Jom Klik

FEED EFG

Royal Floria Putrajaya 2015 | Aktiviti Musim Cuti Sekolah

Assalammualaikum w.b.t


Royal Floria Putrajaya 2015 | Tarikan Pelancong Luar Negara | Setiap tahun Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Pesta Floria yang membawa korang mengenali alam flora yang terdapat di seluruh pelusuk Negara.  




Royal Floria Putrajaya 2015 


Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau FLORIA Diraja Putrajaya 2015 untuk kali yang ke 8 (lapan) pada 30 Mei hingga 7 Jun 2015 bertempat di Persint 4, Putrajaya. Untuk kesana jika tidak tahu jalan korang oleh wave dengan menaip Royal Floria Putrajaya.  Masih sempat lagi bagi sesiapa yang belum pergi, sangat bagus dijadikan aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah ini. 



Festival bunga-bungaan terulung negara ini telah dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran FLORIA 2014, yang telah diadakan di tapak kekal acara seluas 29 ekar yang dinamakan sebagai Anjung Floria.  FLORIA Diraja Putrajaya 2015 kini diuruskan sepenuhnya oleh Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya, berhasrat untuk sekali lagi melakar kalendar acara gemilang negara dengan memilih bunga Lily (Lilium) sebagai bunga tema dan Alunan Pancarona (Tapestry Of Hues) sebagai tema acara.




Yeahhh akhirnya Mrsyanie dapat jugak jejakkan kaki ke Royal Floria Putrajaya 2015. Tahun lepas tidak berkesempatan untuk datang, jadi tahun ini ambil peluang dating dengan Mrlaling di Royal Floria Putrajaya 2015 . Tak rugi datang sebab dapat bunga Ros tau dari Mrlaling. Sweet gitu. hihihi


Antara yang menarik adalah....ermm semua konsep yang dibina adalah menarik. Jadi kena lah pusing semua Zon. Walaupun cuaca agak panas tapi tidak mematahkan semangat para pengunjung dan pelancong untuk datang memeriahkan lagi  Royal Floria Putrajaya 2015. Banyak lokasi menarik dalam  Royal Floria Putrajaya 2015 antaranya yang sempat Mrsyanie kunjungi adalah Winter and Spring Garden. Ia merupakan konsep yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia tetapi masih perlu diperbaiki bagi pandangan Mrsyanie. Kenapa Mrsyanie kata gitu jom layan video ni. hihihi 

  video


Anjung Floria kini telah ditransformasi sebagai sebuah kawasan bertaman sepanjang tahun dengan pelbagai komponen menarik seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia. Selain itu sempat Mrsyanie bergambar di Pinwheel Garden dan banyak lagi spot-spot kawasan yang cantik.  










Ringkasan:

Harga Tiket Royal Floria 2015: RM5 (Dewasa), RM1 (Kanak-kanak)
Harga Tiket bagi Rumah Winter dan Spring: RM3.00 (dewasa dan kanak-kanak)

Pembelian tiket:


Untuk keterangan lanjut boleh layari: 

Website Royal Floria Putrajaya 2015

Facebook



*p/s: Cuaca agak panas, bagi keluarga yang membawa anak-anak dinasihatkan membawa payung dan air mineral secukupnya (boleh juga dibeli di booth jualan makanan dan minuman). 


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 comments:

  1. bestnye....mesti macam2 bunga ada kt cni kan..

    ReplyDelete
  2. kena repeat lagi ni, banyak lagi tempat tak jelajah dan bergambar..

    ReplyDelete
  3. Subjek utama ke sana nak bergambar je.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  4. kecewa gak tak berkesempatan ke sana tahun ni Yanie, thanks for sharing, dapat lihat foto pun jadilah hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana sempat lagi last 7 Jun...
      Ada pertandingan kucing antarabangsa tau....

      Delete
  5. Bonde exchange entri yg sama :)

    http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/lawatan-ke-royal-floria-putrajaya-31.html#comment-form

    ReplyDelete

FANPAGE

back off