#cabaran20hari: Menu Wajib Bulan Puasa

Assalammualaikum w.b.t

Menu Wajib Bulan Puasa

#Cabaran20Hari: Menu Wajib Bulan Puasa |  Bagi sesetengah orang pasti nak ada menu wajib ketika berbuka puasa kan?? Bagi Mrsyanie, menu berbuka itu tiada yang wajib tetapi jika buah tu wajib kena ada. Menu wajib memang tidak ada sebab bagi Mrsyanie apa yang rasa nak makan pada hari tersebut ha itu lah yang Mrsyanie masak dan makan. Yelah setiap hari menu berbuka Mrsyanie berbeza dan sejak berumahtangga ada Mrlaling kena jugak pikir menu untuk dua-dua boleh makan kan.





Buah Menu Wajib Berbuka

Buah yang wajib adalah Buah Kurma. Buah Kurma wajib ada ketika bulan puasa. Makan Kurma sewaktu berbuka sangat digalakkan kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi menu berbuka memang tiada yang wajib, mana yang sedap memang layan jew ketika berbuka. hihi.. ermm agak-agak nak masak apa hari ini untuk berbuka? Ada idea tak hihihi.. Selalunya Mrsyanie nak dapat idea akan google resepi-resepi yang boleh Mrsyanie masak. Antara menu berbuka yang 1st time masak adalah Gulai Ikan Masin Nenas dan Ayam Percik. Itu menu 1st time Mrsyanie masak khas untuk berbuka puasa tahun ini. Agaknya menu apa lagi yang belum pernah Mrsyanie masak tapi nak cuba tahun ini. :) hihi  


Apa menu wajib bulan Puasa korang plak? Jom sharekan. Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari




#Cabaran20Hari



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,