahan dan panas baran dalam diri yang menbawa kepada sifat kesabaran.

Selepas berpuasa selama sebulan, Kita akan menyambut kemenangan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal. Disini dapat melahirkan kemaafan dalam diri kita dan memaafkan orang lain. Sangat indah bila tiba Hari Raya dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak-saudara. Ia merupakan kemenangan bagi umat Islam yang menjalani ibadah Puasa selama sebulan.

Jadi sebagai umat Islam yang cukup syarat, jangan tinggalkan puasa korang (kecuali yang di haram kan puasa tetapi korang perlu ganti tau!). Hargai dan rasai bulan puasa dengan sempurna, kerana bulan puasa segala kebaikkan, nikmat dan pahala berlipat ganda diberikan kepada umat Islam. Perbanyakkan doa kerana bulan mulia ini doa dimakbulkan oleh Allah S.W.T.... Insya-Allah. Kawan-kawan doakan juga buat Mrsyanie diberikan zuriat ye aamin. :)


Akhir kata, APA ERTI PUASA PADA ANDA hanya diri sendiri dapat merasainya. 
Salam Ramadhan. 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: , ,