Beraya Di Banting

Assalammualaikum w.b.t

Beraya Di Banting | Rumah siapa pulak Mrsyanie datang beraya jauh-jauh ni? Minggu yang lepas Mrsyanie dan Mrlaling berkesempatan untuk beraya di rumah rakan-rakan di Banting, Selangor. Amboi jauh kali ini Mrsyanie beraya tau. Agak-agak rumah siapa Mrsyanie terjah yek?


Tak sangka sebenarnya akan beraya jauh sampai ke Banting. Tak plan pun, sebenarnya Mrsyanie ada urusan yang perlu diselesaikan di Banting tapi tak jadi. Akhirnya aktiviti beraya lah menjadi pilihan dan tak sangka menjadi sambutan yang meriah. Sekali 3 buah rumah Mrsyanie jelajah di Banting sahaja.



Rumah pertama Mrsyanie beraya adalah rumah kawan Mrlaling. Kak Iza dan abg AS, orangnya sangat peramah dan sangat baik tau. Menu pun sangat special yang mereka sediakan, iaitu sup tulang. Sangat sedap!! Bukan Mrsyanie je dari Tanjung Malim tau beraya di rumah kak Iza. Tetapi ada 3 keluarga lain juga dan ada dari Kuala Lumpur, semuanya kawan-kawan sekolah Mrlaling dulu. Ala-ala mini reunion untk diorang, dan yang paling best Mrsyanie tak pernah rasa kekok dengan diorang sebab sangat peramah dan baik.



Tidak ketinggalan jugak dapat beraya rumah senior blogger iaitu PCL. Blogger yang sangat baik dan sentiasa memberi tunjur ajar pada Mrsyanie tau. Seronok dapat berkenalan dengan blogger senior kak Ros yang sangat peramah. Itu lah pertama kali Mrsyanie jumpa Kak Ros tau tapi dah macam kenal lama rasanya. Dapat jugak berkumpul dengan blogger KBBA yang lain, yang sempat Mrsyanie jumpa Kak Sue Izza, Angah, Yanty, Mommy Irra, dan Razi.

Tuan rumah, PakCik Lee dan MommyD




Rumah terakhir adalah rumah kawanbaik Mrsyanie. Ha Mrsyanie tak pernah kenalkan siapa? Yang itu biarlah rahsia dulu tau. Orangnya pemalu. (^-^).. Tapi apa yang Mrsyanie nak sampaikan adalah buka kerana nak makan sesedap tapi sebab kita berkunjung-kunjungan adalah untuk merapatkan lagi siratulrahim dan mengeratkan lagi hubungan yang terjalin.


Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Labels: