LOKASI PILIHAN SHOPPING RAYA

Assalammualaikum w.b.t

LOKASI PILIHAN SHOPPING RAYA

LOKASI PILIHAN SHOPPING RAYA |  Salam Ramadhan hari yang ke 13 kita berpuasa. Pasti ramai yang sudah siapkan persiapan raya diri dan anak-anak kan. Tapi bagi yang belum berkesempatan buat persiapan raya. Jom kasi terjah Lokasi Pilihan Shopping Raya tahun ini.



LOKASI PILIHAN



Setiap tahun Mrsyanie dan Mrlaling pasti akan shopping raya di lokasi pilihan kami ini. Lokasinya adalah JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN (TAR) dan shopping mall SOGO. Dua lokasi ini menjadi pilihan Mrsyanie dan Mrlaling mencari keperluan raya terutamanya baju raya. Lokasi nya pun berdekatan sahaja. Pasti ramai yang tahu 'hot place' ini kan. Memang lokasi dunia shopping, dimana setiap tahun akan ada promosi hebat dan diskaun hebat akan dijalankan disini. Disini juga pelbagai koleksi baju raya mengikut trend terkini ada dijual. Pelbagai jualan ada disini, antaranya Songkok, Sapin, baju Melayu trendy, Jubah, Baju kurung, Tudung, Kuih Muih, Biskut raya, Kasut dan sebagainya.


Sabtu yang lepas Mrsyanie, Mrlaling dan adik ke lokasi pilihan kami setiap tahun. Almaklumlah gaji dan bonus dah masuk. Beli siap-siap untuk bajet perbelanjaan kami kelak. cewah..Waktu shopping tak ingat dunia hahhaha.. Kami parking di SOGO, alhamdulillah mudah kami dpaat parking time tu. Kami sampai kira-kira jam 1.00 petang. Shopping dulu kat SOGO keperluan seperti kasut dan handbag. Ha itu lah buat diskaun kan dah terbeli hihih.. untung sogo. Tapi koleksi promosi tahun ini agak kurang yang menarik. Tapi beli gak sebab murah. Promosi kasut dan handbag sehingga 70 % potongan.

Selesai beli kasut dan handbag, kami terus ke Jalan TAR. Kalau nak beli baju kurung dan baju melayu, Mrsyanie memang suka beli di bazaar Jalan TAR dan di Semua House. Tahun ini Jubah menjadi pilihan raya Mrsyanie dan Mrlaling pula baju Melayu moden. Nak tahu design cam mana nantikan entry Hari Raya nanti. Kang tak surprise lah kan baju raya kami, cuma tema tahun ini adalah warna Biru. :)


Lagi satu yang menarik perhatian Mrsyanie di Jalan TAR adalah kuih muih yang bersaiz besar. Tengok gambar dibawah, mau tak tergoda kan. Tambahan pula Pau pedas memang menjadi feveret Mrsyanie. Kami beli Donut coklat (RM3/biji) dan 2 biji Pau pedas. Pau pedas disini mempunyai 2 jenis inti, iaitu sambal ikan bilis dan sarding. Harga nya sama sama RM2/biji. Mereka jual mengunakan roti yang terletak di depan Semua House



Jenuh pusing-pusing shopping tibalah masa berbuka. Kami berbuka di 'Food court' dalam SOGO di tingkat 7. Kalau korang planning untuk berbuka di 'Food Court' SOGO pastikan korang dapatkan tempat dulu seawal jam 5.00 petang. Kami sampai kira-kira jam 5.30 petang pun penuh tau. Nasib baik Mrlaling dapat juga tempat duduk, itu pun dekat dengan tangga bergerak (exculator). 

Menu berbuka puasa kami:

Nasi putih + sambal belacan + gulai perut = RM 3.50
Bihun Goreng =  RM6.90



Menu yang menarik perhtaian Mrsyanie adalah LOBAK GORENG.  Sebenarnya setiap kali datang SOGO mesti teringin nak rasa Lobak Goreng ini tapi takut plak tak sedap sebab lobak kan. Kebetulan meja kami dengan dengan tempat masak Lobak Goreng ni. Chef akan masak bila ada order sahaja. Ramai gak yang beli, ermm Mrsyanie assume mesti sedap ini. Pergi lah beli tak tahan dengan dugaan chef tu dok masak ketang ketung (Lupa plak amik gambar chef tu) hihi. Beli juga Lobak Goren RM5.80. Selesai berbuka dengan Bihun Goreng, rasalah Lobak Goreng ini. Nak tahu apa rasanya......
.
.
SEDAPPPPP!!!! betul lah patut ramai yang datang beli. Mrsyanie sempat tanya chef, ini memang Lobak Goreng ke? Yup Lobak putih yang dipotong dadu. Sangat lembut dan ada rasa crunch sket. Ala-ala kuey teow goreng pun ada jugak. Tapi sedap.



Selesai berbuka puasa kami sambung shopping kat sogo semula. Fokus pembelian pada baju jalan atau santai. Dapatlah 2 pasang seorang Mrlaling dan Mrsyanie. Kami shopping sehingga jam 9.00 malam.Parking yang dikenakan oleh pihak sogo hanya RM5.00 sahaja. Lepas itu kami terus misi ke AEON Mall Rawang pula. Ha buat apa? kami tengok wayang pula, dah penat berjalan shopping kan. Movie apa? Movie: Dark Places.  Best ke movie tu? Nantikan entrynya ye.


hasil rebatan kami :)
Jika korang tak sempat nak shopping ke sini, korang juga boleh shopping online. Ada pelbagai website yang menyediakan shopping online seperti Zalora, Lazada, Nile.com, dan sebagainya.


Happy shopping!!


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: ,