Jom Klik

FEED EFG

Review: Jurassic World 2015

Assalammualaikum w.b.t

Jurassic World

Jurassic World 2015| The park is open!!.. Siapa yang dah pergi tonton Filem Jurassic World 2015?? Belum lagi ke.  Nak tahu best ke tak klik more.




Jurassic World 2015, Jurassic Park

Jurassic World merupakan filem 2015 yang ditayangkan pada 11 Jun yang lepas cukup menarik dengan setiap aksi, teknik cgi dan jalan cerita yang sangat best. Nampak real kot dinasournya. Sesuai untuk tonton keluarga, yang mengisahkan tentang Jurassic Park yang telah dbuka dengan pelbagai spesis dinasour.

Jurassic World 2015 dilakonkan oleh bintang terkenal Chris Pratt sebagai Owen,  Bryce Dallas Howard sebagai Clarie, Ty Simpkins sebagai Gray, Nick Robinson, Vincent D'Onofrio.

Jurassic Park yang teletak di Pulau Costa Rica yang sentiasa menerima kunjungan para pelancong dari pelbagai pelusuk negara. Setiap tahun mereka menghasilkan spesis dinasour yang baru sehingga para saintis mereka menghasilan Dinasour yang dikacukan dengan pelbagai spesis giant, brilliant dan hybrid dinasour sehingga melahirkan Dinasour yang sangat merbahaya, iaitu Indominus Rex.


Ianya bermula apabila Indominus Rex berjaya memperdayakan untuk keluar dari kurungan. Pelbagai cara untuk mengawal dan menangkap Indominus Rex tetapi tidak berjaya sehingga ia menyebabkan kekecohan di Jurassic Park. Ia menjadi lebih menarik apabila anak sauara Clarie hilang di Jurassic Park. Clarie terpaksa meminta pertolongan Owen untuk membantu mencari anak saudaranya yang datang untuk bercuti.


Jom kasi layan Trailer Jurassic World 2015:


Kali ini Mrsyanie tengok wayang bersama keluarga, ingat tak perjalanan Mrsyanie ke Ipoh. Kami berkumpul di rumah kakak di Ipoh. Dan ini kali pertama Mrsyanie tengok wayang versi Maxx Golden Screen Cinemas (GSC). Sangat selesa berbanding kerusi biasa dan harganya adalah sama dengan panggung biasa. 

ok ini adik Mrsyanie punya.. 
Mrsyanie tak dapat lah rate student kan..huhuh




Mrsyanie kasi 5 STAR untuk filem Jurassic World 2015 ini.
Harga tiket: RM13.50 (dewasa)

Warga Emas: RM9.50
Pelajar (kad pelajar, sekolah) : RM 9.50



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 comments:

  1. best! sedih tengok part yg dinasour semua mati tu. but journey budak2 dlm movie tu mmg best gila. kalau saya mmg tak survive kot x'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..sgt best.. cuma sedih time blue tpaksa tglkan owen..huhuh

      Delete

FANPAGE

back off