#Cabaran20Hari : RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS

Assalammualaikum w.b.t


RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS 


#Cabaran20Hari : RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS | Yang ni paling Mrsyanie suka sangat. Menu paling berselera dipagi hari ketika bersahur adalah..



MENU SAHUR


Menu sahur paling ringkas Mrsyanie adalah Nasi putih dengan berlauk Telur Mata Kerbau campur bawang dan cili api. Wah menaikkan selera makan Mrsyanie tau..haihh cam mana nak kurus lah kan kalu menu bersahur pun sedap hihi..Msryanie yakin mesti ini adalah menu paling selera untuk anak-anak bersahur kan.Teringat kalu bersahur di rumah family, telur dengan kicap menjadi pilihan kami. Sahur tu kan sunat yang dituntut..Hihi.. lagi sedap ada ikan masin makan dengan nasi putih panas- panas. Wahh tambah selera..Nak taip ni pun dah rasa lapor je.. apa pun menu sahur korang yang paling ringkas, pastikan korang bersahur ok..


Resepi Telur Goreng Bawang

Bahan:
Telur ayam
Bawang besar
Cili padi

Cara-cara:
1) Goreng telur pastikan kuning tidak pecah. Angkat apabial sudah masak.
2) Bawang besar dan cili padi yang telah dipotong, tumis sekejap supaya naik bau sahaja.
3) Taburkan cipi padi dan bawang yang telah digoreng sekejap atas telur mata kerbau tadi.

Sambal Kicap

Bahan:
Cili padi
Kicap
Bawang besar

Cara:
Potong bawang besar dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk kecil dan tambahkan kicap, gaul bagi sebati. Siap.

#Cabaran20Hari

Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


Labels: ,